Ainurhana: Dulu berat hampir 100kg. Kini berjaya turun 31kg.
[one_whole boxed=”true”]
- Nama: Ainurhana Binti Mohd Yusof
- Umur: 23.
- Matlamat: Menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup
- Kejayaan: Menurunkan 31kg.
- Blog: gegulapelangi.blogspot.com
- Instagram: ainurhanayusof
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/membership” text=”Jom Bermula Hari Ini” color_override=””]
[/one_whole]
Nama saya Ainurhana, berumur 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Semasa saya kecil, saya merupakan seorang ‘tomboy’. Kenakalan dan kelasakan saya menjadikan saya kanak kanak aktif. Namun, apabila saya menginjak 10 tahun, ayah dan mama telah meminta saya agar tidak lagi bermain dengan lasak bersama budak lelaki.
Hal ini telah menyebabkan saya menjadi malas. Oleh kerana telah terbiasa mengambil amaun makanan yang banyak ketika aktif, saya masih mengambil jumlah makanan yang sama, malah ia semakin bertambah walaupun aktiviti saya hanyalah terbaring di hadapan televisyen. Seingat saya, ketika saya berusia 12 tahun, saya merupakan budak perempuan paling berat di dalam kelas dengan berat 63kg.
Kemudian, disebabkan perubahan hormon, dengan sekelip mata, ketika saya berusia 13 tahun, berat saya telah naik kepada 83kg. Yup, naik sebanyak 20kg dalam masa setahun. Tak tergambar rasanya malu ketika itu.Read more