KevinZahri.com

Jogging, Ramadhan, Fat Burners

Question:

Asalamualaikum..Selamat Hari Raya,Saya ada beberapa kegusaran tentang bulan puasa. Semasa dalam bulan puasa, saya jogging kalau boleh dua kali sehari. Sebelum sahur, dalam 330 atau 400 pagi dalam jarak 8km dan sebelum berbuka dalam pukul 1730 atau 1800, dalam jarak 2 atau 3 km dan pada minggu terakhir 5km. Hampir setiap hari saya melakukan jogging dua kali sehari, bergantung kepada jadual kerja. Dan kadang kadang saya jogging selepas buka puasa di Titiwangsa (2 pusingan)

Tapi berat tetap naik walaupun saya control makan. Sebelum puasa berat saya 74.5 atau 75 kg. (dengan ketinggian 175cm). Tetapi dalam bulan puasa berat saya meningkat sehinggakan 78kg.

Untuk pemakanan, saya tak makan nasi, tapi saya banyak ambil sayur sayuran, dan bergantung kadang kadang mak saya masak spaghetti. Tapi selalunya ambil lauk sayur. Dan banyak minum air kosong dan kadang kadang len chee kang.

Selalunya 30 minit sebelum jogging saya makan 2 biji hydroxycut. Pada minggu terakhir ada sekali saya makan 2 biji lipo6 + satu paket Universal Animal Cut. Alhamdulillah dengan jogging pada waktu sahur 8 km, saya dapat menurunkan berat badan mendadak dari 78kg ke 75kg. Walaupun begitu saya tak berani nak menggabungkan dua ubat begitu lagi..Dan saya tak tahu apa yang terjadi pada masa tu, adakah kehilangan air secara mendadak?

Answer

Wasalam and Selamat Hari Raya kepada anda juga!

Ok, firstly saya tidak syorkan Rashid untuk bergantung kepada pengunaan fat burner untuk jangka masa yang panjang. Tidak menjadi masalah untuk mencuba supplement atau mengunakan makanan tambahan (seperti whey kerana ia adalah makanan). End of the day, you don’t wanna depend on supplements (that are not actual foods).

Tahniah kerana sangat disiplin dalam bersenam. Tetapi its not always quantity that is important tetapi quality senaman. Contoh yang paling baik mungkin ialah Ronaldo (pemain bola Real Madrid). Walaupun beliau bersenam dengan intensif setiap hari, tetapi berat dia cam tu jugak. Its because dia train untuk performance and bukan untuk fat burning or weight loss. Essentially Rashid perlu pastikan that you burn fat and not glycogen (Sila Rujuk kepada artikel When Should U Jog? Morning or Afternoon?)

Also, I would encourage Rashid to incorporate weight training (maybe 1-2 kali seminggu). This will help increasing your muscle mass and allowing your nutrition intake to play a role dalam pengunaan makanan dalam sustain your muscle frame and size. It will also help dalam metabolizing your fat. Your weight may or may not change sebab otot are more mampat than lemak, tetapi you will look a lot better.

But yes, kehilangan berat badan selepas jogging adalah mostly sebab kehilangan air.

For weight loss Rashid still have to eat. Don’t skip meals tetapi eat small but consistently throughout the day. This will raise your metabolism dan membekalkan tenaga yang lebih consistent.

Kevin

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men’s Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

Add comment

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men’s Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.