Squat Jumps

Satu lagi variasi senaman squat tapi dengan lompatan. Dari kedudukan bawah squat, gunakan otot peha untuk melompat ke atas ikut kemampuan anda. Pada masa yang sama, gunakan tangan untuk seimbangkan dan luruskan badan semasa melompat.

Amaran: Senaman squat jump agak tinggi impak (high impact) dan tidak sesuai untuk mereka yang bermasalah
lutut, sendi, mengandung atau baru mulakan program kecergasan. Sila rujuk kepada doktor anda sekiranya anda was-was.

Jom Kurus Bersama Assalamualaikum TV Alhijrah

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah. Layari kevinzahri.com/alhijrah untuk maklumat lanjut.


Senaman Circuit Training Untuk Peha dan Punggung

Panduan senaman circuit yang telah disiarkan melalaui rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM1. Circuit workout ini lebih fokus kepada bahagian kaki, peha, punggung yang anda boleh lakukan di rumah. Untuk lebih video senaman, sila layari kevinzahri.com/videos/


Sumo Squats

Variasi senaman squat biasa tapi dengan kedudukan kaki yang lebih lebar. Berbeza dengan squat biasa, sumo squat target bahagian punggung dan peha dalam.


Prisoner Squat

Senaman squat target bahagian punggung dan peha anda tapi dengan siku to belakang kepala, membantu anda tegakkan postur badan semasa lakukan senaman squat dan melindungi bahagian belakang bawah anda.