[one_third boxed=”true”]

Nur Farihan Bt Idris:

Umur: 25 Tahun
Berat Permulaan: 100kg
Berat Selepas: 58kg
Berapa lama ambil masa? Setahun
Tinggi: 160cm
Pekerjaan? Student

Facebook: farihan.idris
Twitter: @farihanidris
Instagram: flying_fat
[/one_third]

Seperti orang lain (yang mempunyai masalah obesiti) saya juga punya keinginan untuk menurunkan berat badan. Cita-cita untuk kurus sudah lama ada, sejak dibangku sekolah lagi. Namun kalau cuma pasang impian tapi tiada usaha memanglah tak ada hasilnya.

Saya sering berpendapat, mustahil untuk kurus kerana memang sejak kecil saya berbadan bulat. Setiap kali balik kampung saya akan ditegur dan diperli orang tentang saiz badan saya. Perasaan sedih dan marah tu pastilah ada. Tapi apa boleh buat, saya telankan saja. Berat badan saya makin bertambah setiap tahun hingga mencecah ke angka 100kg lebih. Baju dan seluar bukan senang nak cari, kalau ada pun tak banyak pilihan.

Tahun 2009 saya pernah cuba untuk kurus. Ibu bapa saya yang menyuruh saya bersenam kerap. Saya pergi ke gym tanpa ada ilmu langsung tentang bagaimana cara untuk bersenam dan berdiet dengan betul. Bayangkan, siang saya ke gym, malam pula saya makan dengan sangat banyak kononnya lemak dibadan dah disingkir sewaktu berada di gym.

farihan-before-obese

Keputusannya? Memang saya tetap gemuk dan berat badan saya takpun turun. Waktu tu sangat kecewa dan saya rasa usaha saya langsung tak membuahkan hasil (walhal cara saya yang salah).

Awal tahun 2013, sekali lagi hati saya terdetik untuk kurus apabila secara tak sengaja saya terbaca tentang perkongsian kisah kejayaan menurunkan berat badan (di Facebook dan website Kevin Zahri).

Saya sangat teruja dan gembira dengan perkongsian mereka. Kadang tertanya-tanya juga, betul ke apa yang saya baca, seperti tak percaya ada orang yang berjaya turun berkilo-kilo hanya dengan menjaga makan dan bersenam.

Jadi bermula dari situ setiap hari saya memperbanyakkan bahan bacaan tentang cara untuk menurunkan berat badan dan cara untuk menjaga serta memilih pemakanan harian.

[one_whole boxed=”true”]Amalan gaya hidup sebelum berubah? Fast food adalah antara tempat kegemaran saya. Pantang ada duit, saya akan laburkan pada makanan. Lebih-lebih lagi waktu di universiti dulu, makan memang salah satu dari hobi saya. Bayangkan setiap hari saya akan makan 2 bungkus nasi lemak berlauk ayam. Air manis tu semestinya perlu dan saya sangat gemar makan coklat. Sayur-sayuran lansung tidak dipandang. [/one_whole]

Terima kasih cikgu Kevin!

kebanyakan info yang saya perolehi adalah melalui internet. Seperti di youtube, facebook dan blog-blog kesihatan seperti blog Kevin zahri. Masa tu saya terjumpa info di cekodok.com dan dari sini saya mula belajar mengira kalori seharian saya. Kemudian saya akan rajinkan diri untuk membaca segala soal-jawab tentang “diet sihat” di website & Facebook Kevin Zahri. Melalui pembacaan saya kumpul segala maklumat, saya catit mana yang penting. Jika ada persoalan yang saya tidak faham, saya akan bertanya terus beliau melaui email di laman Facebook.

Dan saya berterima kasih kepada cikgu Kevin kerana mewujudkan ruangan kongsi kisah kejayaan di website beliau yang mana telah banyak menolong saya untuk menjadi lebih kuat dan bersemangat setelah membaca perkongsian dari sahabat-sahabat yang telah berjaya. Oleh sebab itu saya juga berazam ingin sama membantu & berkonsi pengalaman kepada kawan-kawan diluar sana yang ingin menurunkan berat badan.

Menu Diet yang Farihan amalkan?

Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’

Saya makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yg dimasak sendiri. saya lebih selesa masak sendiri dirumah berbanding makan diluar kerana kita boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya.
boleh kukus, grill, bakar, rebus :)

7am: Sarapan saya mkn roti wholegrain brsama telur sebiji. air green tea.
10am: Makan epal sebiji.
12pm: Lunch saya mkn nasi kurang segenggam, sayuran, ikan atau ayam bakar seketul.
3pm: Kunyah kekacang. sebab kcg mengandungi lemak baik.. dua baris jari tangan kita pun dah cukup (lebih kurang 10-12 biji)
6pm: Dinner pula brgantung pada rutin saya. kalau hari tu saya bersenam di gym saya akan minum susu bersama oat ATAU makan ayam/ikan brsama sayur.

Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan)

Senaman: Macam-macam!

Saya akan melakukan senaman seperti jogging, swimming, cycling, skipping, walking, tak kisah apa-apa pun setiap hari kecuali hujung minggu kerana waktu itu adalah hari untuk badan saya berehat.

Rutin senaman saya di gym pula ialah gabungan antara kardio dan weight lifting (angkat berat). Saya akui senaman angkat berat amat membantu dalam menurunan berat badan saya dan juga dapat mengelakkan kulit di bahagiaan tertentu menjadi lembik (menggelebeh) setelah penurunan berat badan. (selalunya di alami oleh mereka yang terlampau gemuk seperti saya)

…bila saya lihat kejayaan orang lain kurus tanpa produk kurus, saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan.

Tanpa Produk Kurus

Saya tidak mengambil sebarang produk kurus kerana kurang percaya. Tambahan pula, bila saya lihat kejayaan orang lain (kurus tanpa pengambilan pil atau produk kurus), saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan. Bagi saya, walaupun kita makan pil kurus kita masih perlu menjaga pemakanan dan juga bersenam. Maka saya pilih untuk melabur duit saya pergi ke gym daripada membeli produk/pil kurus.

5 Tip Mudah Untuk Kurus?

Tips ringkas dari segi pemakanan:

  1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)
  2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
  4. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)
  5. Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!
  6. Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

Motivasi dan nasihat:

  1. Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan mmbantu mmpercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga/dikawal sememangnya agak susah sedikit.
  2. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).
  3. Rajin bertanya. Kalau tak faham, boleh bertanya atau boleh juga membaca di ruangan soal-jawab di website/facebook kevinzahri dan satu lagi website yg bagus iaitu SusuSejat.
  4. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.
  5. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar.
  6. Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.

Alhamdulillah syukur. Hari ini saya tidak lagi berada di tahap obes seperti dahulu, namun masih banyak lagi yang perlu saya belajar.Masih banyak lagi yang saya tak tahu tentang dunia Fitness.

Saya suka bersenam dan kalau boleh saya nak mencuba pelbagai jenis sukan yang saya tak boleh buat sebelum ini (kerana faktor obes). Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengubah gaya hidup saya yang dulu kepada gaya hidup yang lebih aktif dan positif.

Jangan berfikir negatif … “Everybody have their own struggles”

Apa-apapun, tidak bermakna orang yang berbadan ‘besar’ itu tidak sihat. Saya yakin kita semua mahukan kehidupan yang lebih baik.

Jangan berfikir negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain. “Everybody have their own struggles”. Sedangkan kita pun tidak begitu sempurna. Sama-sama kita saling bantu membantu dan sentiasa bercakap perkara-perkara yang positif.

after-3 after-2 farihan-after-fit-kurus

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

View all posts
  • Pergh ini memang terbaik!

    • farihan idris

      Terima kasih amirul hafiz.. ish bukan yg terbaik lagi ni.. jauhhh lagi perjalanan. huhu :)

      • kak izan

        Assalamualaikum adik…akak pon baru stat on diet ni..doakan akak bejaye ye…tapi akak nak minta pandangan adik, apa senaman yg akak bole buat sebagai langkah permulaan dlm menguruskan badan ni??..

  • Gadis 58kg

    58kg? My current weight tu. Nak kurangkan ke 43kg ;)

    • good luck!

    • farihan idris

      wish you all the best dear. u can do it! insyaAllah. :)

  • fazeah79

    Terbaik.. will try my best…

    • farihan idris

      i pray best for you sis fazeah :) insyaAllah nothing possible with a full of effort.

  • cik bunga

    semangat ni…..

