Mesyuarat Pembangunan Modul iFiter Sekolah bersama KKM dan KPM

Dari 23 sehingga 25 September 2020 ini, NGO kami, Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-Kanak dan Dewasa adakan bengkel bersama wakil Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina mobul iFiter untuk kanak-kanak dan remaja sekolah yang akan bermula dengan pelbagai kempan bermula 2021 ini.

Ia cabaran yang begitu besar dan kompleks untuk membina kempen berpanjangan dan kreatif untuk bukan sahaja membanteras obesiti dan juga tingkatkan aktiviti komuniti sekolah.

Antara kempen yang NGO kami sedang usahakan adalah kempen Bukan Soal Kurus, Jom Aktif, KBS Fit and Active dan Jom Kurus Sekolah.