Cara Untuk Hamil: Mudah mengandung apabila KURUS!?

Setiap musim Cabaran Jom Kurus sentiasa ada peserta2 wanita yang kongsi berita gembira akhirnya mengandung setelah bertahun2 mencuba. Ia bukan satu keajaiban dan bukan lah rahsia tapi ada sangkut paut dengan apa yang terjadi apabila anda sertai program sepesert Jom Kurus.

Sukar badan hamil kalau …

Apabila badan berdepan dengan stres fizikal badan, kurang cergas dan tertekan dengan menampung keperluan badan diri sendiri, amat lah susah untuk badan sediakan tenaga sampingan untuk membina nyawa zuriat yang baru.

Jadi penting anda kurangkan atau seimbangkan segala stres badan (fizikal, mental dan rohani), ke arah kegembiraan badan yang sihat, cergas, tenang dan cergas. Justeru ia beri peluang terbaik buat badan membina nyawa zuriat yang baru buat anda dan keluarga anda, insyallah.

Ingin kurangkan berat badan demi hamil?

Dapatkan panduan buku KURUS saya atau eBook “Happy & KURUS” untuk elak stres dan tekanan dalam usaha anda untuk lebih cergas dan sihat.