4 Sebab Mencipta Motivasi Untuk Kurangkan Berat

Oleh Ridwan Mustafa.

SETIAP orang yang mempunyai berat badan berlebihan pasti mengimpikan untuk menurunkan berta badan dan tampak lebih segak, kemas, cantik dan bergaya, Tetapi tidak semua orang yang yang mempunyai berat badan berlebihan ini mempunyai kekuatan mental yang kuat untuk melawan sifat malas dan nafsu makan,  kebanyakanya berasa lebih nikmat berehat daripada melakukan aktiviti yang memenatkan sehingga berat badan makin meningkat.

Maka, seseorang itu memerlukan satu MOTIVASI yang cukup kuat untuk melawan nafsu makan dan memaksa badan mereka bekerja secara lebih untuk melawan sifat malas sekaligus membantu membakar lemak dalam badan. Persoalanya disini, apakah motivasi yang ada dlm badan anda untuk mengubah gaya hidup anda dan membantu anda mencapai target yang diinginkan?

Dalam Seminar Jom Kurus yang lepas mahupun dalam Twitter saya, ada beberapa orang bertanyakan kepada saya bagaimana untuk mencipta motivasi kerana keadaan kesihatan mereka yang telah berada pada tahap yang baik mengikut laporan doktor seperti kandungan kolestrol, gula dan tekanan darah yang normal, tetapi masih mempunyai berat badan yang berlebihan, dan ini menyebabkan beliau tidak berusaha seoptimum yang mungkin untuk menurunkan berat badan.

Read more