    • farihan idris

      yeyyyyy.. teruskan semangat! :)

  • fazco85

    mantoppp…tahniahh

    • farihan idris

      terima kasih fazco85 :)

  • yanz

    tahniah….gud job dear…

    • farihan idris

      Thank you Yanz :)

  • Ms Dee

    good job & very inspiring.. thanks for the sharing.. :)

    • farihan idris

      Thank you Ms Dee :) but i still need to work hard. :)

  • Ms A

    you’re really inspiring me.. saya dah try banyak kali ttp selalu xberjaya .. lgpun kalau baca entry dkt sini mostly berat diorang xsampai 85kg pon .. so saya rasa dgn berat saya , mesti xkan jd , tp apabila tgk awak berjaya turunkan 100kg ke 58 kg benar benar naik kan semangat saya .. kalau awak boleh buattakkan saya xbolehkan ..
    So thank you so much .. Btw cikgu kevin .. Diet Atkin okay x?

    • Ms A

      lupa my current weight is 93 kg that’s why saya rasa impossible at first

    • Diet aktins or not is pilihan masing-masing.

      • zakwan

        Mcm mna nk dpt kn buku yer

    • Ateng Wawa

      diet atkins okay kalau tahu cara masak, sy follow diet dukan :D basically protein diet cepat turun, tp kena minum byk air in order to prevent kidney damage!

    • farihan idris

      kalau saya boleh.. awak super double boleh than me :) insyaAllah Ms A.. u can do it! but please dont give up :)

  • Yatie

    from 85.6kg to 82kg… my target 55kg…

    • farihan idris

      i wish u the best yatie :)

  • El Nina

    Cikgu Kevin…pls help..saya dh kawal pemakanan..sometimes tak makan nasi pun…tapi berat saya still tak turun..makin naik adalah…????

    • farihan idris

      how about if you go for some exercise :) but whatever it is.. if pemakanan dah betul, insyaAllah tak ada masalah.. sooner or later it might succeed.

  • CHeq Suriey

    hari2 sy akn bce kisah ni if ade mse terluang…because sgt memberi inspirasi…so dh 2 mggu sy strt diet dgn berpandukan cre pemkanan yg dikongsi..very helpful… sy berjaya xmkn nasi in 2weeks..so today sy cube mkn nasi segenggam pas dh cuci perut 2weeks…syur stgh pinggan n ikan sekor….kenyang smpi skrg….xde nak kunyap2 kat opis dah..kalo opismet ajak kunyap unbelievable sy boleh tolak….yesss i can do it.. this story sgt2 memberi semgt… tq for sharing ur experience.

    • farihan idris

      i’m so glad to hear that :) Alhamdulillah.. saya akan doakan awak terus kuat! you can do it Cheq suriey

      • CHeq Suriey

        tq for sharing

  • ZiEma Ghazi

    80 nak jd 50 aish.. cerita ni buat aku bersemnagt nk diet….

    • farihan idris

      yeayyy you can do it ziema :)

      • saiedah

        Nie akak saiedah berat sekarang 69
        Hajat nk dpt 50kg.
        Ada jaga sikit2 pemakanan.
        kalau kt rumah apa senaman yg sesuai
        boleh bagi cadangan.

  • Ateng Wawa

    This is quite inspiring too! Currently studying in India, walaupun amek jurusan perubatan tapi disebabkan terlampau sibuk, main redah makan je apa2. Bekas pesakit PCOS, penah amek pil hormon, di mana faktor kegemukan saya bermula. Tinggi 158cm, masa mula berdiet 82kg. Skg alhamdulillah, dlm masa setahun, 65kg, target 55kg. Saya sokong apa yg Farihan buat. Diet dgn weight lifting, pilates mmg sgt membantu. Selain Kevin, saya follow Jillian Michaels. ;)

    • farihan idris

      insyaAllah.. saya akan doakan awak berjaya ateng wawa :)

      • Ateng Wawa

        aminn tq sis :D

  • anisa

    aslm Farihan :) saya anisa berat badan saya 68kg… nak kurus jadi 48kg jan 2015 …. nak thu tips kurus badan dengan sihat :) …ok mornin saya ambil telur rebus dgn teh hijau pkl 9am…naik lrt pegi keje…dkt bkt bintang..turun dkt KLCC …jalan jambatan klcc ke pavilon x thu berapa meter …ambil masa 10min laa….pegi duduk je x de ….pe nak buat taip komputer je… minum air je 2 gelas ….lepas tu …pkl 1pm time makan makan nasi…8 suap nasi dgn 2 jenis sayur 3 suap 1 jenis sayur ……. lepas setengah jam minum air limau panas…. teh olong… x de gula….punya….lepas pkl 4 makan buah nenas atau epal hijau ….byk minum air SEA Master brand….botol 1.5 liter…balik pukul 8 mlm ..jalan pavilon ke klcc naik LRT ….de tempat duduk x duduk nak kurus badan..sampai rumah makan buah apple…teh hijau… yogurt ….susu anlee rendah lemak ….x kurus pun :(…nape …

