Aida Ahmad Kembali Berat Badan 55kg Selepas Bersalin

[one_third boxed=”true”]

  • Nama: Aida Ahmad
  • Umur: 32.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan
  • Kejayaan: Kurangkan 23kg selepas bersalin.

[button color=”accent-color” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Ingin Kurang Berat Badan?” color_override=””]
[/one_third]
Hi, saya Aida Ahmad. Berumur 32 tahun , seorang surirumah sepenuh masa dan juga ibu kepada 2 orang anak. Saya mengalami masalah berat badan selepas bersalin. Berat asal saya ialah 55kg dan bertambah 23kg menjadikan berat saya ialah 78kg.

Selepas bersalin pada Sept 2011, berat saya hanya susut sebanyak 73kg dan mula bertambah selepas pantang dan menjadikan saya 75kg kembali.

Cuba pelbagai diet untuk kurus

Saya mencuba pelbagai cara berdiet dan ada ketika saya tidak langsung menyentuh makanan dan hanya bergantung pada air kosong semata. Namun usaha saya sia-sia malah saya tidak bertenaga melakukan urusan harian dirumah. Mood serta tidur saya turut terganggu akibat cara pemakanan yang tidak menentu. Sepert surirumah lain saya juga tiada masa untuk bersenam dan ke gym kerana kerja-kerja rumah yang agak banyak.

…Sepert surirumah lain saya juga tiada masa untuk bersenam dan ke gym kerana kerja-kerja rumah yang agak banyak…

Masa untuk berubah.

Sehinggalah satu hari saya melayari facebook dan terjumpa tips-tips menguruskan badan yang agak menarik untuk dicuba dan ianya milik Kevin Zahri. Setiap hari saya akan mengikuti perkembangan di facebooknya dan akhirnya saya mengambil keputusan utk mencuba eBook Panduan Kurang 5kg dalam masa 5 minggu. Selepas membaca dengan teliti, akhirnya saya faham dan mula mengorak langkah utk mengubah cara pemakanan dan aktiviti harian.

Saya mula makan dengan teratur dan mengikut kalori keperluan diri saya. Saya juga pastikan tidur saya setiap hari cukup 7 jam dan tidak tidur lewat seperti yg selalu saya lakukan.

Selepas membaca dengan teliti, akhirnya saya faham dan mula mengorak langkah utk mengubah cara pemakanan dan aktiviti harian.

Tugasan Rumah Untuk Bakar Kalori

Cuma saya tidak punya masa untuk pergi ke gym utk bersenam. Namun ianya tidak mematahkan semangat saya. Tugasan harian dirumah juga membakar kalori, jadi saya melakukan segala kerja rumah dan meluangkan setidak-tidaknya 30 minit untuk melakukan senaman cardio setiap hari. Untuk memudahkan saya mengawal pengambilan kalori, saya telah memuat turun aplikasi ‘Calories Counter’ supaya saya dapat track down pengambilan kalori setiap hari dan berapa banyak kalori yang telah dibakar dengan aktiviti yg telah dilakukan seharian.

Alhamdulillah saya telah Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilo pada tahun 2012. Dan berat masih lagi turun secara konsisten walaupun mengambil sedikit masa . Sehinggalah 2013, saya telah menurunkan 5 kilo dan mendapat berat normal saya kembali iaitu 55 kilo. Dan sekarang saya masih berusaha menurunkan berat badan hingga ke tahap yg saya ingini tanpa perlu berlapar seperti dulu.

Tips cara-cara saya menurunkan berat badan selepas bersalin?

  1. Menjadikan sindiran sebagai pembakar semangat untuk menurunkan berat badan.
  2. Makan nasi segenggam tangan hanya 1 kali dalam seminggu.
  3. Wajib makan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam mengikut masa yg betul.
  4. Ambil snack seperti oat cracker atau kurma jika lapar.
  5. Tidak mengambil minuman manis ,berkarbonat atau berkaffein.
  6. Bersenam 30 min sebelum sarapan pagi dan 30 min sebelum tidur
  7. Mengambil apple cider yg dilarut dlm air kosong serta green tea tanpa gula.
  8. Elakkan makanan bergoreng dan makan dengan kuantiti yg sedikit tetapi kerap.

Biar lambat asalkan matlamat tercapai dan kekal sihat. Tiada jalan pintas.

Meal replacement dan ubat kurus dalam apa jua bentuk bukanlah cara utama terbaik untuk menjadi kurus dan sihat…

Berat badan kembali ke 55kg dan terus kekal.
Berat badan kembali ke 55kg dan terus kekal.

Surirumah Malaysia: Jangan Putus Asa

Bagi pembaca-pembaca terutamanya mereka yang begelar surirumah ataupun yang baru melahirkan anak dan mempunyai masaalah berat badan, diharap agar anda tidak berputus asa. Jadikan sindiran satu semangat utk anda menetapkan matlamat anda utk kurus dan sihat. Aktiviti harian dirumah bersama anak-anak bukanlah penghalang untuk anda mengurangkan berat badan. Tetapi tukarkan persekitaran itu kepada sesuatu yang positif dan jadikan setiap pergerakkan kita itu salah satu cara untuk menguruskan badan. Meal replacement dan ubat kurus dalam apa jua bentuk bukanlah cara utama terbaik untuk menjadi kurus dan sihat.

Tetapi kenali siapa diri kita, kaji pemakanan dan aktiviti kita dan mulakan langkah untuk berubah walaupun ianya mengambil sedikit masa. Biar lambat asalkan tercapai matlamat dan kekal sihat.

Privacy Preference Center