Video Panduan Makan Sihat di Mamak.
https://vimeo.com/63542167
Kita di Malaysia tidak boleh lari dari amalan makan dan lepak di mamak tapi jangan biarkan ia menjadi punca kegemukkan.
Bagaimana Hadapi ajakan rakan makan berlebihan?
Dalam amalan diet, kita tidak boleh lari jauh daripada ajakan atau masakan kawan dan ahli keluarga yang memang sedap. Ikuti tip dalam video ini untuk sama-sama atasinya.
Azrul Affendi Berjaya Kurangkan 30kg dalam 12 bulan.
- Name: Azrul Affendi
- Age: 21
- Goal: Kurangkan Berat Badan
- Achievement: Kurang 30kg dalam 12 bulan.
- Twitter: @azrulaffendi
Assalamualaikum,
Saya Muhammad Azrul Affendi B. Mohd Anuar, 21 tahun berasal dari Kajang, Selangor. Sekarang masih belajar di sebuah IPTA di Selangor. Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menghantar dan berkongsi pengalaman saya mengurangkan berat sebanyak 30kg dalam masa kurang dari 12 bulan, akhirnya saya merajinkan diri untuk menghantar kisah pengalam saya ini.
Sejarah
Saya memang budak yang bukan kuat bersukan, kaki bangku. Sejak dari kecil saya memang berbadan “sederhana” sehinggalah saya masuk tingkatan 4, semasa tu saya bersekolah asrama penuh di Taiping, dan boleh dikatakan sepanjang tempoh saya bersekolah di sana berat badan saya telah mula meningkat sehingga lah saya menyambung pelajaran ke peringkat IPT. Masuk je IPT, berat badan saya naik secara mendadak, boleh dikatakan setiap malam, budak budak bilik saya akan membuat panggilan ke “McDonalds” dan “Dominos”, dan saya juga tidak mengawal pola pemakanan. Ini merupakan antara punca berat badan saya boleh naik mendadak.
Saya boleh dikatakan budak yang introvert, malu untuk bergaul dengan orang, lebih suka menyendiri. Mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan ketika itu. Saya lebih suka meluangkan masa atas katil dan depan laptop bermain “DOTA” daripada keluar ke padang untuk bersukan. Disebabkan itu, berat badan saya memang sentiasa naik dan sampai satu tahap saya sudah tidak mengendahkan berat badan saya.
Read more
Bagaimana Kecilkan Bahagian tertentu pada badan?
https://vimeo.com/63539944
Ingin kecilkan bahagian punggung, peha atau perut anda? Dapatkan jawapan daripada Kevin Zahri dalam video ini.