Mari Mengenal Vitamin
Kita sering mendengar makanan yang kaya dengan vitamin-vitamin tertentu itu elok untuk diambil secara kerap. Apakah yang dimaksudkan dengan vitamin?
Vitamin merupakan sebatian organik yang wujud bertaburan dalam pelbagai jenis makanan (sumber semulajadi) dan diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil (surih). Ia merupakan salah satu kategori ‘micronutrien’. Micronutrien ini berbeza dengan ‘macronutrien’ (Karbohidrat, Lemak dan Protein, lihat perbezaan istilah 'micro' dan 'macro') yang bertanggungjawab kepada distribusi kalori. Benar, Micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori, atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori’.
Pengambilan vitamin-vitamin yang mencukupi setiap hari penting dalam memastikan tubuh badan kita sentiasa 'tip-top' dalam menjalankan fungsi-fungsi dalaman yang penting. Kekurangan vitamin-vitamin tertentu sering dikaitkan dengan penyakit-penyakit serius seperti Skurvy (Vitamin C), Rickets (Vitamin D), dan penyakit berkaitan rabun malam (Vitamin A).
Secara umumnya, Vitamin boleh dikelaskan kepada 2, iaitu vitamin larut lemak, dan vitamin larut air.
1 – Vitamin Larut Lemak
Vitamin A (perkusornya, Beta Carotene)Fungsi: pertumbuhan normal, integriti kulit, penglihatan, dan perkembangan tulang.
Sumber: Lepa susu, kuning telur, buah-buahan tertentu (prunes, nanas, oranges, limau, and cantaloupe), tumbuhan berdaun hijau, dan lobak merah.
Vitamin D
Fungsi: Pertumbuhan tulang dan gigi, membantu penyerapan Calcium ke dalam tulang
Sumber: Cahaya matahari (kulit akan menghasilkan Vitamin D), susu, minyak ikan kod, salmon, kuning telur, mentega
Vitamin E
Fungsi: antioxidant, melindungi dinding sel, dan pembaikan luka
Sumber: Hampir dalam semua buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak sayuran
Vitamin K
Fungsi: Pembekuan darah
Sumber: Lemak, oat, gandum, rye, alfalfa, juga dihasilkan oleh bakteria di usus
2 – Vitamin Larut Air
Vitamin B1 (thiamine)
Fungsi: pertumbuhan, selera makan, dan metabolisma karbohidrat (pembebasan tenaga).
Sumber: Gandum penuh, kekacang, kuning telur, buah-buahan, kebanyakan sayur-sayuran
Vitamin B2 (riboflavin)
Fungsi: pertumbuhan dan metabolisma sel (pembebasan tenaga).
Sumber: Hati, daging, ayam, telur, susu, dan sayuran hijau
Vitamin B3 (niacin)
Fungsi: fungsi neurological (saraf), sistem pencernaan, kesihatan kulit
Sumber: Hati, daging, ayam, sayuran hijau
Vitamin B6 (pyridoxine)
Fungsi: metabolisma protein, penghasilan sel darah merah
Sumber: Daging, ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan
Vitamin B12 (cobalamin)
Fungsi: fungsi neurological (saraf), pembentukan DNA dan sel baru, serta pencegahan anemia
Sumber: Sayuran hijau, makanan organ binatang, daging, dan makanan laut. Tidak terdapat dalam tumbuhan.
Vitamin C (ascorbic acid)
Fungsi: pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan kanak-kanak
Sumber: Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar, tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus.
Folic Acid
Fungsi: pembentukan DNA dan sel baru, terutamanya sel darah merah
Sumber: Sayuran hijau, legum, biji (kuaci, labu), jus oren, hati.
Pantothenic Acid
Fungsi: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan
Biotin
Fungsi: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan, juga dihasilkan oleh bakteria di usus.
