Farid: Berjaya Turun 10kg Dalam Masa 3 Bulan
- Nama: Farid Rani
- Layari: laman web Facebook
- Sasaran: Kurangkan Berat Badan
- Pencapaian: Kurangkan 10kg Dlm 3 Bulan
- eBook yang dibeli: Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
1) Kenapa anda teringin kurangkan berat badan?
Gaya hidup saya yang kurang aktif dan suka memakan makanan ringan selama ini, membuatkan berat badan saya mencapai sebanyak 90kg pada usia muda. Menjadi seorang remaja yang mempunyai berat badan yang berlebihan membuatkan saya berazam untuk menurunkan berat badan. Sebelum ini saya suka menonton rancangan 'Biggest Loser', melihat para peserta rancangan tersebut berjaya menurunkan berat badan membuatkan semangat saya berkobar-kobar dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
2) Sebelum ini pernah cuba kurangkan berat badan?
Saya pernah mengambil produk diet dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg selama sebulan tanpa melakukan senaman. Walaubagaimanapun, selepas berhenti mengambil produk diet tersebut, berat badan saya naik secara mendadak dan berat badan kembali kepada asal dan membuatkan sangat berputus asa untuk menurunkan berat badan lagi.
3) Apa kejayaan penurunan berat badan yang anda perolehi?
Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan( Mei hingga Julai) dengan berpandukan e-book Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu. Kini, berat badan saya turun lagi sebanyak 2kg dan berharap dapat menurunkan lagi ke berat badan yang ideal.
4) Bagaimana anda mencapainya?
Selepas tamat program matrikulasi(KPM) 10/11, saya telah menggunakan waktu cuti selama 4 bulan ini sebelum menlanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah muda di IPTA untuk menurunkan berat badan. Dengan berpandukan e-book ini segala pengetahuan saya ambil dan amalkan. Alhamdulillah, selepas beberapa minggu terdapat perubahan positif dan saya terus meneruskan usaha ini.Saya mengetahui apa itu Daily Calorie Requirement(DCR) selepas membaca e-book Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu dan selepas itu terus mengawal pengambilan kalori dan mula melakukan senaman kardio selama 45 minit sehari. Dari segi pemakanan, saya telah mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan makanan yang bersumberkan protein. Saya masih lagi memakan makanan ringan tetapi tidaklah selalu dan dalam kuantiti yang sedikit.
5) Apa pesanan/tip anda untuk orang di luar sana?
Dalam melakukan semua perkara , kita haruslah bersabar untuk mendapat keputusan yang memuaskan. Janganlah berputus-asa dan jika anda mahu mencapai sesuatu, kuatkan semangat dan teruskan usaha anda. All the best.
New iPhone App: Weight Loss Calculator
Hey everyone. I am thrilled to announce the release of my first iPhone app - Weight Loss Calculator.
View the weight loss calculator application in the iTunes store.
About the app?
The Weight Loss Calculator app is a step by step calculator to help you do the following:
- Calculate your unique BMR (basal metabolic rate)
- Calculate your DCR (daily calorie requirement)
- Set your own personal weight loss goal.
- Set how long you want to take to lose the weight.
- Calculate how many calories you need to lose to achieve it.
- Determine how you want to lose it (either by dieting, exercise or a combination of the two.
- Get a verdict on whether your weight loss is realitic or not.
Regardless on weather you want to lose 1 or 50kg, this tool can be used by both male or female and will guide you step by step to understanding EXACTLY what you need to do in order to accomplish your goal.
Screenshots
Following are some screenshots of the actual application. For more details or to purchase, click here.