fbpx

Panduan Beli Heart Rate Monitor Di Malaysia

Tentu semua pembaca pernah lihat atau terbaca ulasan mengenai jam tangan yang dinamakan Heart Rate Monitor. Jenama Polar, Suunto, Garmin, Timex, Sigma adalah antara jenama yang popular di Malaysia.

Apa kelebihan menggunakan Heart Rate Monitor?

Pada setiap seminar, saya sering tekankan pentingnya amalan high intensiti interval training atau HIIT dalam amalan senaman cardio atau fitness training. Interval training pentingkan zon training. Zon? Zon training fokus kepada kadar degupan jantung. Untuk HIIT, zon paling tingga adalah 80% dan zon rendah 60% dari kadar maksimum denyutan jantung (220 – umur)

Contoh (umur saya 33 tahun): Max = 220 – 33 = 187 degupan seminit. Jadi zon training saya adalah antara 112 @ 60% hingga 150 @ 80%.

Di sinilah antara peranan heart rate monitor untuk membolehkan saya track degupan jantung sepanjang masa. Selain itu jam HRM juga dapat beri nilai jumlah kalori yang dibakar, jangsa masa semenan, GPS dan lain-lain.

Berikut adalah senarai beberapa jam tangan Heart Rate Monitor di Malaysia.

1. Suunto Ambit – RM2,249 (Pilihan Saya)

Jangan tangan Suunto Ambit ini bukan sahaja memberikan fungsi heart rate monitor tetapi juga ada built-in GPS yang membolehkan saya track kelajuan, jarak senaman.

Ini adalah heart rate monitor high-end yang khusus lebih sesusai untuk outdoor trekking, mounting climing dan lain-lain.

Ia jadi pilihan saya kerana ia tidaklah kelihatan seperti jam sports yang lain dan memang saya memakainya setiap hari. Memang cool!

Maklumat lanjut: Facebook Suunto Malaysia

2. TIMEX IRONMAN Road Trainer (RM600)

Popular di kalangan atlet-atlet triathlon kerana fungsi multi-sport tapi ia sesuai untuk semua orang. Tidak sebesar Suunto Ambit dan tidak mempunyai built-in GPS. Bagi saya jam tangan ini juga sesuai dipakai hari-hari kerana kelihatan sporty dan tidaklah begitu serious.

Maklumat lanjut: Facebook TIMEX Malaysia atau laman web rasmi TIMEX Malaysia

3. Polar FT7 (RM350-450)

Jenama Polar memang terkenal sebagai pengeluar heart rate monitor. Jangan tangan heart rate monitor pertama saya semasa di kolej pun jenama Polar. FT7 memang sesuai untuk sesiapa yang ingin jangan tangan HRM asas untuk track degupan jangtung dan pembakaran kalori.

Laman web: Polar Malaysia. Beli online? Cuba kedai online Fitness Concept.

4. Motorola MOTOACTV 8GB Bluetooth

Mula-mula saya tergerak untuk beli jam tangan ini. Motorola MOTOACTV gabungkan fungsi heart rate monitor dan media player. Untuk mereka yang inginkan gaya, media dan sukan all-in-one, Motorola MOTOACTV mungkin sesuai. Seperti jam tangan suunto, polar dan timex juga, MOTOACTV juga ada portal tersendiri untuk track, upload dan analyze kesemua sessi senaman anda.

Maklumat lanjut: Laman web rasmi motoactv.com. Beli online: expansys.my.

5. Garmin Forerunner 410 (RM800-1000)

Jenama Garmin lebih popular untuk peralatan dan peta GPS tetapi juga menghasilkan jangan tangan heart rate monitor yang mempunyai built-in GPS seperti model Forerunner® 410 yang berharga lebih kurang RM800-RM1000 bergantung kepada dealer.

Maklumat lanjut: Laman web rasmi Garmin Malaysia atau Aeco (authorized dealer).

6. Lain-lain.

Selain jenama-jemana di atas, berikut adalah beberapa pilihan yang lain:

  1. Adidas MiCoach: bukan jam tangan tapi juga boleh digunakan sebagai media player. Portal MiCoach memang hebat.
  2. Nike Fuelband: Belum dilncar di Malaysia tetapi satu cara yang fun untuk track pembakaran kalori. Tapi kurang sesuai untuk endurance training kot. Memang innovatif.
  3. Sigma: dikatakan lebih murah berbanding jenama yang lain.

Akhir kata, semua jenama di atas ada kelebihan dan reputasi yang tersendiri. Buat pilihan berdasarkan objektif, citarase dan budget anda yang unik.

Privacy Preference Center