KevinZahri.com

Mari Mengenal Vitamin

Kita sering mendengar makanan yang kaya dengan vitamin-vitamin tertentu itu elok untuk diambil secara kerap. Apakah yang dimaksudkan dengan vitamin?

Kita sering mendengar makanan yang kaya dengan vitamin-vitamin tertentu itu elok untuk diambil secara kerap. Apakah yang dimaksudkan dengan vitamin?

Vitamin merupakan sebatian organik yang wujud bertaburan dalam pelbagai jenis makanan (sumber semulajadi) dan diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil (surih). Ia merupakan salah satu kategori ‘micronutrien’. Micronutrien ini berbeza dengan ‘macronutrien’ (Karbohidrat, Lemak dan Protein, lihat perbezaan istilah ‘micro’ dan ‘macro’) yang bertanggungjawab kepada distribusi kalori. Benar, Micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori, atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori’.

Pengambilan vitamin-vitamin yang mencukupi setiap hari penting dalam memastikan tubuh badan kita sentiasa ‘tip-top’ dalam menjalankan fungsi-fungsi dalaman yang penting. Kekurangan vitamin-vitamin tertentu sering dikaitkan dengan penyakit-penyakit serius seperti Skurvy (Vitamin C), Rickets (Vitamin D), dan penyakit berkaitan rabun malam (Vitamin A).

multivitamin

Secara umumnya, Vitamin boleh dikelaskan kepada 2, iaitu vitamin larut lemak, dan vitamin larut air.

1 – Vitamin Larut Lemak

Vitamin A (perkusornya, Beta Carotene)
Fungsi: pertumbuhan normal, integriti kulit, penglihatan, dan perkembangan tulang.
Sumber: Lepa susu, kuning telur, buah-buahan tertentu (prunes, nanas, oranges, limau, and cantaloupe), tumbuhan berdaun hijau, dan lobak merah.

Vitamin D
Fungsi: Pertumbuhan tulang dan gigi, membantu penyerapan Calcium ke dalam tulang
Sumber: Cahaya matahari (kulit akan menghasilkan Vitamin D), susu, minyak ikan kod, salmon, kuning telur, mentega

Vitamin E
Fungsi: antioxidant, melindungi dinding sel, dan pembaikan luka
Sumber: Hampir dalam semua buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak sayuran

Vitamin K
Fungsi: Pembekuan darah
Sumber: Lemak, oat, gandum, rye, alfalfa, juga dihasilkan oleh bakteria di usus

2 – Vitamin Larut Air

Vitamin B1 (thiamine)
Fungsi: pertumbuhan, selera makan, dan metabolisma karbohidrat (pembebasan tenaga).
Sumber: Gandum penuh, kekacang, kuning telur, buah-buahan, kebanyakan sayur-sayuran

Vitamin B2 (riboflavin)
Fungsi: pertumbuhan dan metabolisma sel (pembebasan tenaga).
Sumber: Hati, daging, ayam, telur, susu, dan sayuran hijau

Vitamin B3 (niacin)
Fungsi: fungsi neurological (saraf), sistem pencernaan, kesihatan kulit
Sumber: Hati, daging, ayam, sayuran hijau

Vitamin B6 (pyridoxine)
Fungsi: metabolisma protein, penghasilan sel darah merah
Sumber: Daging, ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan

Vitamin B12 (cobalamin)
Fungsi: fungsi neurological (saraf), pembentukan DNA dan sel baru, serta pencegahan anemia
Sumber: Sayuran hijau, makanan organ binatang, daging, dan makanan laut. Tidak terdapat dalam tumbuhan.

Vitamin C (ascorbic acid)
Fungsi: pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan kanak-kanak
Sumber: Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar, tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus.

Folic Acid
Fungsi: pembentukan DNA dan sel baru, terutamanya sel darah merah
Sumber: Sayuran hijau, legum, biji (kuaci, labu), jus oren, hati.

Pantothenic Acid
Fungsi: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan

Biotin
Fungsi: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan, juga dihasilkan oleh bakteria di usus.

Senarai vitamin-vitamin di atas barangkali agak sukar dan leceh untuk dihafal satu-persatu. Dalam dunia yang serba moden masa kini, persekitaran yang sibuk barangkali mengehadkan kita untuk mengenal pasti, apakah makanan yang bakal diambil itu mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan, atau sebaliknya. Dalam situasi seperti ini, supplemen Multivitamin amat membantu dalam melengkapkan nutrisi diet harian seseorang individu. Sebiji pil multivitamin sudah cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient (bukan sahaja vitamin, tetapi mineral) yang diperlukan untuk fungsi-fungsi penting tubuh badan.

Joy Kalonas

Joy Kalonas used Kevin’s book “Fitness 24/7” during his 40kg-weight-loss journey in just 10 months. He then continue to share his passion and experience in health and wellness through several social networks. He is currently a founder/author of SusuSejat.Com. He can be contacted via Facebook at http://facebook.com/sususejat

2 comments