fbpx

Azizol: Kurangkan Berat 50kg Dalam 5 Bulan

Mohd Azizol Bin Abdul Aziz

  • Umur: 21
  • Matlamat: Kurangkan Berat Badan & Dapatkan Badan V Shape dan 6 pack!
  • Kejayaan: Kurang 50kg dalam 5 bulan.
  • Twitter: @ezolaziz
  • Facebook: ezolaziz

[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Mulakan Transformasi Anda!” color_override=””]

Azizol sekarang juga merupakan team leader cabaran JK1M untuk kawasan Kota Bharu, Kelantan. Info di sini.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua…

Nama saya Mohd Azizol Abdul Aziz, berumur 21 tahun merupakan seorang pelajar di UiTM Kelantan. Berkongsi perjalanan menurunkan berat badan di Blog Kevin merupakan impian utama saya sejak saya mula-mula mengenali erti sebenar “SEDAR DIRI”. Perjalanan saya bermula pada awal bulan November 2012 dimana selepas saya tamat pengajian dalam bidang diploma di UiTM Terengganu (Dungun).

Bertubuh besar sejak kecil

Saya bertubuh besar semenjak saya mula mengenal dunia lagi. Ketika saya berada di tingkatan satu, berat saya sudah mencecah 90kg! setiap kali saya menimbang berat badan, saya akan pastikan saya seorang sahaja yang mengetahui angkanya kerana malu pada orang sekeliling saya. Semasa di alam persekolahan saya memang seorang yang tidak aktif bersukan. Kerana itu Ibu saya orang yang paling bimbang dengan keadaan saya ketika itu, dan dia selalu berpesan kepada saya untuk mengawal permakanan kerana takut pelbagai penyakit kronik menyerang saya. Apa yang saya buat? Saya endahkan semua kata-kata nasihat itu, sedikit pun tidak masuk di kepala saya. Apa prinsip yang saya pegang ialah “Selagi Hidup, Makan lah Sedap-sedap, sudah sakit nanti sudah tidak boleh makan sedap-sedap”.

Ejekan Sudah Sebati Dalam Diri

Semasa sekolah juga, ejekan sudah sebati dalam diri saya. Kawan-kawan mengelarkan saya dengan panggilan JIJO Gemuk, Montel dan sebagainya. Segalanya saya telan dan endahkan juga. Bukan setakat rakan-rakan yang memerli, keluarga juga ada yang memerli. Ketika perayaan, saya terpaksa menahan telinga sahaja kerana setiap tahun saya semakin membesar. Baju yang mulanya bersaiz XL bertukar kepada XXXL. Saiz seluar saya ketika itu 42 inci. Amat payah untuk saya mencari pakaian untuk dikenakan pada hari perayaan dan sehari-hari.

Segalanya mula berubah bila seorang rakan saya menegur saya ketika saya melihat diri sendiri di dalam cermin dengan mengatakan saya nie “Terlalu Gemuk” dan dia mengajak saya bersantai di satu taman jogging bagi menyedarkan saya. Saya ketika itu tidak berminat langsung untuk berjogging, tapi kerana sudah berjanji akan menemani dia, saya terpaksa untuk turut serta. Dia memaksa saya memakai pakaian sukan, dan bila saya mula menapak di taman jogging itu, baru saya sedar yang berat yang saya tengah tanggung ketika itu amat dashyat. dan saya tidak mampu untuk berlari sedikit pun.

Mengah dan tidak sampai 100 m saya sudah berhenti dah muka sudah merah kerana tidak cukup oksigen.

[image_with_animation image_url=”8716″ alignment=”center” animation=”Fade In” img_link_large=”yes” img_link_target=”_self” delay=”150″][image_with_animation image_url=”8715″ alignment=”center” animation=”Fade In” img_link_large=”yes” img_link_target=”_self” delay=”250″]

Langkah Pertama: Kesedaran

Balik dari berjogging dengan rakan saya, saya mula berfikir pelbagai cara untuk menguruskan badan. Perkara pertama saya lakukan ialah mencari maklumat-maklumat berguna untuk saya mulakan perjalanan menurunkan berat badan saya yang pada ketika itu sudah mencecah 129kg dengan ketinggian 175cm. Saya cuba mencari supplement yang mampu membantu saya meningkatkan metabolisma badan dan membantu saya untuk memberi tenaga ketika melakukan exercise. Pada mulanya saya mengambil Api Fat Burner untuk membantu saya untuk mengerakkan badan saya yang besar ini. Bila saya sudah mampu untuk bergerak sendiri, saya tinggalkan supplement itu dan berdiet secara natural dan perbanyakkan latihan kardio (jogging dan skipping).

