Azizol: Kurangkan Berat 50kg Dalam 5 Bulan

[vc_row][vc_column width=”1/3″ animation=”none” boxed=”true” column_padding=”no-extra-padding” background_color_opacity=”1″][vc_column_text]

Mohd Azizol Bin Abdul Aziz

  • Umur: 21
  • Matlamat: Kurangkan Berat Badan & Dapatkan Badan V Shape dan 6 pack!
  • Kejayaan: Kurang 50kg dalam 5 bulan.
  • Twitter: @ezolaziz
  • Facebook: ezolaziz
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Mulakan Transformasi Anda!” color_override=””]

Azizol sekarang juga merupakan team leader cabaran JK1M untuk kawasan Kota Bharu, Kelantan. Info di sini.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”2/3″][vc_column_text]Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua…

Nama saya Mohd Azizol Abdul Aziz, berumur 21 tahun merupakan seorang pelajar di UiTM Kelantan. Berkongsi perjalanan menurunkan berat badan di Blog Kevin merupakan impian utama saya sejak saya mula-mula mengenali erti sebenar “SEDAR DIRI”. Perjalanan saya bermula pada awal bulan November 2012 dimana selepas saya tamat pengajian dalam bidang diploma di UiTM Terengganu (Dungun).

Bertubuh besar sejak kecil

Saya bertubuh besar semenjak saya mula mengenal dunia lagi. Ketika saya berada di tingkatan satu, berat saya sudah mencecah 90kg! setiap kali saya menimbang berat badan, saya akan pastikan saya seorang sahaja yang mengetahui angkanya kerana malu pada orang sekeliling saya. Semasa di alam persekolahan saya memang seorang yang tidak aktif bersukan. Kerana itu Ibu saya orang yang paling bimbang dengan keadaan saya ketika itu, dan dia selalu berpesan kepada saya untuk mengawal permakanan kerana takut pelbagai penyakit kronik menyerang saya. Apa yang saya buat? Saya endahkan semua kata-kata nasihat itu, sedikit pun tidak masuk di kepala saya. Apa prinsip yang saya pegang ialah “Selagi Hidup, Makan lah Sedap-sedap, sudah sakit nanti sudah tidak boleh makan sedap-sedap”.

Ejekan Sudah Sebati Dalam Diri

Semasa sekolah juga, ejekan sudah sebati dalam diri saya. Kawan-kawan mengelarkan saya dengan panggilan JIJO Gemuk, Montel dan sebagainya. Segalanya saya telan dan endahkan juga. Bukan setakat rakan-rakan yang memerli, keluarga juga ada yang memerli. Ketika perayaan, saya terpaksa menahan telinga sahaja kerana setiap tahun saya semakin membesar. Baju yang mulanya bersaiz XL bertukar kepada XXXL. Saiz seluar saya ketika itu 42 inci. Amat payah untuk saya mencari pakaian untuk dikenakan pada hari perayaan dan sehari-hari.

Segalanya mula berubah bila seorang rakan saya menegur saya ketika saya melihat diri sendiri di dalam cermin dengan mengatakan saya nie “Terlalu Gemuk” dan dia mengajak saya bersantai di satu taman jogging bagi menyedarkan saya. Saya ketika itu tidak berminat langsung untuk berjogging, tapi kerana sudah berjanji akan menemani dia, saya terpaksa untuk turut serta. Dia memaksa saya memakai pakaian sukan, dan bila saya mula menapak di taman jogging itu, baru saya sedar yang berat yang saya tengah tanggung ketika itu amat dashyat. dan saya tidak mampu untuk berlari sedikit pun.

Mengah dan tidak sampai 100 m saya sudah berhenti dah muka sudah merah kerana tidak cukup oksigen.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/3″][image_with_animation image_url=”8716″ alignment=”center” animation=”Fade In” img_link_large=”yes” img_link_target=”_self” delay=”150″][image_with_animation image_url=”8715″ alignment=”center” animation=”Fade In” img_link_large=”yes” img_link_target=”_self” delay=”250″][/vc_column][vc_column width=”2/3″][vc_column_text]

Langkah Pertama: Kesedaran

Balik dari berjogging dengan rakan saya, saya mula berfikir pelbagai cara untuk menguruskan badan. Perkara pertama saya lakukan ialah mencari maklumat-maklumat berguna untuk saya mulakan perjalanan menurunkan berat badan saya yang pada ketika itu sudah mencecah 129kg dengan ketinggian 175cm. Saya cuba mencari supplement yang mampu membantu saya meningkatkan metabolisma badan dan membantu saya untuk memberi tenaga ketika melakukan exercise. Pada mulanya saya mengambil Api Fat Burner untuk membantu saya untuk mengerakkan badan saya yang besar ini. Bila saya sudah mampu untuk bergerak sendiri, saya tinggalkan supplement itu dan berdiet secara natural dan perbanyakkan latihan kardio (jogging dan skipping).