Senarai vitamin-vitamin di atas barangkali agak sukar dan leceh untuk dihafal satu-persatu. Dalam dunia yang serba moden masa kini, persekitaran yang sibuk barangkali mengehadkan kita untuk mengenal pasti, apakah makanan yang bakal diambil itu mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan, atau sebaliknya. Dalam situasi seperti ini, supplemen Multivitamin amat membantu dalam melengkapkan nutrisi diet harian seseorang individu. Sebiji pil multivitamin sudah cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient (bukan sahaja vitamin, tetapi mineral) yang diperlukan untuk fungsi-fungsi penting tubuh badan.
7 Tip Diet Ketika Bercuti
Adakah anda risau setiap kali ingin bercuti? Risau gagal untuk mengawal selera makan anda. Perasaan risau itu akan lebih dirasai apabila anda tahu destinasi percutian anda kaya dengan pelbagai pilihan makanan yang menarik. Bagaimana untuk anda memastikan anda dapat mengawal semua ini sedangkan anda tahu bahawa makanan-makanan istimewa ini hanya terdapat di lokasi yang anda bakal kunjungi itu sahaja.
Disertakan dibawah 7 tip mudah untuk anda lakukan ketika bercuti;
- 1.
Minum Banyak Air. Ini adalah langkah mudah untuk anda lakukan. Sebelum anda mula menikmati hidangan, minumlah beberapa gelas air. Air boleh mengurangkan rasa lapar dan secara tidak langsung anda tidak akan terlebih ambil makanan. Perlu diingat bila perut kita kosong, kita akan bertindak untuk mengambil atau menikmati makanan secara berlebihan. - 2.
Makan Mengikut Masa. Jika pada kebiasaanya anda mengamalkan makan pada waktu tertentu, pastikan semasa percutian anda melakukan perkara yang sama. Anda mungkin hilang kawalan bila berada dalam keadaan lapar. Ambil buah-buahan sebelum menikmati hidangan juga adalah idea yang baik untuk diamalkan. Buah-buahan ini bukan sahaja mengurangkan rasa lapar malah membekalkan serat yang diperlukan. - 3.
Kurangkan Saiz Hidangan Anda.
Diet bukanlah bererti anda perlu berlapar. Tetapi jika anda mahu terus menjaga diet yang telah anda rancang sebelum ini, anda perlu bijak membuat pilihan. Sebagai contoh anda tahu hidangan istimewa yang bakal anda nikmati itu tidak baik untuk kesihatan anda, jadi kurangkan sedikit saiz hidangan tersebut. Mungkin separuh sudah memadai untuk anda. - 4.
Jadi Sedikit Cerewet. Anda perlu tahu bahawa tidak semua makanan yang dihidangkan adalah untuk anda habiskan. Pilihlah makanan yang enak dan istimewa. Mungkin juga anda boleh pilih hidangan yang belum pernah anda rasai. Perlu diingat bahawa anda tidak perlu habiskan atau nikmati kesemua hidangan. Buat pilihan yang bijak. - 5.
Pakai Baju Yang Agak Ketat. Agak pelik tip ini. Tetapi secara psikologinya baju yang sedikit ketat ini mampu membuat anda untuk tidak makan secara belebihan kerana anda perlu pastikan perut anda tidak kelihatan 'buncit' apabila terlebih isi. Apa yang penting disini ialah cari cara untuk alihkan tumpuan anda dari terlalu fikir soal kenakkan makanan yang ada. - 6.
Elakkan Air Berkabonat. Dengan mengelak dari minuman berkarbornat ini, anda mampu untuk mengurangkan kalori harian anda. Seperti yang anda sedia maklum, kandungan gula didalam minuman berkarbonat ini adalah sangat tinggi. - 7.
Kurangkan Pilihan. Cara yang mudah untuk anda kurangkan pilihan makanan ialah dengan membuat perancangan terhadap menu anda terlebih dahulu. Agihkan hidangan pilihan kepada waktu yang berbeza. Anda tidak perlu menikmati semuanya serentak.
Secara keseluruhannya percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh pertimbangkan tip-tip yang diberikan. Percutian anda akan lebih bermakna jika anda bijak mengatur perjalanan dan dalam pada masa yang sama masih dalam diet yang telah anda usahakan.