    • farihan idris

      wassalam anisa :)

      pada pendapat saya diet sis dah ok :)
      insyaAllah kelak pasti ada hasilnya.

      cuma dari segi exercise, sebenarnya cara senaman yg effective ialah apabila denyutan jantung kita berdegup degan laju (jgn terlampau laju smpai pengsan pula ya..hehe)

      sebab ramai orang salah faham contohnya : bila berpeluh banyak tu tanda kalori/lemak dah banyak burn. hehe salah teori tu sebenarnya. tak semestinya orang yg tak berpeluh di waktu senaman tu tak betul cara senamannya.

      kerana apa yg penting ialah “heartbeat” :)
      ok lepas ni, kalau sis ada waktu lapang boleh try exercise yg lebih efficient, gabungkan bersama diet harian sis. ataupun cara mudah, sepanjang sis berjalan kaki tu.. cuba jalan laju :)

      jgn risau.. soon saya yakin pasti ada inch loss pada tubuh badan sis :) yg penting istiqomah.

      wish you all the best!

      • kye

        Salam sis berat sy 60 tingi 153 …sy rase sngt x slesa…sy Cuba ambik diet atkin…low carbo…tp 2nd day bdn sy lemah sbb sy x dpt minum air Manis..sy plukan air manis wlaupn sikit…so skrg sy stop dgn diet atkin…sy nk cuba bnykan bsenam n kurgkan makan nasi..kalau sy bnyk ambik buah xpe kan…contohnye lunch nasi n buah n mlm sy ambik buah..sy sngt suka betik…betul k diet tu…air manis sy limitkan tea o kurg mnis skli j 1 ari…

  • alyn

    Asalam kaka . Saya ni makan tak punn sngttp bdan ni susah nak turun . Berat saya 68 kg . Tinggi 165 . And its nor normal weight rite :'( macam2 cara dah buad .

    • farihan idris

      wassalam.. adik don’t give up k. there is no ending point. teruskan usaha. aktifkan diri dgn bersenam :) 165cm,68kg tu dah cantik dah tu.. tinggal nak polish sikit je lagi :)

  • Farid

    Menarik. Saya skang berat dlm 87kg and tinggi 164cm, mmg obese ahh, tak best langsung. Saya aim nak reach to 67kg by Jan 31st, 2015. Saya nak body yang sihat, takmau ada problem buah pinggang, jantung and darah tinggi. I wanna be like u Farihan!

    • farihan idris

      i wish u all the best! insyaAllah mesti boleh punya selagi ada usaha, rajin, kuat semangat! :) i’m with you.. teruskan melangkah!

  • ???

    Inspired with your story farihan :)
    Apa prob yg awk alami same jer ngan saya..smpi sye malas nak balik kampung sebab hari2 dengar announcement yg same..he he
    Diet dah berkali2,tapi sbb tak consistence smpi skrg tak berjaya :(
    Time nk diet tang tu la ada invitation kawin la, office outing la .. N that’s the reason I gain back what I’ve loss …benci
    After reading your story again n again, saye pun nak bukak buku baru n start to my right path today…
    My goal 106kg – 50kg = 56kg, 160cm
    Its a long journey but i’m ready now than ever

    • farihan idris

      tinggi kita sama :) and saya percaya.. u can do much better than me! saya akan doakan awak berjaya.
      yang penting jangan mengalah. kalau jatuh, jangan peduli orang perli, cepat2 bangun dan berjalan.. kemudian bila dah mampu berlari, lari sejauh mungkin :) wish you luck dear.

  • Eija Norsyamsiah

    assalamualaikum… really inspired to loose weight like you did.. currently i’m 100kg as well.. exercised for a week already but still did not loose weight.. turns out, I ate wrongly… drank sweet drinks..eat lots of kuih..did not eat rice but now I know… 80% food and 20% exercise is the best way to loose weight.. thanks for sharing and may GOD bless us all.. and …a big thanks to Kevin Zahri…

    • farihan idris

      waalaikumussalam my dear sister eija :)
      “Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.” right? so don’t worry.
      whatever it is, please don’t turn back..teruskan melangkah mengejar impian.
      i’ll always pray a good for you :)

  • Hi Nur Farihan. Happy baca your artikel ttg your weight loss. Memang terbaiklah. I salute u dik. Akak pun ada weight problem juge.. Berat ni rasa mcm every year naik & naik & naik. Last masa akak pregnen my weight cecah 90kg. After deliver my 3rd baby on the 23rd Jan 2014, akak pantang & jaga mkn..santan2 mmg tak mkn la..pastu i eat more fish & sayur2an shj. But akak ada amik supplement dari Shaklee iaitu Vit C, B Complex, Lecithin, Alfalfa, Ostematrix & GLA. Akak tak makan jamu sebab tu lah akak amik supplement..memang ok sgt coz badan rasa cergas jer walau dalam pantang.

