fbpx

Panduan Diet Pemakanan Sihat Kanak-Kanak

Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah cabaran kepada ibubapa masa kini. Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai iklan yang menarik. Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.
Jenis-jenis Makanan Utama:

  • Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
  • Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.
  • Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).

 

Pengurangan berat badan dikalangan kanak-kanak:

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan tdak sepatutnya menjalani pengawalan pemakanan yang terlalu ketat. Apa saja langkah yang diambil perlu melibatkan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini adalah perlu bagi menjaga emosi kanak-kanak terbabit disamping memberi motvasi untuk kanak-kanak ini lebih berdisiplin.
Secara tidak langsung, seluruh ahli keluarga akan mendapat manfaat kepada amalan yang baik ini.
Panduan Asas

  • Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
  • Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
  • Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat

Keperluan Kalori Seharian Kanak-Kanak Ikut Umur

Walaupun berdepan dengan masalah obesiti, kanak-kanak masih memerlukan kalori yang mencukupi untuk pertumbuhan mereka. Carta dibawah ini memberi sedikit gambaran untuk anda mengenali keperluan harian mereka.

Umur Lelaki (Kalori Sehari) Perempuan (Kalori Sehari)
1-3 tahun 1230 1165
4-6 1715 1545
7-10 1790 1740
11-14 2220 1845
15-18 2755 2110

Cadangan Plan Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak:

Contoh Pelan Pemakanan

Berikut adalah contoh pelan pemakanan untuk kanak-kanak

  • Pagi = Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu
  • Snack Pilihan.
  • Tengahari = Nasi, ayam & sayuran
  • Snack Pilihan.
  • Malam = Roti Pita, fillet ikan dan sayuran

untuk memastikan kanak-kanak mendapat keperluan makanan yang secukupnya, anda boleh sediakan ‘snack’ berkhasiat untuk mereka nikmati. Buah, susu dan badam sesuai untuk mereka nikmati.

Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam  menyediakan hidangan yang bersesuaian. Hidangan yang sihat ini tidak sepatutnya membebankan anda dari segi kewangan mahupun masa untuk menyediakannya.

Privacy Preference Center