Saiz hidangan saya ketika Hari Raya Aidiladha

Hye, bertemu kembali setelah sekian lama saya tidak update blog di ruangan website Kevinzahri.com ini. Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidiladha anda? Saya pasti ramai yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran dengan melakukan ibadah korban beberapa hari yang lalu. Menyebut tentang hari pengorbanan ini, sudah tentu kita di jamu dengan daging korban yang semestinya enak dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan. Bagi saya, tidak ada perbezaannya. Saya juga menikmati hidangan perayaan ini lagi-lagi hidangan juadah hari raya aidiladha ini dimasak oleh ibu saya. Inilah saiz hidangan yang diambil oleh saya.

Saya juga seperti orang lain.

Walaupun saya dalam proses untuk mengurangkan berat badan, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang disajikan. Akan tetapi saya tahu, saiz hidangan yang perlu saya ambil haruslah bersesuaian dengan jumlah kalori yang saya perlu ambil dalam seharian.

Segenggam Tangan Nasi

Hidangan saya pada hari raya haji adalah satu genggam nasi beriani, seketul ayam dada dan juga satu sudu sayur kuah lodeh. Kenapa saya pilih ayam dada? Sebab bahagian ayam inilah paling banyak protein dan juga paling kurang lemak. Kuah lodeh saya pula saya mengambilnya banyak sayur dan mengurangkan pengambilan kuahnya kerana kuah itu terdiri daripada santan yang kita tahu santan merupakan lemak dalam pemakanan. Air pula, saya hanya mengambil air kosong. Jika dikira saiz hidangan saya ini, jumlah kalori yang saya ambil adalah lebih kurang 400 kalori.

Kenapa saya pilih ayam dada? Sebab bahagian ayam inilah paling banyak protein dan juga paling kurang lemak.

Bagaimana pula dengan hidangan anda semua?

Saya pasti, bagi yang ingin mengurangkan berat badan, saiz hidangan yang diambil juga sederhana dan tidak melebihi kalori dalam satu hari.


Afiqah Jamal

Ikuti kisah perjalanan Afiqah atau Kaka, kurangkan berat badan. Beliau akan kongsi bersama pengalaman, senaman, tip diet dan macam-macam lagi untuk mencapai berat badan 65kg pada Januari 31 2013 di sini.

All author posts

Boleh saya bantu?

Ingin kurangkan berat badan atau ada sebarang pertanyaan? Do reach out to me. I would be happy to hear from you.

Message Me Today

Privacy Preference Center