Kelebihan Senaman Yoga dan Pilates.

Yoga dan pilates adalah dua senaman yang menjadi trend masa kini di Malaysia. Anda pasti pernah mendengar tentangnya. Mungkin juga anda pernah mencubanya. Apakah sebenarnya kebaikan dan manfaat yang boleh didapati dari senaman ini dan adakah ia sesuai untuk semua golongan? Mari kita lihat bersama.

Terdapat banyak persamaan di antara dua jenis senaman ini. Kedua-dua senaman ini melibatkan pergerakan perlahan dan terkawal yang mampu melatih seluruh anggota tubuh. Senaman pilates khususnya menitikberatkan kawalan ke atas bahagian teras tubuh iaitu bahagian abdomen, pinggang dan tulang belakang. Di samping itu, kedua-dua juga meletakkan kepentingan terhadap pengawalan pernafasan semasa melakukan postur dan rutin pergerakannya.

Apa manfaat yoga and pilates?

Di antara manfaat melakukan yoga dan pilates termasuklah:

  • menambahkan kelenturan,
  • membina kekuatan otot-otot teras
  • memperbaiki keseimbangan tubuh.

Manfaat-manfaat ini secara tidak langsung juga membantu mengelakkan masalah kesakitan yang biasanya timbul di bahagian bahu, leher, pinggang dan belakang yang disebabkan oleh kesan tegangan dan mampatan ke atas tulang belakang. Di samping itu, kedua-duanya merupakan senaman impak rendah yang lembut ke atas sendi dan otot. Ini membuatkan ia sesuai diamalkan oleh kebanyakan golongan termasuk wanita yang hamil atau selepas bersalin. Kedua-duanya memberikan fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.

Read more