5 Senaman Untuk Besarkan Payudara
Saya rasa setiap wanita inginkan payudara yang cantik dan menarik. Tapi berbeza dengan budaya barat, setahu saya breast implants sememangnya haram di sisi Islam. Baiklah, payudara anda diperbuat daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, kita dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara anda.
Jadi berikut ada beberapa contoh senaman yang anda boleh lakukan untuk tegangkan dan besarkan payudara anda.
Tapi ingat:
- Senaman ini membantu bentuk otot di pada tapak payudara anda, iaitu otot pektoral.
- Saiz tidaklah membesar sampai ala-ala Pamela Anderson.
- Pembentukan otot pectoral juga bantu menegangkan payudara dan dengan itu memberi ilusi payudara yang lebih besar.
1. Chest Press
Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym anda.
Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada anda. Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. Lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.
Kalau di rumah sekalipun, anda boleh lakukan push up (variasi lengan keluar atau lengan di sisi badan).