Maklumat pertama yang saya dapat dari blog Kevinzahri.com ialah 25 Tips kuruskan badan dan saya fahami betul-betul serta amalkan. Saya mula meninggalkan makanan yang berminyak dan banyak mengambil makanan seperti sup ayam,sup sayur dan saya amalkan makan sayur dengan banyak untuk kenyang. Minuman berais dan manis saya tinggalkan terus dan gantikan dengan mengamalkan air mineral dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya mula nampak perubahan pada diri saya. Saya tidak lagi mengah ketika berjalan dan kurang stress dalam kehidupan seharian. Setiap petang saya akan peruntukkan masa saya selama 1 jam 30 minit untuk melakukan latihan kardio di taman jogging. Itu perkara wajib yang saya lakukan setiap petang sehingga ke hari ini.

Ejekan dan Air Mata

Saya sedikit pun tidak mengendahkan orang sekeliling yang memandang saya ketika berjogging. Saya tahu, mereka memandang saya dengan pandangan yang cemuh dan ada sahaja yang bercakap di belakang yang amat mustahil untuk saya menurunkan berat badan ini. Setiap kali peluh membasahi muka saya, ianya akan turun bersama air mata. Teramat seksa untuk saya menanggung semua ini,tapi demi kejayaan yang saya ingin capai saya gagahkan diri dan sentiasa mencari semangat serta mengawal minda dengan bijak kerana mereka yang gagal mengawal emosi dan minda mereka sudah tentu tewas begitu sahaja.

…”Setiap kali peluh membasahi muka saya, ianya akan turun bersama air mata. Teramat seksa untuk saya menanggung semua ini”…

[image_with_animation image_url=”8717″ animation=”Fade In” img_link_target=”_self”][image_with_animation image_url=”13016″ animation=”Fade In” img_link_target=”_self” img_link=”https://kevinzahri.com/jk1m/tl/ezolaziz”]

[one_whole boxed=”true”]

10 Tip Diet dan Senaman saya ialah:

  1. Saya kurangkan pengambilan karbohidrat dalam permakanan saya dan perbanyakkan protein dan sayuran
  2. Saya amalkan pengambilan oat.
  3. Latihan kardia 5 kali seminggu/1 jam 30 minit sehari.
  4. Latihan pemberat 30 minit sehari.
  5. Mencuba pelbagai diet (atkins dan diet yang Kevin syorkan)
  6. Tinggalkan segala junk food.
  7. Tidur mesti cukup 8 jam sehari.
  8. Amalkan air mineral sahaja dalam kehidupan seharian.
  9. Elakkan “cheatday” dengan terlalu kerap.
  10. Pastikan ada penimbang bagi memantau berat kita sentiasa.

[/one_whole]

Sekarang sudah hampir 6 bulan perjalanan saya untuk menurunkan berat badan, target saya untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah dengan imej yang baru sudah berjaya. Tapi itu tidak bermakna saya sudah berhenti setakat ini, masih ada 9kg untuk saya kurangkan sebelum saya menghadiri majlis graduasi saya pada bulan 5 ini. Target berat yang saya inginkan ialah 70kg dengan bentuk badan yang menawan dan yang pastikan sixpack!

Saya ingin sangat berterima kasih kepada Kevin kerana banyak membantu memberi maklumat-maklumat yang sangat berguna kepada saya didalam blog beliau. Kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dari belakang (salami, hikal & fara) serta keluarga yang faham kehendak dan tujuan utama saya sekarang. Tahun 2013 merupakan tahun yang sangat bermakna kepada saya, dan amat berharap segala impian saya untuk menjadi seperti Kevin Zahri dan membantu mereka yang macam saya suatu masa dahulu bakal tercapai suatu hari nanti.

Selalu ingat ayat ini, “train like an athlete,eat like a nutritionist, sleep like a baby and win like a champion”.

Privacy Preference Center