Kisah Daniel Yusuf Kurang Berat Dari 80kg ke 63kg

Nak kurangkan berat? Klik sini.

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Nama saya Muhammad Daniel bin Mohd Yusof. Saya berumur 23 tahun dan masih menuntut di tahun akhir di IPTA di ibu Negara. Setakat hari ini, saya telah menjalani hidup sihat semenjak April 2011. Sebelum itu berat badan saya adalah 79.6 kg dan sekarang saya memiliki berat badan ideal iaitu 63kg. BMI dah normal! Alhamdulillah.

Sejarah Obese.

Saya tidak pernah mengalami masalah obese sejak kecil dan keluarga saya bukanlah dari kalangan obese. Tetapi disebabkan tabiat makan saya yang tidak betul meyebabkan saya mengalami kenaikan berat badan sejak berumur 12 tahun. 48kg sewaktu pemeriksaan kesihatan selepas UPSR. Kemudian, memasuki asrama pada sekolah menengah dan saya tidaklah gemuk cuma saya langsung tak aktif dan saya kurang makan. Biasalah makanan asrama. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang paling saya benci. Bila cikgu suruh lari pusing padang saya dah mengeluh dan tak dapat nak habiskan satu pusingan pun.

Semasa January 2011

Pola kenaikan berat badan saya bermula selepas SPM 2006 kerana saya cuma duduk dirumah semenatara menunggu panggilan ke university dan saya pada waktu itu sangatlah gemuk. Makan tidur makan tidur. Saya tiada langsung kesedaran untuk jogging atau bersenam.
Read more


How to Run Correctly?

Although you may have been running all your life, that does not mean are doing it correctly. Incorrect running posture can lead to many short or long term problems like lower-back pain, joint problems, fatique and much more.


My new Personal Trainer

Di post yang lepas, Kaka ada mengatakan yang Kaka hendak melantik personal trainer untuk Kaka lakukan latihan yang lebih intensif kan? So, pada kali ini Kaka hendak memperkenalkan personal trainer yang telah Kaka jumpa dekat institusi tempat Kaka belajar sekarang! Nama dia adalah Megat Iskandar Zulkarnain B. Azman. Kami belajar di tempat yang sama di institusi yang Kaka sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana sekarang.

Berikut adalah latihan sessi yang pertama bersama Megat.

Larian di atas treadmill

Megat adalah pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Sukan. Harga khidmatnya amat berpatutan dan mampu untuk Kaka bayar. Kaka juga menerima tawaran dari personal trainer dari beberapa pusat sukan, akan tetapi amat jauh dengan kediaman Kaka. Jadi, tips kepada sesiapa yang hendak mendapatkan khidmat jurulatih adalah cari yag dekat dengan tempat dengan kediaman kita supaya mudah berlatih dengannya dan paling penting, tiada alasan untuk ponteng latihan bersama Personal Trainer kita ni..

Sessi memperkenalkan peralatan di gym

Tidak usah pergi yang jauh-jauh semata-mata mendapatkan khidmat personal trainer yang terbaik kerana latihan yang diberi adalah lebih kurang sama. Terpulang kepada diri sendiri untuk merancang jadual latihan anda.