fbpx

Harian Metro: Kawal jumlah pengambilan makanan

Following is an interview and article with Kevin Zahri from Harian Metro. Original article can be read here.

RAMAI yang menjadikan waktu makan sebagai aktiviti rutin sekeluarga demi memupuk kebahagiaan bersama. Namun sebenarnya, dari situ juga elok dijadikan pemula memupuk pemakanan sihat kepada ahli keluarga dan anak.
Siapa yang perlu menjadi pelaksana pada hidangan makanan sihat dalam keluarga? Tentu saja ibu bapa. Guru di sekolah mengajar dan memberi maklumat, tetapi di rumah, tugas ibu bapa melaksanakannya.

Dengan lebih 35+ muka surat, eBook ini akan memberikan panduan mudah kepada sesiapa untuk kurang 5kg (atau lebih) dalam masa 5 minggu.

  • 35+ muka surat penuh warna
  • Bahasa: Bahasa Malaysia (Click here for English Version)
  • Format: .pdf (Abode Acrobat)
  • Saiz Fail: Approx 6mb
  • Harga: RM20
  • Bonus: Tiga eBook Percuma (rujuk di bawah untuk butir-butir)

Hanya RM20

Ibu bapa pemula memberi kesedaran kepada anak mengenai betapa pentingnya mengambil tahu apa yang tidak elok dan apa yang elok dimakan demi kesihatan jangka panjang. Adakah makanan itu untuk memberi tenaga, membina badan atau untuk menjauhkan penyakit? Bukan semua makanan Melayu tidak sihat. Hendak bertukar ke makanan Barat, sama saja. Jika kita banyak menggunakan santan, berlemak dan menggoreng, makanan Barat juga banyak menggunakan krim, mentega dan manisan.
Pokoknya, adakah kita mahu mengganti resipi dengan pilihan sihat? Contohnya, santan diganti susu rendah lemak. Garam diganti perahan limau? Gantikan kerangupan ikan goreng dengan ikan kukusan atau salai? Tentu ramai yang berkerut dahi kerana selera umpama terputus.
Novelis terkenal, Norhayati Berahim sudah lama tidak menggunakan santan dalam masakannya. Setiap resipi menggunakan santan digantinya dengan susu rendah lemak dan ini sudah menjadi kebiasaan dalam keluarganya.
“Kata bapa saya, kenapa kari yang saya masak sedap sungguh. Saya beritahu dia, saya guna susu dan tidak santan. Sejak itu, sekiranya dia datang rumah saya akan masak kari dan dia makan bersungguh-sungguh.
“Biasanya saya guna ayam kampung. Kalau gunakan santan rasanya cuma lemak, tetapi menggunakan susu rendah lemak, ada rasa manis dan lemak sekali jadi ia lebih sedap,” katanya.
Ini antara langkah pertama yang patut kita lakukan dalam memahami aspek mengenai kesihatan dan pemakanan sihat. Bila muncul kesedaran dan minat, segalanya jadi lebih mudah sebagaimana wanita berumur 27 tahun ini yang semakin berminat pada ilmu pemakanan dan kesihatan, Noor Farahi Kamaruddin.
“Minat saya bercambah selepas mengikuti program matrikulasi dahulu. Ketika itu, tidak ramai orang faham dan sedar mengenai pemakanan. Program ini pun tidak begitu popular berbanding kursus perubatan, farmasi atau pergigian,” katanya.
RAMAI yang menjadikan waktu makan sebagai aktiviti rutin sekeluarga demi memupuk kebahagiaan bersama. Namun sebenarnya, dari situ juga elok dijadikan pemula memupuk pemakanan sihat kepada ahli keluarga dan anak.
Siapa yang perlu menjadi pelaksana pada hidangan makanan sihat dalam keluarga? Tentu saja ibu bapa. Guru di sekolah mengajar dan memberi maklumat, tetapi di rumah, tugas ibu bapa melaksanakannya.
Ibu bapa pemula memberi kesedaran kepada anak mengenai betapa pentingnya mengambil tahu apa yang tidak elok dan apa yang elok dimakan demi kesihatan jangka panjang. Adakah makanan itu untuk memberi tenaga, membina badan atau untuk menjauhkan penyakit? Bukan semua makanan Melayu tidak sihat. Hendak bertukar ke makanan Barat, sama saja. Jika kita banyak menggunakan santan, berlemak dan menggoreng, makanan Barat juga banyak menggunakan krim, mentega dan manisan.
Pokoknya, adakah kita mahu mengganti resipi dengan pilihan sihat? Contohnya, santan diganti susu rendah lemak. Garam diganti perahan limau? Gantikan kerangupan ikan goreng dengan ikan kukusan atau salai? Tentu ramai yang berkerut dahi kerana selera umpama terputus.

