Velds Prends-Moi: Kurus dengan semburan minyak wangi?
Hasil kongsian peminat di laman Facebook, pagi tadi saya terbaca artikel di Yahoo!Malaysia yang ditulis oleh Siti Munawirah Mustaffa tentang jenama minyak wangi Perancis, Velds 'Prends-Moi', yang mengatakan "bahawa berat badan boleh dikurangkan hanya dengan satu semburan."
Apa kandungannya?
Kandungan wangian Velds 'Prends-Moi':
- Endorfin-B yang meresap ke dalam kulit berfungsi melegakan perasaan. Sebagai kesan, nafsu makan pengguna akan turun.
- Wangian tersebut turut mengandungi ekstrak kafein, karnitin (l-carnitine) dan spirulina untuk merangsang proses lipolisis (memecahkan lemak).
Tahukah anda? Kafein dan karnitin adalah kandungan popular di kalangan suplemen pembakar lemak. Spirulina pula memang sering digunakan untuk kawalan nafsu makan.