10 tips Eat Less, Live Longer
We all pretty much know that in order to weigh less, we need to eat less with healthy balance diet. Whether you’re trying to lose weight or not, almost anyone can agree the potential benefit of living longer is a great plus to cutting a few calories! However, this isn’t always the easiest thing to do. Here are a few helpful hints to trim your daily intake without going hungry.
- Eat less. More often. Rather than eating large meals, chop up your eating into smaller portions throughout the day.
- Check out your portions. Most restaurants serve almost double the recommended serving size of a dish, so ask to wrap up half your plate before you begin eating. You likely won’t miss it!
- Eat more slowly. Studies show that people who eat faster weigh more than those who chew more slowly and pause between bites. Drinking a full glass of water before each meal can also help curb calories.
- Eat less processed foods. More natural foods tend to fill you up better, as they often contain more fibre and healthier fats. Instead of potato chips, go for carrots. You’ll get the crunch and satiating tasty zing without the Trans Fats.
- Eat vegetables before the main course. Whenever possible, I'd make sure to have an ample serving of a vegetable (you get very few calories for the amount you eat) before eating the denser main course--often a meat or fish. You'll need less of the dense stuff to be happy.
- Kick the sugar habit. If you drink sugared soft drinks, replace them either with their diet counterparts or water. This can make a very, very big difference.
- Reduce the amount of salty food and soup. A lot of s salty food make you want to eat and drink even more. Besides this, salty food always cause water retention problem.
- Cut out the alcohol. Full of empty calories, this may not be the most desirable part of your diet to cut, but likely the healthiest. If you do indulge, make it a once-a-week treat, not a daily event.
- Drink more water during the day. Water always helps to burn off few calories.
- Don't eat right before going to bed. We should avoid late dinner or supper and eat before 7.30pm. Late dinner and supper always increase the calories.
Ridwan Mustafa: Kurang Berat 30kg Dalam 8 Bulan
- Nama: Ridwan Mustafa
- Goal Kurang Berat Badan
- Achievement: Berat Kurang 30kg Dalam 8 Bulan.
Kisah ini dicatat atas kesedaran untuk berkongsi cerita dan rasa bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Saya dilahirkan pada tahun 1987, kini umur saya 25 tahun.
Obes dari kecil
Semenjak kecil, saya memang obes. Pada tahun 2002, ketika berumur enam belas, berat saya sudah mencecah 96kg, saiz seluar 40 inci! Anda boleh bayangkan sendiri betapa gemuknya saya ketika itu.
Di university, saya tak pernah kisah dan ingin menurunkan berat badan, apatah lagi bersukan! Pakaian sukan buat gantungan dalam almar sahaja; persediaan kalau ada acara-acara padang di university. Itupun kalau boleh saya elak, memang saya elak. 2008, adalah tahun ‘paling gemuk’ buat saya.
Berat saya 120 kg! Saya selalu lapar, dan oleh itu saya selalu makan. Makanan yang selalu saya pilih pula adalah makanan-makanan ‘junk’ seperti makanan segera KFC, McD dan Pizza Hut.
Sehingga satu ketika, saya mula terasa ‘bahaya’ akan obesity yang saya alami. Itu kali pertama saya merasa cakna akan berat badan. Mana tidaknya, hendak berjalan semakin rasa lelah, hendak bernafas pun terasa susah. Kawan-kawan pun ramai nasihatkan supaya jaga-jaga berat badan. Atas saranan seorang teman, saya mula mengambil pil tradisional untuk menurunkan berat badan. Saya mula belajar diet. Baju sukan yang selama ini putih bersih macam baju baru, sudah mula saya pakai untuk senaman.
Kurang 18kg dalam 3 bulan
Alhamdulillah, setelah 3 bulan, saya Berjaya menurunkan 18kg. pun begitu, akibat pil yg dimakan itu akan membawa kesan yang tidak baik, saya berhenti memakan pil tersebut, dan saya mula mengabaikan diet saya, akhirnya berat badan saya naik lagi 10kg, menjadikan berat saya ketika tahun akhir adalah 112kg dan ia kekal sehingga saya mula bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Ketika mula bekerja, saya merasa tertekan untuk menyesuaikan diri ditempat kerja dan kerja yang perlu dibuat, saya sering merasa sakit kepala dan badan menjadi gatal-gatal terutama di bahagian peha. Satu malam akibat tidak tahan dengan situasi tersebut, saya telah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan rumah sewa saya di Batu Caves, setelah diperiksa oleh doktor, saya disahkan menghidap tekanan darah tinggi dan ia berada pada tahap yang merbahaya. Hanya satu nasihat doktor kepada saya, untuk menurunkan tekanan darah tinggi tersebut kepada tekanan darah normal , saya perlu untuk menurunkan berat badan lebih 20kg, dan doktor memberikan rancangan diet kepada saya untuk membantu menguruskan badan. Bermula dari saat itulah saya berazam untuk untuk menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal.
