Radio Interview BFM: Surviving Hari Raya
I was invited by BFM 89.9 Radio to talk about surviving hari raya. You can also check out my hari raya suvival guide here.
With Hari Raya in full swing, many of us are celebrating, attending open houses, having friends and family over. And after a month of fasting - its just food galore, a food fest if you like. With all these temptations - its very easy to let our healthy eating habits and diet routines, slide. The big question is how do we keep the pounds off and stay fit and healthy?
7 Langkah Wajib Untuk Gemukkan Badan
Kebanyakkan pembaca blog saya tentunya bermasalah berat berlebihan tetapi tetap ada yang nak tambahkan berat badan kerana terlalu kurus walaupun makan nasi lemak, kek, biskut dan macam-macam lagi.
7 Langkah Anda Mesti Amalkan untuk tambah berat
Ok baiklah, berikut adalah tujuh langkah penting untuk anda mengatasi masalah terlalu kurus dan "gemukkan "diri.
- Tambah kalori! Nak tak nak anda mesti wujudkan surplus kalori untuk menambah berat badan. Kalau tidak, macamana badan ingin membesar? Pastikan pengambilan kalori seharian anda melebihi pembakaran.
- Jangan makan makanan merepek. Walaupun anda perlu tambah kalori, itu tidak bermakna anda boleh belasah segala kuih, manis-manisan dan lain-lain. Walaupun makan banyak, pastikan ia diet yang seimbang dari segi nisbah karbohidrat:protein:lemak. Apa nisbah yang sesuai? 55:30:15 memang bagus.
- Protein itu penting. Protein adalah building blocks otot anda. Jadi jangan abaikan pengambilannya sepanjang diet anda. Daripada langkah #2, jumlah pengambilan protein adalah dalam 30 peratus. Jadi kalau pengambilan kalori anda 2,500kcal sehari, 750kcal atau 187g.
Jolynn turunkan berat 80kg ke 57 kg dalam 18 bulan
- Nama: Jolynn Samantha Martin.
- Matlamat: Kurangkan berat badan.
- Pencapaian: Turun berat 80kg ke 57kg.
- Twitter: @LeanPumpkin
Nak jadi gemuk memang senang, tapi nak jadi kurus memang susah.
Nama saya Jolynn dan saya berasal dari Kuala Lumpur. Ketinggian saya pula tak lah seberapa pada 155 cm. Dah lah pendek, 'comel' pula tu. Memang gabungan yang sungguh bergaya hahaha. Sejak saya kecil, saya tak pernah kurus. Nak jadi kurus? Hahahahaha angan-angan je tu. Bagus lagi makan. Seronok pun seronok. Namun, jauh di sudut hati saya, saya memang nak jadi kurus sebenarnya. Senang sikit nak beli baju. Kalau tak, sakit hati je setiap kali nak beli baju. Baju dah lawa, tapi takde saiz. Hampa dan hampeh sungguh.
Semasa di sekolah menengah, setiap hari tanpa gagal saya akan berlari dengan penuh bersungguh-sungguh, bukan sebab masuk sukan, tapi sebab nak menjadi pelajar pertama untuk beli nasi ayam goreng di kantin sekolah saya hahaha. Kalau lambat, nanti kena beratur panjang. Tak sia-sia saya lari laju-laju sebab nasi ayam goreng kantin tu memang sedap. Balik dari sekolah pula saya akan bersenam dengan elliptical cross trainer tapi sia-sia je sebab melantak pada waktu malam. Yelah, masa tu saya mana tahu pasal calorie deficit semua tu. Saya tahu makan je hahaha.
Di permulaan peringkat diploma pula, berat saya adalah 64 kg. Okey, takde lah teruk sangat berat saya pada masa itu tapi bila melepak dengan kawan-kawan di cafe, saya akan makan banyak, sehingga kawan pun tanya, "Weh, kau ni makan ke melantak?"
Nasi lemak, nasi arab dan ayam goreng.
Aku jawab, "Dua-dua" dengan muka tak bersalah hahaha. Makanan kegemaran saya pada ketika itu adalah nasi lemak, nasi arab, ayam goreng, nasi ayam dan macam-macam makanan yang bergoreng dan berlemak. Saya akan makan nasi lemak pada waktu pagi dengan teh tarik, lunch saya pula nasi dengan 2 ketul ayam goreng dan dinner saya pula roti, nasi dan 2 ketul ayam goreng. Saya pun makan supper jugak. Maklumlah tengah belajar larut malam kan. Hahahaha alasan je tu. Supper saya adalah nasi, sup ayam dan telur dadar. Ya, saya memang suka makan. Itulah hobi saya. Terbaik!
Motivasi: RM10 untuk setiap KG yang berjaya dikurangkan
Pada akhir diploma saya, berat saya 80 kg. Mula-mula saya tak percaya, saya cakap penimbang mak saya rosak hahaha. Mak saya pula tak tahan dengan kegemukan saya lalu dia cakap nak bagi saya RM10 untuk setiap kg yang saya berjaya kurangkan. Motivasi yang bagus kan? Hahahaha. Teknik mak saya tak berkesan langsung. Masa tu, saya lebih mencintai makanan berbanding wang. Lama-lama, saya mula sedar yang saya ni gemuk, tapi tiada inisiatif yang diambil. Masa tu saya redha je dengan kegemukan saya. Saya redha. Saya pasrah. Hahaha.
Read more