KevinZahri.com

Kalau Sakit, Makanlah Ubat! Betul Ke?

Kenapa kita perlu hendak pergi jumpa doktor? Kita percaya bahawa doktor akan tolong kita dengan memberi ‘resepi’ istimewa yang terdiri dari pelbagai jenis pil tablet dan cecair untuk menghilangkan simptom-simptom kesakitan yang anda alami.

Masih ingatkah kali terakhir anda demam dan tidak sihat untuk pergi ke kelas atau bekerja? Apa yang anda lakukan selepas itu? Mesti pergi jumpa doktor untuk minta ubat bukan?

Kalau tidak, kenapa kita perlu hendak pergi jumpa doktor? Kita percaya bahawa doktor akan tolong kita dengan memberi ‘resepi’ istimewa yang terdiri dari pelbagai jenis pil tablet dan cecair untuk menghilangkan simptom-simptom yang anda alami. Demam, pening kepala, selesema, batuk dan sebagainya. Jangan risau, semua ada ubatnya bukan?

Soalan saya kepada anda, pernah atau tidak kita secara sukarela tanya doktor yang sedang memeriksa kita sama ada kita sebenarnya perlu mengambil semua ubat tersebut?

cegah doktor dari memberi preskripsi ubat?

Pada masa penulisan ini, Kongres Amerika Syarikat (sama fungsi seperti Parlimen di negara kita) sedang berdebat sama ada mahu meluluskan undang-undang kontroversi untuk mencegah doktor dari memberi preskripsi ubat secara berlebihan kepada pesakit. Lebih ramai orang tidak sihat kerana terlebih makan ubat!

Pernah atau tidak walaupun sejenak kita berfikir tentang majoriti masyarakat kita yang sebenarnya sangat bergantung harap kepada doktor untuk menentukan kesihatan diri kita. Mana tidak, mereka belajar susah payah selama bertahun-tahun di sekolah perubatan dan akhirnya menjadi seorang doktor sudah tentulah tahu bagaimana untuk merawat seorang pesakit seperti anda bukan.

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Royal College of Physicians di Britain selama 25 tahun berturut-turut mendapati bahawa majoriti pengundi meletakkan doktor ditangga teratas di kalangan kerjaya yang paling dipercayai oleh orang ramai. Ianya diikuti oleh hakim, ahli agama, dan wartawan. Jika kajian seumpamanya dibuat di negara kita, saya amat yakin juaranya pasti sama juga bukan?

Baiklah, cuba anda ambil masa sejenak dan cuba faham beberapa fakta penting mengenai sistem imuniti
badan kita di bawah.

  • Batuk: Tindakan normal badan kita untuk mengeluarkan bendasing yang masuk ke dalam
    saluran pernafasan diakibatkan oleh asap, debu yang berada dipersekitaran yang tidak bersih.
  • Selesema: Reaksi normal badan anda untuk melegakan hidung yang tersumbat disebabkan
    oleh perubahan cuaca yang drastik atau mendadak (seperti dari bilik berhawa dingin ke panas
    dan sebaliknya). Boleh juga disebabkan oleh faktor yang sama seperti yang mengakibatkan kita
    batuk.
  • Pening: Situasi normal yang selalunya berlaku kepada seseorang yang menghadapi stres, sibuk
    bekerja ataupun belajar untuk menghadapi ujian atau peperiksaan. Ianya adalah cara otak anda
    memberitahu anda supaya bertenang dan usaha badan anda untuk meningkatkan keupayaan
    untuk membantu anda mencapai objektif tersebut.

Itu hanyalah beberapa cara bagaimana badan kita membantu kita secara tidak langsung membantu kita untuk sembuh. Yang menariknya, apabila kita sembuh badan kita akan menjadi lebih kuat kerana bilangan antibodi yang meningkat! Masih banyak lagi penemuan baru yang masih dikaji oleh penyelidik tentang bagaimana badan kita sangat kuat dan mampu menahan dari serangan dari luar.