Antara cadangan doktor adalah
- Hentikan pengambilan nasi, hanya perlu ambil meehon dalam kuantiti yang sedikit dan banyakan sayur-sayuran
- Banyakan makan daging putih (ayam dan ikan), daging lembu boleh menaikan tekanan darah
- Kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
- Banyakan minum jus buah, jus yang disarankan adalah jus epal hijau + saleri + daun sup + timun batang, ia dalah untuk membekalkan fiber yang cukup kepada badan supaya perut lebih lawas.
- Amalkan makan bijirin seperti quaker oat untuk kurangan kolestrol dalam badan.
- Paling penting adalah banyakan latihan dan senaman, purata 4 kali seminggu, sejam setiap sesi.30 minit cardio dan 30 minit angkat beban.
Kurang 30kg Dalam Masa 8 Bulan
Saya mengikut segala apa yang dinasihatkan oleh doktor tersebut. Saya mula pergi ke gymnasium yang disediakan percuma untuk kakitangan syarikat saya dan mendapatkan nasihat seorang jurulatih, saya mula bersenam dengan gigih dan melawan segala rasa penat, memaksa badan agar bekerja dengan lebih kuat, seminggu selepas itu usaha saya menampakan hasil, semangat untuk menurunkan lagi berat makin berkobar – kobar , selain itu saya melakukan kajian – kajian tentang nutrisi, membaca kisah-kisah kejayaan individu sebagai motivasi untuk menguruskan badan, melanggan majalah seperti Menshealth dan Men’s Fitness, membaca tips –tips nutrisi dan diet dalam laman web Kevin Zahri untuk dijadikan rujukan dan panduan dan pelbagai lagi perkara yang telah saya lakukan. Hanya satu perkara yang tidak saya lakukan adalah mengambil produk-produk pelansingan badan kerana saya percaya, kejayaan untuk menguruskan badan adalah datang dari disiplin dan kehendak dari dalam diri sendiri
Akhirnya, dalam tempoh 8 bulan mengikut rancangan diet doktor tersebut, saya berjaya kurangkan berat badan sebanyak 30kg.
Daripada seorang yang tidak boleh berlari jauh, kini saya boleh berlari 10km tanpa henti, malah menyertai pertandingan larian di sekitar Kuala Lumpur.
Daripada seorang yang sentiasa bernafsu untuk makan, kini saya boleh mengawal nafsu makan mengikut keperluan.
Daripada seorang yang tidur berdengkur, kini tidur saya senyap (menurut kawan saya).
Daripada seorang yang yang memakai seluar bersaiz 44inci, kini 34inci.
Dan yang paling penting, tahap kesihatan saya dalam keadaan yang sgt baik, tekanan darah normal, kandungan kolestrol normal, kandungan gula dalam darah normal.
Inilah perkara paling manis dalam hidup saya, bayaran kepada kegigihan dan kepenatan selama lebih 8 bulan
Mac 2012 - Beauty is Pain
Kini, setelah hampir setahun setengah daripada bermulanya misi menguruskan badan saya masih Berjaya mengamalkan hidup yang sihat dan mengekalkan berat badan yang ada sambil membentuk otot – otot badan agar nampak lebih hebat dalam berpenampilan. Untuk mengekalkanya bukan mudah, kini setiap masa saya memikirkan tentang kesihatan, selain bersenam dan menjadi pengunjung tetap gymnasium, setiap hujung minggu saya akan meluangkan masa berjogging ditasik dan menikmati keindahan alam di tasik sekitar kuala lumpur, hujung minggu dijadikan ‘cheat day’ untuk saya menikmati apa sahaja makanan yang saya ingin makan.
Saya percaya, menurunkan berat badan itu susah, tapi yang lebih susah dan payah adalah mengekalkannya.
Beauty is Pain!