Maklumat pertama yang saya dapat dari blog Kevinzahri.com ialah 25 Tips kuruskan badan dan saya fahami betul-betul serta amalkan. Saya mula meninggalkan makanan yang berminyak dan banyak mengambil makanan seperti sup ayam,sup sayur dan saya amalkan makan sayur dengan banyak untuk kenyang. Minuman berais dan manis saya tinggalkan terus dan gantikan dengan mengamalkan air mineral dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya mula nampak perubahan pada diri saya. Saya tidak lagi mengah ketika berjalan dan kurang stress dalam kehidupan seharian. Setiap petang saya akan peruntukkan masa saya selama 1 jam 30 minit untuk melakukan latihan kardio di taman jogging. Itu perkara wajib yang saya lakukan setiap petang sehingga ke hari ini.

Ejekan dan Air Mata

Saya sedikit pun tidak mengendahkan orang sekeliling yang memandang saya ketika berjogging. Saya tahu, mereka memandang saya dengan pandangan yang cemuh dan ada sahaja yang bercakap di belakang yang amat mustahil untuk saya menurunkan berat badan ini. Setiap kali peluh membasahi muka saya, ianya akan turun bersama air mata. Teramat seksa untuk saya menanggung semua ini,tapi demi kejayaan yang saya ingin capai saya gagahkan diri dan sentiasa mencari semangat serta mengawal minda dengan bijak kerana mereka yang gagal mengawal emosi dan minda mereka sudah tentu tewas begitu sahaja.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/1″][vc_column_text]

…”Setiap kali peluh membasahi muka saya, ianya akan turun bersama air mata. Teramat seksa untuk saya menanggung semua ini”…

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/3″][image_with_animation image_url=”8717″ animation=”Fade In” img_link_target=”_self”][image_with_animation image_url=”13016″ animation=”Fade In” img_link_target=”_self” img_link=”https://kevinzahri.com/jk1m/tl/ezolaziz”][/vc_column][vc_column width=”2/3″][vc_column_text][one_whole boxed=”true”]

10 Tip Diet dan Senaman saya ialah:

  1. Saya kurangkan pengambilan karbohidrat dalam permakanan saya dan perbanyakkan protein dan sayuran
  2. Saya amalkan pengambilan oat.
  3. Latihan kardia 5 kali seminggu/1 jam 30 minit sehari.
  4. Latihan pemberat 30 minit sehari.
  5. Mencuba pelbagai diet (atkins dan diet yang Kevin syorkan)
  6. Tinggalkan segala junk food.
  7. Tidur mesti cukup 8 jam sehari.
  8. Amalkan air mineral sahaja dalam kehidupan seharian.
  9. Elakkan “cheatday” dengan terlalu kerap.
  10. Pastikan ada penimbang bagi memantau berat kita sentiasa.
[/one_whole]

Sekarang sudah hampir 6 bulan perjalanan saya untuk menurunkan berat badan, target saya untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah dengan imej yang baru sudah berjaya. Tapi itu tidak bermakna saya sudah berhenti setakat ini, masih ada 9kg untuk saya kurangkan sebelum saya menghadiri majlis graduasi saya pada bulan 5 ini. Target berat yang saya inginkan ialah 70kg dengan bentuk badan yang menawan dan yang pastikan sixpack!

Saya ingin sangat berterima kasih kepada Kevin kerana banyak membantu memberi maklumat-maklumat yang sangat berguna kepada saya didalam blog beliau. Kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dari belakang (salami, hikal & fara) serta keluarga yang faham kehendak dan tujuan utama saya sekarang. Tahun 2013 merupakan tahun yang sangat bermakna kepada saya, dan amat berharap segala impian saya untuk menjadi seperti Kevin Zahri dan membantu mereka yang macam saya suatu masa dahulu bakal tercapai suatu hari nanti.

Selalu ingat ayat ini, “train like an athlete,eat like a nutritionist, sleep like a baby and win like a champion”.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
0 Shares:
61 comments
    1. aslmkum cik ijo/jijo.. nok tanyo makey api fat burner tu molek x..? ado apo2 kesan sampingan dop..? demo ado masaloh penyakit kronik dop..? kalu lipo 6 fat butner molek dop..?

  1. Syabas dan tahniah Azizol.. Amat teruja membaca kisah zol, sangat2 memberi motivasi kepada saya dan mereka2 diluar sana yang ingin berubah kearah kebaikan..No Pain No gain!

