Amydiana Biggest Loser PTPK - Kurangkan 19kg
- Nama: Nur Amydiana Abidin.
- Matlamat: Kurangkan berat badan.
- Pencapaian: Berjaya turunkan 19kg dalam 3 bulan .
- Facebook: fb.com/amyabidin
Artikel ini ditulis khas untuk sesiapa yang berasa diri gemuk tetapi tidak tahu cara – cara untuk menguruskan badan.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Hai, saya Amydiana, berumur 25 tahun dan masih bujang.Sekarang menetap di Putrajaya.
Untuk pengetahuan pembaca, saya sebenarnya seorang yang kurus pada awalnya tetapi di sebabkan makan tanpa memikir masa akan datang akhirnya saya menjadi gemuk dan obesiti.
Zaman Sekolah
Ketika zaman sekolah saya akui saya memang seorang yang bertubuh kecil,kurus dan mempunyai berat badan yang ideal. Bagi saya ketika zaman sekolah saya tidak mempunyai masalah tentang berat badan saya.
Zaman Belajar 2005-2008
Pada tahun 2005 saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Melaka. Zaman belajar saya tidak lah mewah seperti orang lain. Tetapi kerana tempat belajar dekat dengan rumah arwah nenek saya , pada setiap hari Jumaat saya akan siap sedia untuk pulang ke rumah nenek.
Nenek saya mempunyai sebuah kedai makan, balik je rumah nenek nak makan apa ambil je kat kedai. Apa lagi hati sangat senang la sebab dapat makan banyak – banyak. Makanan kegemaran saya adalah ayam, tak kira ayam goreng, panggang, steam, golek semua saya bedal, tak kira lah apa orang nak cakap pasal saya cakap lah, janji saya puas dapat makan ayam. Ayah sampai marah sebab apa-apa yang berkaitan dengan ayam,saya mesti tidak akan dapat mengawal nafsu saya.
Read more