Esyam Berjaya Kurang Berat Badan Tanpa Ubat Kurus.
[one_third boxed="true"]
- Nama: Mohamad Nor Hisyam Bin Abdul Hassan
- Umur: 21
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
- Facebook: esyam.abdhassan
[button color="accent-color" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Ingin Kurang Berat Badan?" color_override=""]
[/one_third]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Nama saya Mohamad Nor Hisyam Bin Abdul Hassan. Saya berumur 21 tahun dan menetap di Kuching Sarawak. Sekarang saya penuntut tahun akhir di sebuah IPTA di Kuching. Setelah dipelawa oleh Encik Kevin Zahri untuk berkongsi tips dan pengalaman menguruskan badan, maka amat besarlah hati saya untuk berkongsi serba sedikit tips dan pengalaman saya.
... di zaman persekolahan, saya sudah cukup kelihatan 'gergasi' berbanding rakan-rakan sebaya yang lain...
Semasa zaman persekolahan, saya dikategorikan sebagai seorang yang gemuk. Dengan berat 115kg dan ketinggian 175cm, saya sudah cukup kelihatan 'gergasi' berbanding rakan-rakan sebaya yang lain. Malah saya juga telah dikategorikan sebagai obes. Ejekan dari orang sekeliling telah lali untuk saya dengar. Pelbagai jenis gelaran diberikan kepada saya.
Mee Goreng dan Nasi Lemak Menjadi Kegemaran
Dahulu, saya mempunyai tabiat makan yang tidak teratur dan teruk. Saya akan makan apa sahaja yang diinginkan selera saya tanpa mengira waktu. Sewaktu sarapan, saya gemar memakan mee goreng, nasi goreng dan nasi lemak. Ditambah masakan ibu saya yang sangat sedap, maka sepinggan hidangan tersebut tidak mencukupi bagi saya. Di sekolah, semasa waktu rehat, saya gemar membeli burger atau mee laksa sarawak, suatu makanan yg tinggi kandungan santannya. Selain itu, saya turut membeli keropok atau jajan sebagai 'makanan tambahan'. Bila balik sekolah pula, ibu sudah menyediakan makanan tengah hari untuk kami sekeluarga. Seperti biasa, sepinggan hidangan tidak mencukupi bagi saya. Semestinya saya akan menambah nasi melebihi dari kuantiti yang sepatutnya. Nasi pula sudah cukup banjir dengan kuah yang tinggi kandungan minyaknya.
...Setelah makan, semestinya perut kita kenyang dan waktu itu adalah waktu paling enak untuk tidur...
Setelah makan, semestinya perut kita kenyang dan waktu itu adalah waktu paling enak untuk tidur. Tanpa berfikir panjang, saya terus melelapkan mata dengan hati yang senang. Waktu petang, setelah bangun dari tidur, saya mesti meminta kepada ayah saya untuk membeli cucur pisang. Saya pada waktu itu boleh menghabiskan 10 biji cucur pisang seorang diri. Dan waktu petang saya tidak diisi dengan aktiviti riadah atau senaman. Sukan jauh sekali. Saya jadikan saiz tubuh badan saya sebagai alasan untuk tidak aktif dalam mana-mana sukan. Waktu petang saya hanya diisi dengan melepak bersama kawan-kawan ataupun duduk menghadap komputer bermain game ataupun laman internet.
Read more