Pernah atau tidak anda berfikir bagaimana seorang yang merokok masih boleh hidup seperti biasa seperti orang yang
tidak merokok? Tubuh mereka mencuba sedaya mungkin untuk menyokong sistem pertahanan badan berdasarkan gaya hidup kita. Sayangnya, satu hari nanti sistem tersebut akan bertambah lemah juga sekiranya perokok tersebut masih berdegil dengan cara hidup tersebut berbanding seseorang yang tidak merokok dan mengikuti gaya hidup sihat.

Ingatkah kita tentang pepatah yang selalu mengajak kita untuk mencegah kerana ianya lebih baik dari
mengubati?

Kalau kita tahu kita kurang aktif, maka kita perlu lebihkan bersenam dan makan makanan sihat. Tidak
ada ganti bagi senaman selagi kita masih hidup!

Menjauhi Klinik?

Jangan salah faham, saya tidak ada niat langsung untuk mencadangkan anda supaya menjauhi klinik dan hospital mahupun untuk memulau doktor selepas membaca artikel ini. Kalau kita memang rasa tidak sihat, kita perlu jumpa doktor. Tetapi, kita perlulah menjadi lebih ‘aktif’ semasa berjumpa doktor. Jangan diam sahaja. Jangan malu atau segan untuk bertanya.

Bukankah itu sebabnya kita pergi jumpa doktor? Supaya kita bertambah sihat dan berupaya untuk kembali berkhidmat dan juga berusaha dalam perjuangan masing-masing? Saya pasti doktor itu akan menghargai perbualan kita kerana kerjaya doktor bukanlah sesuatu yang sangat menarik jika anda fikir jumlah mereka yang beratur diluar sebelum
anda masuk ke biliknya yang tidak sabar untuk bertemu dengannya selepas anda. Doktor terpaksa menghadapi orang sakit, setiap hari! Dia pasti akan menghargai anda jika anda tidak melayannya sebagai robot!

Di Britain, doktor akan menerima insentif dan bonus oleh kerajaan sekiranya dia berjaya membantu seorang perokok yang mahu berhenti merokok. Doktor itu juga bertanggungjawab memastikan perokok itu berhenti sepenuhnya. Mungkin negara kita mempunyai lebih banyak perkara yang perlu diperbaiki, terutamanya mengenai aspek kesedaran tentang kesihatan. Sudah tentu ia bukanlah sesuatu yang patut dikompromi oleh sesiapa pun.

Orang ramai terutamanya perlu menjadi lebih proaktif dalam mengambil berat tentang kesihatan. Kepada doktor, kerjaya mereka sememangnya sangat mulia namun ia juga bermakna mereka juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk memberitahu pesakit tentang segala aspek perubatan yang perlu diketahui. Sudah tentu ianya tidak berakhir dengan memberi ubat sahaja.

…Sudah tentu ianya tidak berakhir dengan memberi ubat sahaja…

Izwan

Izwan used nutrition and exercise information from the Web to drop almost 40 kilos in a little over a year. He hopes to share his experiences with you as he continues his own weight loss journey. He is also a runner who believes in a smoke-free society. Get more from Izwan on Twitter.

8 comments

  • bismillahirrahmanirrahim……..
    sebagai seorang graduan dalam bidang perubatan, jangan terkejut andai saya bersetuju dnegan pendapat saudara… namun masy kita hari ni sudah biasa dengan sakit=makan ubat..biarpun ia hanya jangkitan viral biasa,,

    bila dr x bagi ubat kerana dirasakan tidak perlu, mereka pula akan kritik bahawasannya dr ni x bagus sebab x bagi ubat..dan komen2 sebegini cukup biasa didengari dari mereka yg 'tidak sakit'…

    ia sesuatu yang patut diubah oleh masy..

