Salam and hi semua,

Boleh dikatakan setiap hari saya menerima email dari anda semua dan bertanyakan tentang penggunaan suplemen pembakar lemak atau fat burner. Jadi sebelum anda melaburkan ratusan ringgit dan harapan tinggi buat produk kurus yang makin berluasa di Malaysia, baca artikel ini sepenuhnya. Segala info di sini dan banyak lagi boleh didapati dalam panduan bab Panduan Produk Kurus dalam buku KURUS saya.

Ia bukan bakar lemak!

Produk pembakar lemak tidak membakar lemak! A fat burner does not burn fat!
Produk pembakar lemak tidak membakar lemak! A fat burner does not burn fat!

Ini antara kekeliruan jutaan pengguna yang melanggan produk fat burner dengan harapan untuk membakar lemak tapi itu bukan fungsi produk fat burner.

Jadi produk fat burner menipu?

Tak jugak. Ia tidak menipu tapi ia mempermainkan “nama” dan keghairahan pengguna yang ingin kurus cepat untuk mengelirukan pengguna. It is marketing. Tambahan pula di Malaysia pihak pengguna tidak dilindung daripada janji manis-manis iklan produk-produk berkenaan yang boleh kata apa sahaja tanpa hukuman yang setimpalnya.

“Gerenti kurus”?

“Kurus 10kg 1 Minggu”, “Diiktiraf professor Oxford”, “Kajian scientifik” “Gerenti kurus” dan seterusnya. There is no such thing as “gerenti kurus”! Kalau ada, semua orang dah kurus tapi disebaliknya, makin banyak produk di pasaran, makin berluasa masalah obesiti di Malaysia. Jangan lah terpedaya kerana ia bukan semudah itu.

Kurus tidak semudah makan mana-mana produk atau pil. Jangan tertipu.

Tiada produk yang gerenti atau boleh kuruskan anda dengan begitu sahaja. Tiada rahsia kurus. Kalau ada, semua orang dah kurus.

— Kevin Zahri, Cikgu Fitness Anda.


Jadi apakah peranan fat burner sebenarnya?

Secara am, peranan fat burner adalah untuk tingkatkan metabolisma dan tingkatkan pembuangan air badan. Bunyinya makan penting tapi impak “peningkatan” metabolisma badan hasil kandungan seperti guarana, caffeine, yohimbe, green tea extract, garcinia cambogia amat lah subjektif.

Tapi bagaimana dengan testimonial yang hebat-hebat?

Daripada puluhan tahun dalam industri dengan ribuan kisah kejayaan kurangkan berat badan dari program Jom Kurus, percaya lah tak pernah sesiapa berkata kejayaan kurus mereka hasil dari makan ubat kurus. Tak pernah! Mereka yang kurangkan 40kg, 50kg atau 80kg sekalipun. Semua adalah berdasarkan kawalan makanan dan gaya hidup aktif. Tiada jalan singkat.

Artis yang jual produk kerana berjaya kurus?

Artis tu memang dah kurus dan ingin mempergunakan influence mereka terhadap para pengikut mereka untuk commercialise penurunan berat badan mereka dengan keluarkan produk. Penurunan berat badan mereka juga hasil daripada kawalan makanan, senaman dan bukan kerana produk yang mereka sendiri jual.

Tak salah mereka menjual tapi ia tanggungjawap kita sebagai pengguna untuk mempersoalkan keberkesanan produk itu. Ia tidak semudah makan pil untuk kurus. Tiada rahsia kurus.

Jangan cepat terdepaya dengan kata-kata atau endorsement artis, public figure atau selebriti. Kalau anda dibayar berpuluh-puluh ribu, anda pun akan tergerak hati untuk promosikan mana-mana produk.

Patut kah anda melanggannya?

Selari dengan slogan kami, itu suka hati kau! Ia hak pengguna untuk mengguna tapi jangan lah dipergunakan. Nak cuba boleh! Saya pun pernah cuba sekali pada zaman universiti tapi amat terganggu dengan kesan sampingan produk atau pil fat burner ini. Tapi sebelum anda melangggannya, saya sangat galakkan anda langgan eBook Suplemen Kurus atau buku KURUS saya untuk empower anda untuk lakukan pembelian yang berilmu.

Apa!? Kesan sampingan?

Yes! Kalau tiada kesan sampingan maka tak berkesan lah produk itu. Kebanyakan fat burner atau pembakar lemak mengandungi stimulang thermogenik. Jadi antara kesan-kesan sampingan yang kait-rapat dengan pil fat burner atau pembakar lemak adalah:

  • Insomnia
  • Resah
  • Cepat marah
  • Anxiety
  • Tidak tenang
  • Tak boleh tidur
  • Irregular heart rate
  • Beban buah pinggang
  • Dan lain-lain

Majoriti. Saya ulang majoriti pengguna akan kongsi pengalaman yang sama dan hanya guna produk berkenaan mungkin untuk 1-2 minggu kerana tidak tahan dengan kesan sampingan yang terlibat.

Ingin bakar lemak?

The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge.

Let Me Guide You

Kevin Zahri

Hi, my name is Kevin Zahri or affectionately known as Cikgu Fitness. I am an award winning health and fitness influencer, wellness activist based Malaysia and founder of this regions largest weight loss movement called Jom Kurus ... oh and a member of MENSA.

All author posts

Boleh saya bantu?

Ingin kurangkan berat badan atau ada sebarang pertanyaan? Do reach out to me. I would be happy to hear from you.

Message Me Today

Privacy Preference Center