Novelis terkenal, Norhayati Berahim sudah lama tidak menggunakan santan dalam masakannya. Setiap resipi menggunakan santan digantinya dengan susu rendah lemak dan ini sudah menjadi kebiasaan dalam keluarganya.
“Kata bapa saya, kenapa kari yang saya masak sedap sungguh. Saya beritahu dia, saya guna susu dan tidak santan. Sejak itu, sekiranya dia datang rumah saya akan masak kari dan dia makan bersungguh-sungguh.
“Biasanya saya guna ayam kampung. Kalau gunakan santan rasanya cuma lemak, tetapi menggunakan susu rendah lemak, ada rasa manis dan lemak sekali jadi ia lebih sedap,” katanya.
Ini antara langkah pertama yang patut kita lakukan dalam memahami aspek mengenai kesihatan dan pemakanan sihat. Bila muncul kesedaran dan minat, segalanya jadi lebih mudah sebagaimana wanita berumur 27 tahun ini yang semakin berminat pada ilmu pemakanan dan kesihatan, Noor Farahi Kamaruddin.
“Minat saya bercambah selepas mengikuti program matrikulasi dahulu. Ketika itu, tidak ramai orang faham dan sedar mengenai pemakanan. Program ini pun tidak begitu popular berbanding kursus perubatan, farmasi atau pergigian,” katanya.
Lalu Farahi meneruskan pengajian di bidang pemakanan. Daripada peringkat ijazah sarjana muda hinggalah ke peringkat sarjana. Sekarang dia sedang menyiapkan tesis sarjananya dalam pemakanan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Kini, secara keseluruhannya, Farahi lebih tahu mengenai pemakanan sihat sekali gus mengambil banyak inisiatif mengubah dirinya menjadi lebih sihat.
“Contohnya, pengambilan sarapan yang sangat penting bagi setiap individu, dahulunya mungkin saya jarang ambil, tetapi sekarang saya pastikan sentiasa mengambil sarapan. Begitu juga senaman secara tetap.
“Memang dahulu saya jarang bersenam, tetapi sekarang sama ada pagi atau petang, saya pastikan diri berjoging atau setidak-tidaknya berjalan sekeliling kampus,” katanya.
Farahi mengubah rutinnya setelah mengetahui ilmu kesihatan dan pemakanan serta segala kaitannya. Ramai yang tidak sampai ke tahap pengetahuan seperti Farahi, tetapi kita masih boleh mendapatkan ilmu mengenai kesihatan dan pemakanan sihat di hospital kerajaan atau swasta.

Paling mudah sekarang, di alam siber ada Kevin Zahri.

