Azrin Irzal 13 tahun: Kurangkan 14kg Dalam 3 Bulan

  • Nama: Muhammad Azrin Irzal Shah bin Azman Shah
  • Umur: 13 tahun.
  • Tinggi: 148cm.
  • Pencapaian: Kurang 14kg (59-45kg) dalam 3 bulan.
  • Status belajar: Pelajar Sekolah Menengah
  • Facebook: azrinirzal
  • Twitter: @Shahirzal
  • Instagram: irzal_shah

Saya bukan dari kalangan pelajar yang obes, malah ketika saya di sekolah rendah, berat saya sangat rendah dan terlalu kurus. Saya mula sedar saya menjadi obes apabila di darjah 5. Ketika saya baru masuk ke tingkatan 1, saya mula sedar yang badan saya dah menjadi seperti peserta The Biggest Loser.

I hate looking at my perut. Berat saya mencecah 60kg. Pada ketika itu, saya cuma tidak ambil peduli tentang risiko dan keburukan obesiti. Saya ingin berubah kerana melihat pelbagai penyakit yang menimpa orang obesiti selain itu, kebanyakan seluar dan baju saya semakin ketat dan saya sangat malu untuk berdepan dengan orang lain. Saya juga adalah jenis pemalas nak buat kerja.. Hehe.
Read more