Coupon "kurusraya" - Diskaun RM20 Utk 50 Peserta Pertama Jom Kurus
Hasil permintaan yang begitu banyak daripada sessi-sessi Jom Kurus sebelum bulan puasa, saya dan Prince Court Medical Center akan menganjurkan 5 lagi sessi Jom Kurus bersama Kevin Zahri.
Diskaun RM20 untuk 50 signup pertama.
Ingin join but nak diskaun? Gunalah coupon code "kurusraya" semasa checkout nanti untuk diskaun RM20.
Tarikh seminar?
So far ada 4 pilihan tarikh untuk seminar selepas hari raya, iaitu:
- 19 September 2012
- 23 September 2012 (2 sessi)
- 6 Oktober 2012 (2 sessi)
- 27 Oktober 2012 (2 sessi)
Camane nak join? Rujuk kepada laman web rasmi Jom Kurus bersama Kevin Zahri di Prince Court Medical Center
Trend Zumba di Malaysia. Apa Kehebatannya?
Jika anda seorang yang aktif, suka menari dan suka untuk mencuba aerobik dance workout yang berlainan, apa kata anda masukkan aktiviti ber’Zumba’ dalam senarai aktiviti anda?
Sedikit into tentang Zumba
Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.
- Apa dia? Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.
- Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
- Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!
- HIIT? Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
- Mood down? Jgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.
- Seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.