Tiada Paksaan. YOUvsYOU

Welcome to Cabaran 30 Hari

Quickguide untuk bantu anda bermula.

Jika ini kali pertama anda sertai Cabaran 30 Hari, ambil masa 1–2 minggu untuk sesuaikan diri. Jangan risau  anda dalam tangan yang terbaik. Nikmati proses perjuangan YOUvsYOU bersama kami.

 Kevin Zahri

Cabaran 30 Hari Checklist:

Semak WhatsApp Group Description untuk link LIVE, kod cabaran dan info penting lain.

1. Submit Berat Badan

Gunakan Google Form di bawah untuk submit berat badan pada awal dan akhir Cabaran 30 Hari. Tak wajib, tapi bagus untuk bantu anda lebih berdisiplin dan semak progress dari cabaran ke cabaran.

Submit Berat Badan

2. Kick Off LIVE KURUS Masterclass

Setiap Cabaran bermula dengan LIVE KickOff KURUS Masterclass bersama Kevin Zahri untuk bantu anda rancang pelan kurus.

Kalau tak pasti nak mula di mana, tonton rakaman di KURUS Academy.

3. LIVE Schedule:

Ini jadual LIVE sepanjang Cabaran 30 Hari. Rakaman disediakan dan tak wajib join semua – ini cabaran YOU vs YOU.

Link Google Meet (sama setiap kali) ada dalam group description.

YouTube LIVE link biasanya dikongsi 5 minit sebelum mula dalam group WA.

4. Bonus: 4in1 eBook Percuma

Untuk dapatkan Bonus: 4in1 eBook KURUS, sila rujuk pada arahan berikut:

1) Klik link ini dan semak harga “0” pada cart.
2) Klik “I want this”
3) Masukan alamat email
4) Download eBook2
5) Jangan lupa tinggalkan 5* Review 🙂

Klik Di Sini

5. Sertai PACER Step Challenge

1. Muat Turun App PACER (Percuma):
👉 Android atau 👉 iOS
2. Buka App & Daftar Akaun PERCUMA.
3. Join Cabaran Langkah Kami: Rujuk WhatsApp Group Description untuk challenge code atau link penyertaan.
4. Sambungkan Smartwatch / Health App: Pergi ke Me > Settings > Data & Sync dalam app Pacer. Untuk panduan sync applikasi dengan Pacer, sila rujuk di sini.

6. Rakaman LIVE: KURUS Academy

Rakaman LIVE Cabaran 30 Hari akan dimuat naik ke KURUS Academy. Tonton rakaman cabaran anda bila-bila masa.

Untuk akses semua rakaman lepas & akan datang, upgrade ke All-Access Pass di sini.

KURUS Academy

Rujuk pada group description WhatsApp anda untuk link rakaman cabaran kini.

LIVE Workout Equipment Checklist:

Bagi mereka yang baru nak join our Cabaran 30 Hari. Untuk our LIVE workouts, amat dialu-alukan untuk anda mempunyai 2-3 set dumbbell or pemberat lain. Ia tidak wajib, tapi dialu-alukan. Sekali beli, boleh pakai “forever”.

Untuk DB cuba target harga dalam RM10/kg Contoh 4kg dumbbells should be less than RM40.

Where/What to Buy?

Priority – Dumbbells: (2x 2kg, 2x 4kg & 2x 6kg)
Optional – Kettlebells: (1x 8kg)
Optional – Soft Core Ball: (1x 5kg)
Optional – Or Hard Medicine Ball (1x 5kg)
Optional – Stepboard T20
Optional – Stepboard M40
Optional- Resistance bands:

Happy Shopping ❤️

FAQ

Soalan lazim Cabaran 30 Hari

🎉 Baru join, apa benda pertama saya kena buat?

Welcome ke Cabaran! Kalau ini kali pertama anda sertai, sila semak butiran group description WhatsApp utama – semua info penting ada di situ. Caiyok!

💬 WhatsApp memang admin je boleh bercakap ke?

Ada dua WhatsApp group: satu untuk info dari admin (G1, G2, G3), satu lagi open group untuk diskusi bersama, dibuka 9:30 pagi hari kedua. Rujuk group description untuk link.

📘 Kat mana menu diet 30 hari saya?

Rujuk panduan di bawah atau group description WhatsApp untuk muat turun eBook 30 Hari Menu Diet KURUS. Tapi jangan ikut membuta tuli – sesuaikan ikut keperluan anda.

🔥 Cabaran ini kena buat apa?

Join sessi LIVE, kekal aktif, tapi yang paling penting – teruskan kehidupan harian seperti biasa. Tapi komit pada perjuangan YOUvsYOU. Jangan terlalu manjakan diri!

🍽️ Perlu ke hantar menu makanan setiap hari?

Tak wajib, tapi kalau nak kongsi dalam group WhatsApp terbuka kita pun boleh – sama-sama kita belajar dan dapat idea.

