Hello. Saya Kaka dan saya nak kurus!

Hi, nama saya Kaka.

Saya mempunyai berat badan berlebihan sejak beberapa tahun yang lalu sehingga mencecah tahap obesiti. Saya sedar bahawa saya perlu untuk menguruskan berat badan saya. Titik permulaan kesedaran untuk saya mengurangkan berat badan adalah apabila saya mula berasa pening pada awal tahun ini dan hampir untuk mendapat tekanan darah tinggi. Saya sedar ia adalah kerana saya tidak menjaga corak pemakanan saya dan kurang melakukan aktiviti fizikal sehingga hampir mendapat penyakit. Oleh itu, saya berfikir untuk mencari penyelesaian kepada masalah berat badan saya.
Read more