  2. Thanx. Sy bru start diet seminggu exactly like u said. Skrg rse x mengah dan boleh jalan jauh dr dlu.. cumanye bsenam tu dpt buat setengah jam je sehari..dan kdg kdg tpakse skip..cmne ye..uuuu sy 100kg dan160cm

  3. congrats azizul…i’m really inspired + i know nothing imppossible in this world..im pretty sure u sgt2 happy skrg kn? congrats =)

  4. gile arr…ayat “Setiap kali peluh membasahi muka saya, ianya akan turun bersama air mata” memang meruntun jiwa,tahniah bro…

  5. serius -_- , patuk lah ramai orang gendul dah kurus.. tapi jangan lepas nikah , jadi asal balik ew

  6. Rasa macam miracle 50KG in 5 months.. Azizol leh share what exercise you do? berat saya 102KG and yoyo for the past 1 year.. from 108KG to 92KG then to 102KG.. masa turun ke 92, Saya jog 30 mins a day speed dalam 5.2-6.0 KM/j. Azizol leh advise tak apa Azizul buat sepanjang 5 bulan tu.. speed lari/cycle? berapa kali skipping?

    1. hye ina, exercise sy bnykkn kardio like jog, cycling n skipping…buat dlm 45minit or 1 jam…lepas tu akn trus buat weight training….

  7. azizol..nak tanya..cheat day tu macam mana ya? bole x terangkan.. dan sefaham saya cheat day tu bole makan apa2 saja ya? walaupun fast food dan junk food bole makan masa cheat day ya? dan bole makan apa2 saja dan makan banyak2 masa cheat day ya? saya dalam proses diet ni. sila beri tunjuk ajar ya..

    1. cheat day tu hari untuk kita mkn ape yg kita nk sgt mkn conthnya coklat and air manis…tp kena pndai tgk kalori jgk..jgn over pulak..sikit2 xpe..hehe junk food n fast food is one of the cheat day meal..hehe tp ingat KALORI harus dipantau!

  8. oo..ok..maksud kena pandai tengok kalori tu macam mana? kita bole ambil apa2 makanan tapi tak melebihi DCR ke? macam tu ke? dan kalori harus dipantau? macam mana tu. boleh terangkan dengan lebih terperinci tak. sebab saya sedang dalam proses ikut semua ajaran kevinzahri. cuma cheat day ni je yang saya kurg sangat faham..tolong ya..

    1. maksudnye nisa, bg saya senang citer kan anda elakkan/kurgkan minum air yg byk gula especially yg bergas and kurgkan makan junk food, Kunci disini utk achieve penurunan berat badan yg ideal bg sy lah kan kite kene byk buat workout n cardio, cardio exercise spt joging,swimming,bersukan ke.. janji ad buat workout yg boleh mengeluarkan peluh n bakar lemak. and satu lagi amalkan minum air mineral/atau kosong utk elak dehydrate. Makan macam biase je, mcm yg anda amalkan setiap hari, tp bykkan jelahh workoutt n mindsett awal2 dlm minda so kite bole motivate diri sendiri 😀

  9. bro azizol, nk tny seminggu bese bro turn bape kg? n bro buat exercise setiap hari ke dlm seminggu mcm tu? termasuk sabtu ahad? sy tny ni sbb nk buat benchmark utk sy target turun berat badan dlm 10kg ni.. sy bace mmg sy inspired drpd bro. tahniah sbb sudah byk berusaha dlm menguruskan tubuh badan 😉

    1. jika dulu penurunan berat badan sy cepat sbb masa tu badan terlalu besar…dalam sminggu max sy bln trun 2kg…saya akn exercise 5 hari sminggu n off pada jumaat n sabtu..

    1. i do kevin’s calorie count diet first, bila berat sy cecah 95kg baru sy move kpd atkins..then tak lama lpas tu sy kembali kpd calorie count diet sbb dah terbiasa and diet nie tak menyeksakan..:)

  10. Congratulations. U have made something impossible become possible with your persistence and believe. Keep up the good work!

  11. sy skrg dalam usaha menurunkan berat. dn kisah ni sangat memberi inspirasi kepada sy terutama bila sy tgh down. sekarang sy sudah turun 2kg dlm seminggu. sy harap sy terus kosisten seperti anda. 🙂

  12. Alhamdulillah. .tahniah…sy berat 73 nk turunkan ke 60 pon susah…insyAllah akan terus berusaha kearah itu….nak nangis baca kita awak ni….

  13. tahniah… semoga ini memberi dorong dan panduan kepada saya. berat saya pada 19.02.2015 100.8 kg dan sekarang 97kg.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like