Panduan Kalori Hari Raya: 30 Makanan Popular

Ingin tahu kandungan kalori lemang, ketupat, serunding, lontong dan pelbagai makanan lazat di hari raya yang lain? Memandangkan hari raya akan tiba tidak lama lagi, di sini saya ingin bantu anda kenal-pasti kandungan kalori makanan popular di hari raya aidilfitri Malaysia. Harap-harap ia dapat bantu anda dalam pemilihan dan pengiraan kalori (kepada mereka yang ada bajet kalori) sepanjang musim perayaan.

Panduan Kalori Hari Raya: 30 Makanan Popular

Untuk tip elak gemuk rasa dan banyak kalori senarai kalori makanan dan manis-manisan hari raya, rujuk kepada eBook saya di sini

Makanan Saiz Hidangan Kalori
Ketupat 1 Biji (80g) 88
Ketupat Palas 1 Biji (80g) 124
Lemang 1 Potong (Sederhana) 82
Lontong with sayur 1 Mangkuk 350
Soto Ayam 1 Mangkuk 403
Laksa 1 Mangkuk 550
Serunding, Beef (Daging) 55g (1 genggam kecil) 200
Serunding, Ayam 55g 180 55g (1 genggam kecil) 180
Rendang, Ayam 1 ketul dgn kuah 148
Rendang, Daging 2 potongan daging sederhana dan kuah sikit 112
Nasi Putih 1 Genggam Tangan 150
Nasi Briyani 1 Pinggan (2 genggam) 487
Nasi Himpit 5 Potong 150
Mee-hun Goreng 1 Pinggan kecil 295
Teh Tarik 1 Gelas 90
Nescafe Tarik 1 Gelas 100
Kopi O Kosong 1 Gelas 2
Soft Drink 1 Gelas 85
Air Kosong 11 Gelas 0
Air Sirap 1 Gelas 85
Kui Tart Nanas 1 Tart Kecil 50
Biskut Raya (secara am) 1 Biskut 25
Dodol 1 Biji 71
Kuih Lapis 1 Potong 132
Tapai Pulut 1 Biji 134
Ice Cream 1 Scoop Biasa 95
Kurma 1 Biji (Besar) 60
Cheese Cake 1Potong Sederhana 240
Kek Koklat (Fudge) 1Potong Sederhana 250
Kek Koklat (Sponge) 1 Potong Sederhana 180

Tapi ingat: kandungan kalori 30 makanan popular di hari raya ini hanya lah sebagai rujukan. Kandungan kalori sebenar bergantung kepada saiz, resepi dan cara persiapan.

Apa-apa pun, selamat hari raya. Jangan tak beraya.

Privacy Preference Center