Mazaliffah: Usia 40an bukan halangan untuk turun berat badan

[one_half boxed="true"]

Mazaliffah Md Esa:

  • Umur: 40an.
  • Pencapaian: Kurang 10kg dalam 4 bulan.
  • Facebook: mazaliffah.mdesa

[button color="Extra-Color-2" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Nak kurang berat?"]
[/one_half]
Assalamualaikum.

Keturunan saya memang ada masalah berat badan. Saya tak terkecuali, untuk kurus pernah dulu saya makan ubat reductil, harganya rm135 untuk 2 minggu. Ya saya turun 6-8kg dalam 2 bulan, tapi saya berhenti makan sebab harganya yang mahal dan saya juga mula mengandung anak bongsu. Selepas melahirkan berat saya dengan mendadak, saya juga enggan timbang berat badan yang jadi punca naik berat badan. Saya enggan akui saya ada masalah berat badan.

Akhirnya setelah 4 tahun melahirkan, perkara pertama yang buat saya benar2 berazam untuk menurunkan berat ialah sekeping gambar masa saya menyambut ulang-tahun perkahwinan saya yang ke19. Hari yang sama saya dan rakan2 sekolah menengah turut membuat small gathering. Ketika itu berat saya cecah melebihi 71kg.

Gambar yang menjadi detik perubahan untuk kurangkan berat badan.
Gambar yang menjadi detik perubahan untuk kurangkan berat badan.

Bukan tak pernah saya lihat gambar saya gemuk tapi bila membandingkan diri saya dengan rakan-rakan sebaya, saya rasa sangat rendah diri dan sendiri. Walaupun diusia 39, rakan-rakan saya masih cantik n maintain.

...saya rasa sangat rendah diri dan sendiri. Diusia 39, rakan-rakan saya masih cantik n maintain...

Seperti sebelum ini saya ambil keputusan utk cari ubat kurus yg murah sikit. Terjumpalah satu page yg ada testimoni-testimoni yang sangat menarik. Saya pun beli ubat bernama ABC dengan harga RM75 untuk sebulan, tapi ada rasa was2 takut pada kesan buruk ubat. Saya berhenti serta merta makan ubat tu. Tapi memang ditakdirkan bila ada rakan FB yang like page Kevin Zahri keluar dalam feed saya.

Dari situ segala-galanya berubah.Read more