    Alhamdulillah habis pantang berat badan pun turun hingga ke 76kg, pastu tetap jaga makan and puasa dpt turun lagi sampai 71kg. Skrg ni berat akak antara 70kg-68kg. Bila tgk scale tu cecah 68kg happy sgt2 sebab dah lebih dari 5 tahun belum pernah lg berat bdn akak cecah ke angka 60 lebih tau..huhuhu.. Tapi mmg betul la kan..bila berat badan turun..kita rasa lebih berkeyakinan & rasa ringan jer bila berjalan atau buat apa2..betul tak Nur? Oh lupa nak share..senaman pun penting..saya gi aerobik bila ada kelapangan utk tone balik yg gelebeh2 tu.. So mmg betul lah 80% pemakanan & 20% senaman. Jom kawan2 kita jaga pemakanan kita & bersenamlah bagi menjaga kesihatan diri agar kekal cantik, sihat, sentiasa bertenaga & positif selalu :)

    Jom lawat blog saya di http://www.healthierlifewithsuzanna.blogspot.com

    • farihan idris

      Alhamdulillah and Thank you for that experience :)
      im happy for you kak Suzanna..
      jom kita share benda2 positif macam ni pada kawan2 diluar sana yang sama2 mahukan perubahan positif :)

  • kak izan

    Assalamualaikum adik…akak pon baru stat on diet ni..doakan akak bejaye ye…tapi akak nak minta pandangan adik, apa senaman yg akak bole buat sebagai langkah permulaan dlm menguruskan badan ni??..

  • ain

    assalamualaikum… tq sis sbb share… i join jkim session 3… i bjaya turun 9kg dari 103 kg… baca stories sis.. membuat i lagi semangat… doakan i ye sis…

  • sara

    really thanks for the story,i inspired a lot!berat badan naik mendadak,sangat risauu,n sangat tertekan,tapi my mistakes tak jaga makan..really like ur nasihat “Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar”…thanks..many thanks

  • Sam Cullen

    hello dear u really inspire me . i want to ask u something . adakah tido lewat pada pukul 1-2 pagi dan bangun lewat 12 tghri juga effect kpda berat badan bertambah ? i punya berat 58 tggi 159 . i just want to hilangkan lemak dekat part perut and peha . it’s really disturb me when people look at me like i’m pregnant u know ._. cara makan tghri je i mkn skli nasi kuantiti mcm biasa nasi semangkuk kecil . i jenis tak suka sayur but i think i have to try . then i tak mkn ape2 sampai esoknya . jus drink water . is it okay ?

  • ainul

    macam mana nak stat pergi gym?awak memang upah

    • Abdullah

      Berita baik!! Untuk diri sendiri, saudara mara, kawan kawan, atau kenalan yang berminat nak trade in lemak. Anda turun 1kilo saya bayar RM 300 kalau berminat call/whatsapp/ telegram 01139758298 jgn malu malu. Untuk diri sendiri bukan org lain :)

      • awesome

        Macam mane tu ye… Boleh ajarkan sye

    • Ummu Wahidah

      sama lah..teringin nk workout kt gym tapi malu ?

  • Abdullah

    Berita baik!! Untuk diri sendiri, saudara mara, kawan kawan, atau kenalan yang berminat nak trade in lemak. Anda turun 1kilo saya bayar RM 300 kalau berminat call/whatsapp/ telegram 01139758298

  • Saudagar Mimpi

    Assalamualaikum…Nur Farihan, terima kasih kerana sejak terbaca kisah ni hati sy bertambah semangat untuk hidup sihat & menurunkan berat badan. Sy baru je like Page Kevin Zahri, harap sangat dapat membantu sy untuk menurunkan berat badan.

  • flo

    hi cik Nur Farihan, lepas baca kisah awak, saya betul2 rasa lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan saya walaupun saya belum mulakan apa2 langkah lagi. saya harap saya juga boleh menjadi kurus seperti awak..terima kasih.

