Zulhimi Kurang Berat 14kg dan Nampak Fit

[one_third boxed="true"]

  • Nama: Zulhimi Amar B. Zul Amran
  • Umur: 25 Tahun
  • Matlamat: Become ripped and lean.
  • Pencapaian: Berjaya kurang 14kg dan tambah otot.
  • Perubahan Berat: 62-52kg
  • Twitter: @zulhimiamar

[button color="accent-color" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Ingin Kurang Berat Badan?" color_override=""]
[/one_third]

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Kevi Zahri. Disini saya kongsikan pengalaman saya mengurangkan berat badan dari bulan Februari 2012 sehingga sekarang. Saya tidak menggunakan sebarang produk dan penurunan berat badan saya adalah 100% natural.

Permulaan berat naik.

Saya seorang yang kurus dan kecil semasa di sekolah. Malah ketinggian saya pada 156cm membuatkan saya Nampak seperti kanak2 walaupun setelah habis sekolah. Selepas masuk ke kolej berat badan mula bertambah. Di kolej saya kurang aktif. Kebanyakan masa pada waktu malam dihabiskan dengan makan dan tidur tanpa sebarang senaman atau aktiviti yang sihat langsung.

...Saya tidak menggunakan sebarang produk dan penurunan berat badan saya adalah 100% natural...

Menafikan kegemukan.

Disebabkan saya sememangnya kurus dari kecil, bila badan saya mula naik, say tak ambil peduli langsung. Walaupun hampir setiap tahun balik beraya dari tahun 2007 hingga tahun 2011, semua saudara mara menegur kenaikan berat badan saya. Jawapan saya sama sahaja “happy memang macam ni”. Waktu kemuncak kegemukan saya adalah pada tahun 2011 dimana berat saya mencecah 70kg. Sepatutnya jumlah itu kecil bagi sesetengah orang tetapi ketinggian saya membuatkan saya nampak lebih berisi. Malah gelaran “gemuk pendek” dah lali ditelinga saya.

Waktu kemuncak kegemukan saya adalah pada tahun 2011 dimana berat saya mencecah 70kg.

Permulaan Diet

Saya mula cuba menurunkan berat badan pada bulan Oktober 2011 tapi tidak betul-betul serius. Saya hanya singgah berjogging ditaman semasa balik dari kerja selama setengah jam ke 45 minit. Saya masih tidak menjaga makan dengan baik. Saya mengharapkan jogging untuk membakar kalori tanpa belajar betul-betul tentang kalori dan nutrisi. Selepas sebulan saya mula malas memandangkan tidak nampak sebarang hasil.

...Selepas sebulan saya mula malas memandangkan tidak nampak sebarang hasil...

Mula Serius

Saya mula serius berdiet pada Februari 2012. Masa tu berat dah mencecah lebih kurang 70 kg. Saya sentiasa mengelak penimbang dan juga cermin pada ketika itu. Terasa saya terlalu ambil mudah tentang berat badan saya sehingga mula rasa kurang cergas dan cepat penat walaupun melakukan kerja-kerja mudah.Read more