Kempen McDonald’s #TerimaKasihCikgu Mengelirukan Pelajar

Baru-baru ini saya kongsi gambar dari kempen #terimakasihcikgu yang telah dikirimkan kepada saya dari seorang guru. Posting tersebut terima pelbagai pendapat dan reaksi dari orang ramai. Benarkan saya terangkan “masalah” saya berkenaan kempen tersebut.

Terlebih dahulu …

Saya tidak masalah dengan pemberian voucher kepada Cikgu sekolah melalui kempen McDonald’s #TerimaKasihCikgu.
Saya juga tiada masalah dengan pemilihan pengguna dari melanggan makanan di restoran fast food.
Saya pun makan jugak.

Tapi…

Saya rasa tidak patut syarikat fast food seperti McDonald’s dibenarkan untuk “mempergunakan” logo dan nama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha corporate social responsibility (CSR) mereka. Ini mengelirukan pelajar-pelajar sekolah yang “terpedaya” dengan teknik pemasaran McDonald’s dan pada masa yang sama makanan fast food dilarang di sekolah.

For me its an abuse of the chain of trust yang cuba menghubungkan pelajar sekolah ke McDonalds melalui lambang KPM.

Bukan Salah McDonalds

Tapi ia bukan salah McDonald’s yang berniat “baik” dan ingin memasarkan jenama mereka melalui kempen berbentuk CSR. Afterall they are a multi-billion profit based organization.

KPM perlu melidungi pelajar.

Kementerian Pendidikan Malayia perlu melindungi pelajar-pelajar dari membenarkan logo dan nama mereka “diperguna” oleh syarikat fast food. Pelajar-pelajar percaya kepada sekolah dan institusi pendidikan. Jadi kalau KPM melarang penjualan makanan fast food tidak sekolah dan melarang pemasaran jenama fast di kawasan persekolahan, jadi ia juga perlu elak dari logo KPM dipergunakan untuk memasarkan jenama fast food kepada pelajar-pelajar sekolah.

View this post on Instagram

Dear @kempendidikan, jangan biarkan logo dan nama anda “ditunggang” dan “diperguna” sebegini. ?? . #Repost @tice_riz ??? Berbicara atas kapasiti guru dan pemegang Anugerah Global Sustainable Summit bagi SDG4 Kualiti Pendidikan serta atas parameter pendidikan, McD sudah tentunya wajar ditolak atas banyak hujah yang boleh dibentangkan. @kevinzahri pakar nutrisi dan @jamieoliver chef terkenal antara aktivitis yang saya puji akan usaha mereka. Berjuang sehingga ke Kementerian demi melihat kelangsungan pendidikan berada pada trek yang betul. Jika parti harijadi di kelas atau parti aliran akhir tahun saya juga akan cuba menegah dan memberi idea agar ada alternatif lain menggantikan apa jua makanan segera dan makanan ringan selagi mana ia berada dalam kawasan sekolah. Dalam kes baucer ini, mungkin signifikan boleh dikatakan matlamat tidak menghalalkan cara kerana itu hanyalah strategi pemasaran semata. Namun saya belum sampai tahap manusia zuhud yang zahirnya menolak tetapi hakikat batinnya meronta-ronta menginginkannya. Tidak! Kalau ada hari yang tegas dengan nutrisi, ada juga hari 'cheat day' nya. Saya makan apa saja yang ada, namun jika punya pilihan sudah tentu saya akan memilih menu yang jauh lebih baik. Lebih pada rasanya dan lebih pada kualiti nutrisinya. Pemberian 420,000 baucer sebagai penghargaan kepada guru-guru Malaysia ni bagaimana ni? Mujur untuk guru dan diedar tanpa tidak terlalu menghebohkannya. (Kita cikgu sendiri yang hebohkannya termasuk pos ini). Jika untuk murid mungkin jelas rasa dilema besar dalam diri saya. Untuk guru, memboikot tidak, mengiakan pun tidak. Terpulanglah kepada masing-masing. Bagi saya itu rezeki. Hakikat rezeki jangan ditolak. Jadikah saya tebus? Ya saya akan tebus. Siapa yang makan itu soal belakang kira. Mungkin saya makan. Mungkin juga rezeki Ane Guard yang baik hatinya bila masuk ke kawasan perumahan saya. Makan jangan tak makan. Cuma satu pesanan, membenci kita pada sesuatu jangan sampai membenci orang yang menyukainya. Menyukai kita akan sesuatu, jangan pula kita membenci pada orang yang membenci apa yang kita sukai. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Bertoleransilah. #terimakasihcikgu

A post shared by Kevin Zahri (@kevinzahri) on


Kevin Zahri

Hi, my name is Kevin Zahri or affectionately known as Cikgu Fitness. I am an award winning health and fitness influencer, wellness activist based Malaysia and founder of this regions largest weight loss movement called Jom Kurus.

All author posts

Privacy Preference Center