Aqeeem: Dari 179kg ke 118kg. Kurang Berat 61kg setahun.
[one_half boxed="true" animation="Fade In" delay="200ms"]
Syed Mustaqim Bin Syed Yusoff
- Umur: 33 tahun
- Durasi: 1 tahun
- Berat Asal: 179kg
- Berat Kini: 118kg
- Facebook: aqeeem
- Instagram: aqeeem
- Perjalanan masih diteruskan
[button color="Extra-Color-3" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Nak kurangkan berat badan?"]
[/one_half]
Assalamualaikum wbt.
Saya, Syed Mustaqim Bin Syed Yusoff, berusia 33 tahun, sudah berumahtangga dan mempunyai sepasang cahayamata. Anak kedua dr 5 adik beradik. Bekerja dalam bidang IT.
Dari kecil, saya telah tergolong dalam golongan berbadan besar. Dari 5 beradik, saya dan adik bongsu yang berbadan besar. Namun, saya sering tidak ambil peduli apa orang sekeliling saya nak kata.
Walaupun berbadan besar, saya aktif bersukan. Di sekolah rendah, saya mewakili sekolah dalam acara hoki, dan bila disekolah menengah saya mewakili sekolah dalam sukan ragbi. Memasuki universiti, saya juga merupakan wakil universiti dalam sukan ragbi dan pernah bermain dengan sebuah kelab ragbi tempatan. Mungkin kerana selalu bersukan, saya tidak pernah kisah mengenai pemakanan dan badan saya.
Namun apabila mula melangkah ke alam pekerjaan pada tahun 2003, saya telah mula kurang bersenam malah tidak langsung bersenam sebenarnya. Berat semakin naik dan kadangkala mula risau mengenai berat badan. Lalu seorang kawan memperkenalkan saya dengan produk supplement yang baru memasuki pasaran pada masa tersebut. Walaupun produk tersebut mengurangkan berat badan pada ketika itu, namun kurangnya disiplin dan faktor harga produk tersebut, saya terpaksa berhenti menggunakan nya.
Berat badan meningkat sehingga 179kg
Berat badan terus meningkat dan tiba waktu untuk melangsungkan perkahwinan pada 2010. Saya sekali lagi diperkenalkan dengan produk supplement yg baru dan berjaya mengurangkan berat sebanyak 15 kg dalam 3 bulan. Setelah berkahwin, saya berhenti menggunakan produk tersebut dan berat saya semakin meningkat dan mencecah 179kg.
Why Can’t I Lose Weight. Bella NTV7
Kevin as guest on Bella NTV7 to discuss why some find it hard to lose weight. Also on air is Marini Amin who share her 35kg weight loss success story.