Apakah Bentuk Senaman Yang Tingkatkan Stamina?
Oleh Ridwan Mustafa
Kesihatan merupakan satu istilah yang cukup bermakna, ramai yang menganggap seseorang yang sihat itu adalah seorang yang bebas dari penyakit. Ini adalah satu tanggapan yang salah, sihat bukan beerti bebas dari penyakit semata- mata ia lebih dari itu, menurut definisi yang dikeluarkan oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO), Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya.
Adakah rakyat Malaysia berada dalam keadaan sihat?
Laporan yang dikeluarkan menunjukan Malaysia adalah negara yang mempunyai bilangan terbesar golongan obes di rantau Asia iaitu 25% daripada 26 juta orang penduduknya, yang mana enam juta daripada warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan dianggap sebagai obes dan tahap obesiti di kalangan warga dewasa meningkat tiga kali ganda dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, meningkat daripada 4.4% pada 1996 hingga 12.2% pada 2003 sehinggakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mantan Menteri Kesihatan pernah mengingatkan supaya setiap rakyat Malaysia harus bijak menjaga kesihatan masing-masing kerana bimbang peratusan ini akan meningkat saban tahun.Read more