Ilmam Hakim Angkat Berat dan Turun Berat 20kg Dalam 2 Bulan

[one_half boxed=”true”]

Ilmam Hakim

  • Pelajar: Student of Environmental Applied Chemistry, Engineering Department, University of Toyama, Japan.
  • Matlamat: Kurangkan berat
  • Pencapaian: Kurang 20kg dalam 2 Bulan.

[button color=”Extra-Color-2″ size=”large” url=”http://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Jom Kurang Berat Badan”]
[/one_half]
Assalamualaikum, hai, saya Ilmam Hakim…Pada bulan Oktober 2011, saya sangat gemuk. Ketika itu berat badan saya lebih kurang 95kg. Sebelum ini, saya ada juga mencuba untuk menguruskan badan, dan saya berjaya…Sewaktu awal tahun 2010, saya berjaya mengurangkan berat badan saya dari 90kg kepada 70kg. Tapi, diet saya itu tidak kekal lama kerana saya mengamalkan ‘starvation’. Berat memang cepat turun, tetapi susah untuk mengekalkannya.

Pada Oktober 2011, saya bernekad untuk menjadi lebih sihat. Saya tidak mahu hanya kurus, tetapi saya hendak menjadi ahli bina badan. Ini kerana ahli bina badan bukan sahaja memiliki tubuh yang cantik, malah mereka sangat cergas berbanding orang yang hanya berdiet hendak kurus semata-mata.

Belajar diet dan latih otot

Semenjak itu, saya banyak melakukan research mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti, Basal Metabolic Rate(BMR), tips pemakanan dan nutrisi, cara senaman yang bukan sahaja membakar lemak, malah senaman menggunakan besi dan mesin yang digunakan untuk melatih otot.

Prinsip untuk memiliki badan yang tough, kita harus memiliki peratusan lemak yang sedikit, barulah otot itu timbul dan kelihatan. Jadi, pada mulanya, saya menggunakan plan Fat Loss atau Cutting Plan. Plan ini masih memiliki senaman yang melatih untuk mendapat otot yang lebih kuat dan besar, namun, dalan plan ini, saya perlu melakukan banyak senaman kardio disamping bermain besi. Senaman-senaman tersebut jugak perlu disekalikan dengan pemakanan yang seimbang dan jumlah kalori yang kurang. Hal ini demikian kerana untuk menurunkan berat badan, kita harus mengambil jumlah kalori makanan yang kurang daripada yang diperlukan oleh badan kita.

Cara pemakanan saya, saya mengurangkan pengambilan karbohidrat, hanya mengambil sedikit sahaja. Tetapi saya makan lebih protein bertujuan untuk membaiki otot selepas latihan menggunakan besi atau mesin. DAN YANG PALING PENTING, MAKANAN BERKOLESTROL TINGGI DAN BERLEMAK adalah MUSUH saya.

..paling penting …. makanan berkolesterol tinggi dan berlemak adalah musuh saya…

Turun Berat Badan 20kg Dalam 2 Bulan!

Sebenarnya saya telah mencapai penurunan sebanyak 20kg setelah dua bulan latihan, namun, saya tetap tidak berpuas hati, walaupun berat saya ketika itu sudah 70kg, tetapi disebabkan kadar lemak badan saya masih tinggi, saya masih kelihatan berisi walaupun sudah mencapai BMI yang stabil.

Oleh yang demikian, saya menukar Fat loss plan saya kepada Muscle building. Saya banyak merujuk plan senaman ini di website http://www.bodybuilding.com/. Disitu, saya banyak belajar teknik teknik baru seperti microcycle yang dikenalkan oleh seorang doctor berpangkat Ph.D yang juga seorang ahli bina badan professional, Jim Stoppani, dan ahli bina badan yang professional yang lain.

Alhamdulillah, Saudara Kevin Zahri juga banyak memberi banyak tunjuk ajar dan nasihat berkenaan pemakanan dan fitness. Terima kasih Kevin.

Kurus Tanpa Senaman Satu Kesalahan!

Pada pandangan saya, berdiet hanya hendak menjadi kurus semata-mata ialah satu kesalahan yang amat besar, kerana setelah anda berjaya dengan diet anda untuk kurus, anda akan cepat berpuas hati, lalu anda akan kembali kepada tabiat pemakanan yang tidak sihat. Malahan, menjadi kurus, tidak bermakna anda fit. Sebagai contoh, bolehkah anda berlari 10 pusingan padang, dan selepas itu sambung bermain bola dengan rakan rakan dengan mengekalkan prestasi permainan yang bagus? Jika anda boleh, anda memang seorang yang fit dan berstamina tinggi. Dan sukan membina badan memang membolehkan anda memiliki kehebatan seperti itu kerana ahli bina badan dilatih untuk berkerja keras dalam jangka masa yang lama, susulan latihan mengangkat berat, seperti 60kg bench press untuk 4set (1set= 10-12 repitasi).

Jika anda tidak bersetuju dengan pendapat saya, tidak mengapalah. Saya hanya beranggapan “it’s not good enough if you only can slim down, because everyone can be one, but not being strong like Arnold Schwarzenegger”.

Pada saya, body building bukan hanya sebuah sukan, ia adalah satu cara kehidupan yang lebih sihat

Sekian, Assalamualaikum.
-Muhamad Ilmam Hakim-
Student of Environmental Applied Chemistry, Engineering Department, University of Toyama, Japan.

Mula Kurangkan Berat Anda Hari Ini!


Kevin Zahri

Hi, my name is Kevin Zahri or affectionately known as Cikgu Fitness. I am an award winning health and fitness influencer, wellness activist based Malaysia and founder of this regions largest weight loss movement called Jom Kurus ... oh and a member of MENSA.

All author posts

Boleh saya bantu?

Ingin kurangkan berat badan atau ada sebarang pertanyaan? Do reach out to me. I would be happy to hear from you.

Message Me Today

Privacy Preference Center