5 Sebab Senaman TAK Wajib Untuk Kurangkan Berat Badan
Ingin kurangkan berat badan tapi tiada masa untuk bersenam? Jangan jadikan senaman sebagai penghalang untuk kurangkan berat badan sekarang kerana ia tidak wajib. Betul ke? Biar saya jelaskan dengan 5 contoh:
- Bulan puasa. Pada bulan ramadhan ramai yang kurangkan berat badan walaupun tidak bersenam langsung. Padahal, aktiviti fizikal pada bulan mulia itu kurang lagi berbanding bulan yang lain.
- Sakit. Sekiranya anda demam atau sakit yang memaksa diri anda berehat, berat badan pun menurun.
- Nelayan and petani. Mereka tiada seneman yang khusus. Yes gaya hidup mereka aktif tapi tidaklah perlukan senaman tambahan seperti jogging, gym dan lain-lain.
- Berat tak turun walaupun bersenam. Ramai yang email saya mengatakan bahawa mereka giat aktif lakukan senaman jogging ataupun di gym tetapi berat badan tidak menganyak pun. Adakah itu salah senaman atau memang senaman tidak memainkan peranan?
- Semasa isteri saya mengandung pada 2010, saya memang kurang bersenam. Boleh dikatakan tidak bersenam langsung. Tapi adakah berat badan saya meningkat? Tidak! Yes otot tu berkurangkan tapi sebaliknya berat saya tidak berubah.
Ingin baca artikel yang related - How I lost 6kg in 3 month without exercise atau How to lose weight without exercise.