  • syafiq

    Assalamualaikum..saya juga nak sharekan pengalaman saya..saya x sedar berat badan saya dahulunya mencecah 90 kg. Tabiat pemakanan mmg saya x jaga..klau boleh stiap jam nak mengunyah jaa..kalau soal fast food tu jarang la mkan tapi lebih ke arah nasi..hari2 nasik lemak ja dalam kuantiti untuk 3 orang..nak dijadikan cerita sewaktu medical check up kat skolah..slain berat yg obes saya jga ada sdikit kncing manis n darah tinggi..perghh mmg trkjut saya dibuatnya..kejayaan insan lain untuk merubah diri diorg mnjdi pmbakar semangat saya..Alhamdulillah selama 3 bulan workout brat badan tlah turun ke 58..heheheee sdikit nasihat..jngan terlalu berbangga dngan kejayaan trsebut..ingat, mental mau kuat untuk tros mentenkan gaya hidup sihat..

    • Dija

      Syafiq, serius eh 3 bulan je? Ajar sikit workout ape yg buat kat gym?
      bilabosan91@gmail.com

    • misyua dahouse

      so memang sekarang dah takda darah tinggi n kencing manis ?

  • qisya delisha

    Saya pun berjaya turunkan berat badan dalam masa 3 bulan fah 15kg..tapi saya mmg kurangkan amik karbo & lebihkan protein.selain saya juga ada ambil supplement yang natural untuk melengkapkan nutrisi harian saya..hehe

    • Anis

      Sy pernah mncapai berat 55 kg dengan ketinggjan 149 je–mmg nmpk rendang je n bju pn bsr-wpu berat 55 kg lah d anggap trsngt obess tp jika ikut bmi sy ni obes,so apa sy buat,sy mmg kurangkn ambil nasi,dlm sehari sy ambil 2 kali je nasi dan pastikn x lbih dr setengah senduk,kdg dlm 3 4 sudu je dan sy x pergi ke gym tp sy buat snmn d umh dngn cra lps mkn sy akn mop lantai n buat kje2 umh tanpa henti,klu rs lpr sy bnykkn mnum air kosong n mkn buah2 je,rsnya x smpai sthun sy bjya turun ke 44-45 kg,

  • aten

    tahniahhh!!! nk kurus jgk mcm awk. hrp2 bole consisten . hee

  • ieza coco

    tahniah sis.. sy gembira sis sekarang kurus..jauh beza dgn gambr yang lepas..sy nie pon ade semngat nak kurus tp tulah..dah merasa dah berat dr 65kg turun ke 58kg..nampak la kurus sikit..tp bile da perasan tu mula la tabiat penjagaan pemakanan tak jge..semgat tu pon mula hilang sekarang naik balik 4kg..memg berdebar ase..nie skunk sy nak kena strungle back tp cam kurang semangt pulak..lepas je bace blog sis.. esok sy akn back to strungle smpai capai target sy..sy kena amek semua tips yg dikongsikn..sy x nk berundur kebelkang lg dah..tq sis..bg semgat dengan blog nie..

  • Ruqayya Khalid

    It takes courage and determination to do that. Congratulations to both cikgu Kevin and Farihan.

    Ruqayya menulis… Cari hari kesuburan dengan OPK

  • Hanie ilhamie

    Tahniah sis dapat kurus dan sihat. Sememangnya impian setiap wanita untuk kuruskan. Pakai baju pun nampak cantik.

  • Eika Eikaomey Rafiqah

    SY MENGALAMI BERAT BADAN 98KG DGN KETINGIAN 165.MACAM MANA SAYA NAK DAPAT KAN BERAT YG BETUL.boleh bantu saya macam mana cara saya nak kurangkan berat badan saya

  • Marissa Ezreen Esa

    Bagi ibu-ibu yang perlukan khidmat nasihat dan coaching untuk kuruskan badan selepas bersalin, anda dijemput untuk daftar Projek S.E.K.S.I.

