4 Cara Kekalkan Motivasi Menurunkan Berat Badan
Oleh Ridwan Mustafa
Tulisan saya yang lepas menceritakan 4 sebab yang boleh dijadikan motivasi untuk menurunkan berat badan bagi sesiapa yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Mungkin ada diantara anda telah membaca tulisan tersebut dan bersemangat untuk menurunkan berat badan. Ya setiap anda yang mahu menurunkan berat badan perlu ada motivasi dalam diri untuk memaksa badan anda bekerja dengan lebih kuat untuk mencapai cita – cita anda menurunkan berat badan dan mencapai impian anda untuk kesihatan, penampilan, orang tersayang mahupun kerjaya impian.
Tulisan ini pula akan menceritakan apa yang boleh anda lakukan untuk sentiasa mengekalkan motivasi yang telah anda cipta, Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya mengekalkan motivasi untuk menurunkan berat badan?.Mengekalkan motivasi dalam diri merupakan perkara yang sangat sukar oleh kerana proses menurunkan berat badan bukan proses yang pendek jangka masanya, ia mengambil masa berbulan – bulan malah boleh mencecah setahun mahupun dua tahun bergantung kepada pelan diet dan target seseorang. Maka untuk mengekalkan motivasi yang sama dalam diri bukan perkara senang kerana sepanjang tempoh itu pelbagai cubaan dan godaan sekeliling yang bisa membunuh diet dan motivasi kita semua.
Diet Coke: Bagus ke tidak? (Video)
Ramai di Malaysia yang sering tertanya tentang baik buruk minuman Diet Coke atau Coke Light. Adakah ia baik untuk kesihatan? Boleh tak diminum untuk mereka yang tengah diet dan ingin kurangkan berat badan? Adakah ia beracun?