📸 Perlu ke hantar gambar progress?

Tak wajib, tapi kalau nak kongsi dalam group WhatsApp terbuka kita, sangat digalakkan untuk inspirasi dan semangat bersama!

⏰ Kalau tak boleh join sessi LIVE takpe ke?

Takpe! Kita faham semua orang sibuk. Buat yang terbaik ikut kemampuan – tapi jangan terlalu manjakan diri. Ingat, ini perjuangan YOUvsYOU. 💪

🎥 Rakaman disediakan ke?

Ya, semua rakaman ada dalam KURUS Academy. Link dan info boleh rujuk di group description WhatsApp anda.

🙅 Kalau saya tak boleh komit, kena buang tak?

Tak sama sekali! Ini cabaran YOUvsYOU – tiada denda, tiada paksaan. Kita faham tak semua benda boleh ikut 100%. Buat yang terbaik ikut kemampuan. 💪

😵 Saya lost! Tak tahu nak mula dari mana!

Paling penting, pastikan anda ikut sessi LIVE Kickoff KURUS Masterclass bersama Kevin Zahri. Kalau terlepas, jangan risau – tonton rakaman di KURUS Academy (rujuk group description WhatsApp untuk info lanjut).

🙏 Kalau saya tak aktif dalam group, takpe ke?

Takpe langsung! Group ni untuk sokongan bila anda perlukan. Anda tak wajib aktif setiap hari. Bila anda perlukan bantuan, motivasi, atau nak berkongsi, kami semua ada di sini. 💬💪

🤔 Program ni boleh jamin kurus ke?

Yang confirm cuma lahir dan mati 😅 — yang lain ikut usaha anda sendiri. Sama-sama kita berjuang.

Pacer FAQ

Soalan lazim berkenaan aplikasi Pacer untuk sertai Step Challenge dll.

📱 Perlu ke bayar untuk aplikasi PACER?

Tak perlu. Aplikasi PACER mungkin akan promote pakej premium, tapi anda boleh abaikan je tawaran tu.

🔎 Mana Challenge Code?

Sila rujuk pada group description dalam kumpulan WhatsApp rasmi kita. Segala info ada di situ.

⌚ Camane nak sync PACER dengan jam tangan saya?

Sila rujuk panduan rasmi ini untuk langkah sync di pautan ini.

⌚ Saya pakai Garmin! Kena bayar ke?

Tak perlu bayar. Cuma sync Garmin anda dengan Apple Health atau Google Fit, kemudian link-kan PACER dengan aplikasi tersebut.

😅 Tak boleh sync jugak la coach! Camane?

Jangan panik. Terus guna je aplikasi atau jam yang anda ada. Fokus je capai 210k langkah & 42km dalam 30 hari. Ini cabaran YOUvsYOU 💪

🚫 Pacer kata group dah penuh pulak.

Tak perlu join club, cuma join Challenges saja. Rujuk group description WhatsApp untuk challenge code atau link.

Upgrade & Add-On Pilihan Anda

Kurus tanpa stres! Untuk hasil lebih konsisten dan ilmu yang lebih lengkap.

🔁 Naik Taraf ke 3x Cabaran

Bayar beza sahaja untuk sambung Cabaran selama 3 bulan berturut-turut.
Sesuai untuk anda yang nak turun 6kg ke atas.

📌 Contoh: Jika anda daftar dengan RM37, anda hanya perlu tambah RM60 (RM97 – RM37).
Jika RM47, tambah RM50 sahaja.

🕒 Tarikh akhir: Hari pertama Cabaran bermula.

WhatsApp “Upgrade 3x” Sekarang

♾️ Naik Taraf ke KURUS Forever – Lifetime Access

Akses semua Cabaran 30 Hari, eBook & kursus KURUS seumur hidup – sekali bayar, tak perlu ulang-ulang daftar lagi.

📌 Contoh: Jika anda bayar RM97 → hanya perlu tambah RM300 sahaja.
💳 Ada pelan bayaran ansuran juga.

⚠️ Syarat: Mesti upgrade sebelum separuh cabaran (hari ke-15).

WhatsApp “Upgrade Lifetime” Sekarang

💼 All-Access KURUS Sistem – RM49

Perfect untuk anda yang baru nak mula. Bayar sekali dan dapat akses seumur hidup, termasuk semua update akan datang.

✅ Semua eBook termasuk Panduan Kurang 10kg (6 Minggu)
✅ Video Course KURUS Sistem Lengkap
✅ Semua rakaman Cabaran 30 Hari
❌ Tidak termasuk akses ke Cabaran 30 Hari LIVE akan datang.

Klik sini untuk akses penuh – RM49

Ada Soalan Lain?

Hubungi saya bila-bila masa tapi cuba untuk elak ulang soalan yang telah dinyatakan di atas.

WhatsApp 0194567820

Privacy Preference Center