    Projek S.E.K.S.I merupakan projek EKSKLUSIF untuk ibu-ibu menyusu dan baru melahirkan anak yang mahu kekal SLIM &ELEGENT dimata suami. Jom daftar #projekSEKSI bersama saya Coach Mummy Mars

  • Nur Syamsina Shaari

    Kat blog saya pun ada share tips2 nak kurus.. jangan segan2 yer untup cek ..

    http://goo.gl/guWBxt

  • projek kurus badan

    nice! very inspirational..

    cara kurus badan tanpa diet, tanpa berlapar, tanpa ubat pil, ataupun bersenam mudah sahaja..

    saya ada ajar cara kurus dengan mudah di website projekkurusbadan.com

    badan anda turun atau naik berdasarkan calorie. makin banyak calorie anda makan, makin anda naik badan. dan makin kurang (calorie deficit), makin anda turun.

    anda masih boleh kurus walaupun tak berdiet atau bersenam. caranya banyakkan bergerak. makin banyak anda bergerak…. makin banyak anda bakar calorie, dan makin anda akan kurus.

    kalau anda “berdiet”, atau tinggalkan nasi, tapi…. jika calorie anda masih tinggi, tidak lah anda akan kurus.

    visit here to read more : http://projekkurusbadan.com/cara-kuruskan-badan-tanpa-diet-ubat-pil-ataupun-exercise/

  • Zalieka

    Wah, untungla. Isi memang padat dan cantik. Nak sedap lagi, jemput ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan menjadi slim-mlim.

    >>> Yang GEMUK Jadi KURUS?! <<<

    .

  • Nadira

    Kalau tulang besar boleh kurus ke ?

  • Emma Za’ima

    mohon share ya ke blog saya

  • Ummu Wahidah

    tq atas prkongsian farihan. sy pun nak mcm awak, tpi susah nye xde org guide ? berat sy 80kg mcm tu tinggi pun brp cm je x tinggi sgt..dlm 150cm ke bwh. plis guide me farihan ??

  • MyLife Ria

    wah, sangat terkesan. taniah Farihan :)

  • Alisahizzati

    if umur under 18 digalakkan tak ikut cara ni ? anyway im inspired of you , tahniah :)

  • awarnis hassan

    wahh patut lah x menjadi turun berat badan ni ,sbb just makan je ape pun janji senam rupanye salah :(

  • Weng Honn

    Masa paling baik dan pantas untunk mengurukan badan adalah semasa bulan puasa.Ini adalah kerana badan kita akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan ,untuk memenuhi keperluan enerji harian kita.Di saat yang sama juga prosess ini dapat melepaskan bahan-bahan kimia yang diikat bersama dengan lemak itu .Seterusnya,bahan-bahan kimia ini akan dibuang oleh organ-organ yang bertugas untuk detoksikasi.

    **EDISI KHAS:Cara Kurus Dengan Cepat Sempena Bulan Puasa **
    http://wenghonnfitness.com/edisi-khascara-kurus-dengan-cepat-sempena-bulan-puasa-ramadhan/

  • turunkan berat badan
  • Nurriyana Mustafa

    salam kak , nak tanya utk sarapan yg pukul 10am tu blh ke makan buah selain apple hijau? sbb saya pon bersenam shri dua kali pagi n petang utk 1st week saya trun about 2.5kg tapi lpastu tetiba brat bdn naik n susah nak turun.

    • Isabelle Fariqis

      Apple tinggi karbohidrat & ada gula yg tinggi. Tak semua org body mereka blh resap nutrisi apple hijau dlm body klau metabolisma rendah

  • nurulain

    kena penuh displin nak kurus ni..

    jom kurus dengan sihat
    http://nurulainflp.blogspot.my/2016/04/forever-living-set-clean-9.html

  • Ubat Kurus Paling Berkesan
  • aina

    Apa boleh saya buat…berat badan saya 64 kg tinggi saya pula 165 cm…sampai ada satu masa itu berat badan saya mencapai 70 kg…saya impikan berat badan bawah 60 kg…tapi bila saya nampak makanan je saya x boleh tahan…pasti nak makan je…terutama makanan di rumah…apa harus saya lakukan supaya kalau saya tgk makanan saya rasa kenyang???

    • Isabelle Fariqis

      Cuba diet Atkins. Lawati Page Kelab Diet Asas Atkins Fasa 1. Ada caranya x nak timbul rasa makan tu.

    • Firdaus

      Jom saya bantu dalam penurunan berat badan aina. Yuran yang sangat murah. In shaa Allah kita kurus sihat sama sama melalui cara yang betul. Jika berminat. Whtspp 0162941859. ?

