Ridwan Mustafa: Dulu Obes 120kg tapi kini seorang Perawagan
Kalau anda pembaca kevinzahri.com, tentu anda pernah membaca artikel dan kisah kejayaan Ridwan Mustafa mengurangkan 30kg dalam 8 bulan. Saya sendiri memang rasa bangga dengan kekekalan azam Ridwan sehingga dapat tawaran menjadi peragawan fashion.
Tahniah Ridwan! Teruskan gaya hidup sihat dan insyallah terus menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin ikuti jejak Ridwan.
Shahidin Mohamad Kurangkan Berat 12kg Dalam 2 Bulan
- Nama: Mohd Shahidin bin Mohamad
- Umur: 29
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
- Kejayaaan: Kurangkan 12kg dalam 2 bulan.
- Facebook: mohdshahidin
Nama saya Mohd Shahidin bin Mohamad. Saya berusia 29 tahun dan kini telah berumah tangga dengan Siti Nurain binti Ahmad serta mempunyai seorang anak perempuan bernama Hannah Sofiyyah berusia setahun 9 bulan. InsyaAllah bulan Mei ini kami akan menyambut kelahiran seorang lagi cahaya mata.
Umum mengetahui kemungkinan besar lebih 30% masyarakat di Malaysia mempunyai masalah dengan berat badan. Dengan kata lain, seorang daripada 3 orang di Malaysia mengalami masalah berat badan. Saya juga tidak terlepas dari menjadi ‘mangsa’ statistik ini. Dengan ketinggian 164 cm, berat saya pernah mencecah 76 kg. Walaupun masih belum lagi mencecah tahap obese, tapi ia tetap overweight.
Jom Kurus Zon Utara: Penukaran Alamat.
Salam semua,
Kepada mereka yang menyertai sessi Jom Kurus Zon Utara (Kedah, Penang, Perak) pada 1-3 March 2013 ini, sila semak penurakan alamat untuk sessi-sessi tersebut.
Penukaran lokasi adalah seperti berikut:
- 1 March 2013, Jumaat (Alor star, Kedah)
Bilik Kuliah Ilmu,
Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN),
Kompleks INSPIN,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor setar Kedah
Pukul: 9am-12pm - 2 March 2013 / Sabtu (Kepala Batas, Penang)
Bilik Seminar Utama,
Pusat Budi Penyayang,
Jalan Bertam Dua,
Kepala Batas,
13200 Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang
Pukul: 10am-1pm - 3 March 2013, Ahad (Ipoh, Perak)
Bilik seminar
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak,
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh,
Perak
Pukul: 10am-1pm