KevinZahri.com

Makan cara sihat di Nando’s

KEGEMUKAN di kalangan masyarakat tempatan berada di tahap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu seminar kesihatan baru-baru ini berkata;

“Semakin ramai rakyat tempatan ‘membesar ke tepi’ sehingga bentuk badan tidak terkawal. Negara berdepan ‘wabak’ berat badan berlebihan (obesiti) yang amat ketara dan boleh dilihat dengan jelas di kalangan masyarakat hari ini.”

Justeru itu, dalam usaha mengatasi kebimbangan ini, rangkaian restoran Nando’s melancarkan Kempen Kesihatan dan Nutrisi Nando’s bertema ‘Makan Secara Bertanggungjawab’.

Kempen bermula 29 Oktober 2009 hingga 3 Januari 2010 itu menekankan pentingnya amalan makan secara bertanggungjawab dan kombinasi amalan bersukan untuk menjaga kecergasan diri.

Nando’s Bekerjasama dengan Selebriti Kecergasan – Kevin Zahri

Selebriti kecergasan, Kevin Zahri memberi penjelasan berhubung pentingnya amalan pemakanan bertanggungjawab kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

…Selebriti kecergasan, Kevin Zahri memberi penjelasan berhubung pentingnya amalan pemakanan bertanggungjawab kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini…

Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Restaurants, Mac Chung Lynn berkata, bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan hidangan yang sihat maka ayam Peri-Peri Nando’s lah harus menjadi keutamaan.

Ini kerana ia terdiri daripada ayam gred A paling segar, diperap selama 24 jam dengan adunan ramuan resipi Afro-Portugis dan dipotong mengikut bentuk rama-rama sebelum dipanggang segar.

Di samping itu, ia juga dibuang lemak, tanpa tambahan pewarna, perasa atau MSG. Ia juga rendah kalori tetapi tinggi kandungan protein.

“Kelebihan ayam Nando’s ialah ramuan Peri-Peri Nando’s yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin A, antioksidan dan cili pedas yang membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lemak,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Nando’s turut berganding bahu dengan pusat kecergasan Fitness First bagi menganjurkan cabaran kecergasan selama tujuh minggu berturut-turut.

Cabaran itu memberi peluang kepada dua pendengar bertuah yang dipilih menerusi pencarian dalam talian untuk menjalani latihan kecergasan bersama juruhebah HitzFM, Jakeman dan Rudy.

Latihan dijalankan di bawah pengawasan jurulatih peribadi Fitness First dan salah seorang daripada dua pendengar bertuah bakal muncul juara peserta paling cergas dalam tempoh tersebut.

Sepanjang cabaran, ukuran berat badan, lemak dan indeks jisim badan (BMI) akan dipantau dengan teliti.

Pemenang cabaran boleh membawa seorang rakan bercuti bersama Jakeman dan Rudy di Club Med Cherating.

Di samping itu, Nando’s juga menawarkan Nando’s Peri Hearty Meal pada harga RM14.50 kepada ahli Fitness First.

Bagi cabutan bertuah Nando’s Peri Hearty Meal pula, Nando’s menyediakan hadiah pakej percutian untuk dua orang ke Club Med Cherating kepada lima pemenang bertuah.

Selain itu, terdapat 50 hadiah sagu hati berupa baucar RM100. Untuk menyertainya, hanya perlu membuat pembelian bernilai RM25 di Nando’s termasuk sekurang-kurangnya satu set Nando’s Peri Hearty Meal.

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men’s Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

Add comment

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men’s Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.