Hafiz Anuar Turunkan 30kg Berat Badan
- Nama: Muhammad Hafiz Anuar.
- Matlamat: Kurang berat badan.
- Pencapaian: Kurang 30kg Dalam 15 Bulan.
- Twitter: @hafyzanuar
- Facebook: hafyzanuar
Kisah ini saya coretkan khas untuk tatapan kepada semua dan kepada mereka yang bergelar ‘GEMOK’ atau bahasa sains ‘OBES’
Nama saya Muhammad Hafiz Anuar. Saya dari Negeri Sembilan.Saya seorang yang tinngi (185cm) Memang saya di lahirkan dari keluarga yang memang pandai masak dan sedap pulak tu. Jadi tak mustahil hidup saya gelisah tanpa makanan di sisi. Dari sekolah rendah saya memang suka berkawan dengan budak yang OBES atau GEMOK. Sebab bagi saya mereka ni terdapat keistimewaan. Keistimewaan = cerita pasal makanan 24 jam. Tabiat saya ni saya terapkan sampailah ke sekolah menengah.
...ejekan dan cemuhan memang perkara biasa...Cinta monyet di tolak adalah lumrah di sebabkan saiz badan yang boleh di katakan macam ‘bapak orang’. Ramai yang lari dan takutkan saya....