Pakar pemakanan dan kecergasan ini melancarkan E-Booknya bertajuk Panduan Kurangkan 5 Kg Dalam 5 Minggu pada Julai lalu.
Dia berasakan kelarisan bukunya itu adalah bukti rakyat Malaysia sudah semakin mahu mengetahui soal kesihatan dan pemakanan sihat. Laman webnya www.kevinzahri.com juga dilawati 1,000 pelayar sehari. Ramai yang bertanya soalan mengenai pilihan pemakanan yang sesuai buat mereka.
“Ramai yang menyalahkan nasi sebagai punca kegemukan, tetapi hakikatnya nasi tidak bersalah. Apa yang bersalah ialah kuantiti yang kita ambil. Kuantiti yang mencukupi bagi setiap individu ialah segenggam tangan sendiri. Cuba genggam tangan anda, itulah jumlah atau ukuran nasi yang boleh anda ambil,” katanya.
Segenggam tangan sendiri? Bunyinya seperti sedikit, tetapi setelah dicuba, dicampur sayuran dan ikan, ia umpama hidangan yang logik buat kita. Cukup untuk mengenyangkan dan memberi tenaga.
Kevin menegaskan menukar gaya hidup sihat tidak perlu drastik atau ekstrem. Diet ektrem selalunya diet yang tidak digemari jadi apa yang terjadi ialah selepas beberapa bulan, diet itu akan ditinggalkan dan berat badan kembali naik. Itulah masalah utama kebanyakan masyarakat dunia. Berat badan yang turun naik umpama yoyo.
“Makanan kegemaran Malaysia sama juga seperti makanan kegemaran negara lain, ada yang sihat dan ada yang tidak sihat. Untuk mengubah makanan kegemaran yang tidak sihat seperti roti canai, nasi lemak bersantan dan teh tarik bukannya mudah.
“Masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri, tetapi saya tidak mengatakan anda tidak boleh makan terus. Boleh, rasa dan nikmati, tetapi dengan syarat tersendiri,” katanya.
Sebab itu Kevin memberitahu, amat penting setiap perubahan dibuat sedikit demi sedikit. Daripada situ, kita lebih berpuas hati pada pencapaian diri. Mula-mula kurangkan sedikit, kemudian gantikan terus.
“Contohnya nasi lemak. Cuba ganti dengan nasi putih walaupun masih diambil bersama sambal ikan bilis, timun dan telur. Saya orang Melayu dan makanan saya semuanya Melayu dan sudah mencubanya, tetap merasa nikmat yang sama.
“Begitu juga minum teh tarik, sekiranya biasa minum gelas besar, mulakan dengan minum gelas kecil. Bermakna teh tarik tetap dapat dinikmati cuma kuantitinya saja dikurangkan. Padankan teh tarik itu dengan air kosong pula. Itu baru dapat seimbangkan apa yang kita ambil.
“Begitu juga roti canai, ambil separuh saja untuk sekadar merasa. Tidak perlu sampai kenyang atau menambah sekeping lagi,” katanya.
Jangan menyangka makan buah-buahan yang banyak elok untuk kita kerana kata Kevin, setiap orang ada had dan keperluan untuk diri sendiri. Sekiranya meminum jus di kedai mamak, tegaskan, jangan campur gula. Di dalam buah-buahan itu sendiri sudah ada gula dan latih diri kita menikmati kemanisan semula jadi itu.

Namun, makan apa pun tidak boleh berlebihan, cukup sekadar keperluan diri setiap hari. Tidak kira ia nasi atau buah-buahan.

“Ada yang sangka kita boleh makan sebanyak mana pun buah-buahan, tetapi itu salah. Bagi buah-buahan yang manis contohnya, ia mengandungi banyak gula jadi jangan ambil berlebihan, cukup sekadar keperluan diri setiap hari,” nasihatnya.
Makan dan senaman sentiasa berhubung kait. Semua orang pun tahu, tetapi tidak mengamalkannya.
“Kita mesti tahu mengawal diri sendiri. Tahu keperluan diri. Bagi saya, makan di luar tidak salah jika kita tahu mengawal diri. Seperti yang saya kata tadi, kawal jumlah pengambilan.
“Selain itu, jika waktu pagi kita sudah makan makanan yang tidak menyihatkan seperti roti canai, pastikan seimbangkan makanan tengah hari dan malam dengan mengambil makanan yang sihat pula.
“Apabila tahu mengawal diri, kita juga tahu kelemahan diri. Contohnya kita pencinta coklat dan tahu itulah kelemahan diri.
“Jangan simpan di dalam peti sejuk di rumah. Kalau teringin, beli yang paling kecil dan makan waktu itu saja. Jangan bawa pulang kerana itu membuatkan godaan makin hebat,” katanya.

Privacy Preference Center