  • Isabelle Fariqis

    Alhamdulillah sy turun 20kg ( berat badan asal 69kg) dalam masa 2 minggu. Dengan pengamalan DIET ATKINS FASA 1denga meminum detox Atkins KDAAF1 (Kelab Diet Asas Atkins Fasa 1). Berat badan turun lagi. Dengan kejayaan saya tu, sy buat Page di Facebook : Kelab Diet Asas Atkins Fasa 1. Alhamdulillah dah berpuluh orang saya bantu menurunkan berat badan melalui GUIDELINE. Kesemua yg mengambil Detox Atkins KDAAF1 rata-rata langsung x rasa lapar walaupun seharian tak makan. Waktu pagi hanya bermula dengan air kosong + Detox Atkins KDAAF1 + senaman. Tak percaya? Pergi page Kelab Diet Asas Atkins Fasa 1 kat Facebook

  • Isabelle Fariqis

    Alhamdulillah, saya turun 20kg dalam masa 2 minggu dgn Diet Atkins. Melalui Facebook Page Diet Asas Atkins Fasa 1. Sekarang ni nak turunkan lagi. Biar lg pinggang kerengga

  • Selamat tak kalau turun 10 kg dalam 10 hari?

    Macam yang ni http://www.dedauncomel.com/2017/02/cara-kuruskan-badan-seminggu.html

  • Budak Gila

    Assalamualaikum, boleh ke turun 10kg dalam masa seminggu?

    • Aiman Nazril

      Near impossible still kalau berjaya jugak badan akan jadi lesu sangat.

    • Apakah senaman yang terbaik dan sesuai dilakukan di dalam rumah?

      Lompatan Jack ( Jumping Jack)
      Tolak-Naik ( Push-Up)
      Mencangkung ( Squat )
      Duduk-Naik ( Sit-Up )
      Menari ( Dancing )

      Sekarang anda sudah tahu senaman yang sesuai, tapi adakah anda akan lakukannya?

      Saya yakin bila anda sudah membaca senarai ini, anda akan lupakan dan terus membuat perkara lain.

      Jadi apakah cara yang boleh membuat anda bersemangat untuk membuat senaman ini?

      Matlamat dan teknik

      Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran. Matlamat juga kena bermakna dan relevan.

      Dengan teknik yang betul, anda boleh memotivasikan anda untuk mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.

      Boleh baca selanjutnya di : Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat

      • farah zainor

        Mcm mana diet untuk ibu yg menyusu? Kerap lapar & selalu xde masa untuk bersenam

        • Dilema hebat bagi kaum wanita selepas bersalin adalah memikirkan cara nak kurus walau pun anak masih menyusu badan. Jangan risau, anda boleh cuba pratikkan langkah ini tanpa menjejaskan penghasilan susu, jom semak!

          1. Tunggulah bayi umur dua bulan

          Memanglah tak sabar nak kurus, tetapi tunggu bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet. Ini nak bagi tubuh menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas. Waktu menyusukan bayi, anda kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet).

          2. Kerapkan susu anak

          Lagi kerap anda susukan anak, lagi cepat lemak anda tersingkir. Tapi yang paling ketara cepat kurus kalau anda boleh susukan anak sekurang-kurangnya sampai bayi berumur 6 bulan ke atas. Cubalah, ibu!

          3. Kalori kena jaga, bukan main hentam

          Ibu perlu ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Tapi bukan semua sama, ada juga wanita memerlukan lebih daripada itu. Kalau pengambilan kurang daripada jumlah yang disyorkan, susu anda pun cepatlah kurang. Kesian pula anak jadi mangsa kurang susu hanya sebab ibu nak kurus.

          4. Jangan abaikan cara berat turun

          Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.

          5. Minum air walau diet

          Ibu, kalau kehilangan kalori dilakukan secara mendadak, ini akan menjejaskan penghasilan susu. Ini paling ketara ketika anda sakit (kurang air selain pengambilan ubat tertentu antara faktor yang menyebabkan penghasilan susu yang terjejas).

          6. Senanam kena teruskan

          Diet macam mana pun, jangan sampai tak senaman langsung. Langkah ini memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat. Tidaklah kulit nampak menggelebeh walau kurus.

          7. Pilih makanan sihat

          Snek yang dimaksudkan bukanlah biskut cip coklat atau makanan yang tinggi kandungan gula. Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya.

          Sumber : Mingguan Wanita

  • macam mustahil je 10 kg seminggu.. https://www.sepencarian.com untuk belajar cara kurus yang sebenar..

  • Suhada Sue

    ada tak yg berangan2 nak kurus tapi taktaw cam na leh pm sy ye siti noor suhada 0175406412

  • Hakim

    Ap yg ptut buat klu nk kurus

  • Pingback: Detox 3 Hari Turun Kg()