Kaka Nak Kurus: Inilah Cara Saya Bina Pelan Diet Untuk Kurang 20kg.
Hye, bagaimana dengan persediaan anda semua dalam proses mengurangkan berat badan? Hope semuanya sudah bersedia dengan pengiraan BMR dan DCR masing-masing supaya dapat mencapai berat yang diimpikan.
Okay..bagi saya pula, kaka sudah memulakan pengiraan dan juga pelan pemakanan untuk mengharungi proses diet iaitu mengurangkan lagi 20 KG dalam tempoh 4 bulan ini.
1. Motivasi
First of all, of course lah kembali bertanya pada diri. Sudah bersiap sedia kah untuk kaka berdisiplin sepanjang tempoh ini dan masa-masa akan datang? Jawapan tu agak lama untuk diberikan.. adalah dalam 2/3 hari. Hehe..tapi fikir balik ianya berikan faedah dan juga kepuasan yang tidak terhingga dalam diri.
...Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri...
Lagipun, jika kita sudah biasa amalkan diet seimbang, kelak ia akan membuatkan kita terbiasa dengan cara dan pola pemakanan sedemikian rupa, Jadi, kaka motivatekan diri lagi dengan membaca kisah-kisah kejayaan di dalam website ini. Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri! Bukan orang lain, bukan sedara mara, bukan rakan-rakan, dan sebagainya.