Wan Fadhilah : Azam untuk BERJAYA turunkan berat badan

Assalammualaikum.

Hai…Saya Wan Fadhilah berumur 32 tahun…lebih dikenali dengan panggilan fila…tinggi saya 156cm…berat sebelum menyertai cabaran JK1M #2 ialah 65kg…Ramai kawan-kawan dan keluarga akan bertanya kenapa saya selalu sangat nak kuruskan?Pada pandangan mata kasar mereka saya ni dah kurus kononnya….Tapi hanya tuan punya badan sahaja yang tahu kan..Dimana “tersembunyi” nya lemak-lemak berlebihan tu….hihihi…..

** Bawah ni gambar masa majlis akad nikah kawan pejabat saya..hihihih…tengok pipi tu…tembam kan…tak suka tengok…huh!!…..Badan pun..aduyaii…sangat tak suka tengok….huhuhu…

dgn cik d

Sangat-sangat susah nak cari baju dan seluar sebenarnya menjadikan saya dari 4 tahun lepas asyik nak kurus je…Tapi tak kurus-kurus juga…Berat takat tu juga…hihihi…Ada juga kawan yang macam dah boring dengar saya asyik berulang kali cakap nak kurus, nak kurus!!…Tapi tak ada kesan juga…masih 65kg juga…Sebabnya tak ada kawan untuk memberi kata-kata semangat dan bersama-sama bersaing secara sihat untuk turunkan berat badan….

Saya nekad untuk cabaran JK1M #2 kerana ingin mencari kawan yang sama-sama berusaha untuk menurunkan berat badan. Saya sertai JK1M #2 dibawah Encik Haffiz Razali bagi kawasan Taman Tasik Titiwangsa kerana dekat dengan kawasan rumah dan teruja dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada musim yang lepas.

** Gambar bawah ni masa kelas pengiraan kalori dan tips-tips untuk pemakanan sehari yang dapat membantu turunkan berat badan. Saya yang pakai baju merah, seluar hitam serta tidak bertudung. Besar kan??Lebar je dari belakang…Tak suka tengok..huhuhu…(kredit kepada Encik Haffiz Razali sebab saya ambil gambar ni dari FB dia..Hehe)

1920586_722483291117826_2053836540_n

Hari ke 4 selepas menyertai JK1M #2

Hari ini merupakan hari ke 4 setelah cabaran ini bermula, saya semakin semangat untuk bersenam dan mengawal cara pemakanan saya….Sebabnya lepas tengok e-book dari Encik Kevin Zahri panduan kalori huh!! semakin seram nak makan macam dulu-dulu…Dulu saya makan apa sahaja yang dikehendaki…Kini saya semakin “cerdik” untuk mengawal cara makan saya..hihiihi….

Gambar bawah ni saya kongsi makanan yang saya beli untuk lunch tadi. Beli kat pasar tani bawah pejabat je…Siapa kata tiada makanan “sihat” kalau pergi pasar tani…hihihihi…..kena lebih kreatif kononnya…Saya beli kebab tapi tanpa roti, mayonis dan cili sos…Balik pejabat saya guna la roti gandum yang saya dah beli semalam..hihihii….

20140318_130756[1]

** Gambar bawah ni bersama dengan Encik Haffiz Razali..Hari pertama bermulanya Program JK1M #2

ngan haffiz

Psttt :  Sebelum bermula nya JK1M #2 ni berat saya 65kg…lepas 1st circuit training dengan team Encik Haffiz Razali berat saya turun 0.5kg…Yeahh!!!…Jadinya berat saya sekarang 64.5kg la….Seram pula nak tunggu hujung minggu ni nak naik penimbang lagi… 😛