Omar Kurang 41kg Dalam 10 Bulan Tanpa Suplemen
[one_half boxed="true" animation="Fade In" delay=""]
- Nama: Omar Muhammad Bin Omar
- Umur: 19 tahun.
- Tinggi: 172cm.
- Pencapaian: Dari 135kg ke 94kg dalam 10 bulan.
- Status belajar: Pelajar Pra-Universiti@Tingkatan 6
- Twitter: @Omar_Omark
[button color="Extra-Color-2" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu/" text="Nak Kurang Berat Badan?"]
[/one_half]
Nama saya Omar Muhammad bin Omar, berumur 19 tahun dan merupakan pelajar lepasan STPM 2013. Sejak dari awal lagi saya sudah menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman menurunkan berat badan dalam blog Kevin Zahri. Setelah berjaya menurunkan berat sebanyak 41kg dalam masa 10 bulan, barulah saya rasa lebih confident untuk menghantar kisah saya.
Berat 125kg Semasa Tingkatan 5
Sejak dari sekolah rendah lagi saya merupakan seorang kanak-kanak yang berfizikal agak montel atau bahasa mudahnya bulat. Apabila memasuki alam persekolahan menengah, berat saya semakin meningkat dan terus meningkat. Sehinggalah ketika habis tingkatan 5 saya telah mengumpul berat sebanyak 125kg.
Semasa di sekolah, ejekan dan cemuhan sememangnya perkara biasa dan saya sendiri dah lali dengan semua itu.
Sejak dari dulu lagi saya memang sentiasa berazam untuk turunkan berat badan. Tapi akhirnya kesemua azam itu hanya ”masuk longkang”@hangat-hangat tahi ayam sahaja. Semasa di sekolah, ejekan dan cemuhan sememangnya perkara biasa dan saya sendiri dah lali dengan semua itu.
Walaupun kadang-kadang agak menyakitkan hati. Ketika menunggu keputusan SPM, saya tidak bekerja dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Aktiviti luar memang tidak dilakukan sama sekali tetapi aktiviti mengunyah pula sememangnya menjadi hobi. Tambahan pula saya seorang yang suka memasak. Segalanya sedap di mata saya. Tidak memeranjatkan apabila berat saya meningkat menjadi 130kg ketika waktu itu. Selepas itu saya menyambung pelajaran ke tingkatan 6.