Panduan Makan Minum Sebelum Senaman
Pagi tadi di Selamat Pagi Malaysia RTM1 (slot bersama saya setiap Selasa pagi), saya bincangkan topik panduan makan dan minum sebelum dan selepas bersenam.
Untuk pastikan senaman anda berkualiti, anda perlu mahir dalam bezakan keperluan pre dan post-workout yang bergantung kepada objektif senaman.
Nak bakar lemak semasa bersenam?
Sekiranya matlamat anda untuk membakar lemak semasa bersenam, elakkan makanan dan minuman berkarbohidrat beberapa jam sebelum/semasa senaman kardiovaskular (jogging, aerobik etc). Tapi pastikan intensiti senaman tersebut tidak tinggi atau dalam lingkungan 60% kadar maksima degupan jangtung. Contoh senaman yang sesuai uphill brisk walking.
Senaman untuk tingkatkan stamina?
Kalau anda gemari senaman seperti High Intesiti Interval Training (HIIT) atau aerobik impak tinggi, anda harus mengambil hidangan sebelum bersenam untuk memenuhi bekalan glycogen sebagai sumber tenaga. Tanpanya, badan tidak sempat untuk membakar lemak dan terpaksa gunakan glycogen yang terkandung dalam otot. Anda rugi. Kadar degupan jantung anda untuk senaman HIIT ini boleh memcecah 80-90%.
Read more
Dance Extravaganza di Jom Fit 27 January 2013
Sempena sessi senaman 3 jam pada 27 January 2013 di TTFC, KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia ini, sessi kali ini bertema Dance/Hip-Hop/Latin Exrtravaganza , iaitu senaman ala latin dan hip-hop dance aerobics. Untuk sertai sessi tersebut, sila layari laman web rasmi Jom Fit. Cuma RM40 seorang.
Minum Air Ais Membuncitkan?
Adakah minum air berlebihan boleh membuncitkan? Bagaimana pula dengan air air yang dikatakan membekukan lemak.