  • asslamaualikum and hi.. im a medical doctor with clinical experience of almost 10 years. i do agree with ur opinion. most of our malaysian never bother to learn about their illness, for example, a patient with long standing hypertension and diabetic, has been taking medication for years..if u ask him/her what medication that he swallow every single day, he can only tell u its a rounded shape white pilss, yellow pill..etc.. but the name? i dont think its too difficult for anybody to learn to pronounce “met-for-min” or “am-lo-di-pine”…right? but who cares?they give 100% responsibility of their health to the doctors, a very wrong attitude!. people should understand that they are responsible for their own body. doctors are there to guide them,to discuss what is the best for them, giving them knowledge , answer their every questions..but finally, the decision, the choice is in the patients’s hand.
    to jacknaim- i totally agree with u. it happens to me too…

  • assalamualaikum again, just to share some knowledge. regarding the above article "Batuk: Tindakan normal badan kita untuk mengeluarkan bendasing yang masuk….
    Selesema: Reaksi normal badan anda untuk melegakan hidung yang tersumbat disebabkan
    o….
    Pening: Situasi normal yang selalunya berlaku kepada seseorang yang menghadapi stres, sib.."
    . batuk memang merupakan tindakan reflex jika ada sesuatu memasuki saluran pernafasan..jika kita batuk disebabkan oleh debu, asap, biasanya batuk tidak berlanjutan,mungkin hanya beberapa minit dan tidak memerlukan ubat batuk. ubat batuk diberikan jika simptom batuk agak teruk sehingga mengganggu aktiviti harian, dan biasanya batuk sebegini bukan disebabkan oleh debu, asap etc. batuk yang berterusan biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman, samada virus atau bakteria.
    jika anda batuk dan tidak mempunyai kahak, atau kahak berwarna putih, kemungkinan besar batuk itu disebabkan oleh jangkitan virus sahaja. jangkitan virus biasanya " self-limiting" manknanya sembuh dengan sendirinya, dan biasanya mengabil masa selama 3-4 hari.
    jika batuk anda berlarutan melebihi 1 minggu, dan/atau kahak anda berwarna kuning/hijau/berdarah, biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria, dan memerlukan antibiotik.
    ubat batuk tidak membunuh kuman tersebut, tetapi ianya melegakan simptom. selagi ada bakteria, selagi itulah anda batuk walaupun dah berbotol ubat batuk anda habiskan.jika anda batuk melebihi 2 minggu ataupun tidak sembuh walaupun telah MENGHABISKAN antibiotik selama 5-7 hari, maka anda perlu menjalani beberapa ujian untuk mengesan penyakit TB seperti pemeriksaan kahak, ESR, mantoux test, chest xray dsb.
    jika anda batuk selepas melakukan aktiviti fizikal, ataupun batuk pada waktu malam sahaja, kemungkinan ianya tanda2 penyakit asma. penyakit asma. "night cough" adalah salah satu simptom penyakit asma.
    oleh itu, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui samada 1) batuk anda itu batuk yang normal atau disebabkan oleh jangkitan ..2) jika jangkitan, adakah virus atau bakteria,dan perlukah mengambil antibiotik..jangkitan virus tidak memerlukan antibiotik..3 ) apakah mungkin ada penyebab lain kepada masalah batuk anda seperti penyakit asma atau TB( batuk kering )..doktor akan menerangkan semua ini kepada anda. jangan pula anda tidak berjumpa doktor setelah batuk berminggu minggu hanya kerana menyangka ianya disebabkan oleh debu! diagnosis yang betul amatlah penting, dan doktor akan membantu anda… thanx

  • betul..sy skrg lebih berhati2 dlm mengambil ubat-ubatan. melainkan dah terlalu sakit. sy lebih gemar mencari home remedy dalam internet untuk penyakit seperti demam, selsema dan batuk.. kaedah2 tradisional ini nmpaknya agak serasi dgn saya.. tetapi pada masa yg sama, kite perlu mendapatkan nasihat2 orang yg lebih pakar. jgn amalkan secara buta tuli dgn ape yg kite baca d internet. itu cuma pendapat saya.