Mahirah Helmi Berat 80kg di Sekolah Menengah

Nama saya Mahirah Binti Ahmad Helmi dan berasal dari Rawang, Selangor.

Arwah ayah merupakan seorang yang berbadan besar. Keluarga saya memang suka makan. Sejak kecil saya sudah didedahkan dengan pelbagai jenis makanan terutamanya 'fast food'. Ye, saya amat menyayangi KFC dan Mc'D berbanding makanan tradisi Malaysia. Selepas akil baligh, berat saya naik mendadak. Seingat saya, ketika darjah enam. Berat saya mencapai 60 kg. Malu sangat ketika sesi timbang berat.

Berat 80kg Di Sekolah Menengah

Ketika di sekolah menengah, berat saya naik lagi sehingga mencapai 80kg. Walaupun menyertai sukan hoki , berat saya hanya turun sedikit sahaja, maklumlah, lepas latihan semestinya McD menjadi pilihan. Pengetahuan tentang diet memang kosong walaupun niat untuk kurus sudah ada. Setiap hari pasang niat untuk kurus. Tapi yelah, niat jelah. Tindakan tiada langsung.

...Selesai menduduki SPM, maka tiadalah lagi aktiviti sukan ... berat badan naik lagi sehingga 110kg ...

Selesai menduduki SPM, maka tiadalah lagi aktiviti sukan dan yang ada hanyalah aktiviti kuak lentang atas katil a.k.a tidur. Kononnya nak balas dendam. Oleh sebab itu, berat badan naik lagi sehingga 110kg.

Dipanggil Doktor Kerana Gemuk.

Saya diterima masuk ke IPTA dan masih teringat yang saya dipanggil oleh doktor di pusat kesihatan UKM kerana masalah kegemukan. Mula-mula berkobar semangat nak turunkan berat tapi semua itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Tinggal di universiti tanpa pengawasan ibu bapa, menyebabkan saya semakin 'liar' terhadap makanan. Bayangkan pukul 3 pagi, lepak di mamak sambil menikmati maggi goreng ayam dan teh tarik. Kadang-kadang siap tambah, roti canai sekeping! Berat semakin naik.Read more