Baru! eBook 30 Rutin Circuit Senaman Bulan Puasa Ramadhan.

Berita baik untuk semua ahli eBook atau video kevinzahri.com. Kami baru sahaja lancarkan eBook baru yang berjudul 30 Rutin Circuit Senaman Bulan Puasa Ramadhan yang memang ideal untuk mereka yang ingin teruskan program kecergasan pada bulan puasa dan tidak sempat di gym selepas berbuka. Apa2 pun, rutin senaman eBook ini juga sesuai untuk senaman di luar bulan puasa.

Untuk muat-turun eBook ini:

  1. Log masuk di https://kevinzahri.com/login
  2. Klik "My Account"
  3. Klik "Completed Orders"
  4. Klik "Download Files"
  5. Download eBook 30 Ramadhan Circuits. 

Belum menjadi ahli dan ingin dapatkan eBook ini, sila layari laman web membership.

 


Nazrin Nasser: Hybrid training untuk kurang 30kg dalam 10bulan.

Mohd Nazrin bin Nasser

  • Umur: 24 tahun
  • Tinggi: 173.5cm
  • Kerjaya: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan) Universiti Sains Malaysia
  • Berat Asal: 128kg
  • Berat Selepas: 98kg
  • Jangka Masa: 10 bulan
  • Tinggi:173cm.
  • Facebook: nazrin.nasser.
  • Twitter: nazrinnasser.
  • Instagram: nazrinfitness.
  • YouTube: nazrin nasser.
  • Laman Web: www.nazrinfitness.com.

[button color=”Accent-Color” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Nak kurang berat badan?”]

Berat badan tertinggi pernah saya capai ialah 128kg. Setelah 5 tahun menbina lemak daripada 88kg semasa tingkatan 5 tahun 2007. Sehingga tahun 2013, berat saya bertambah sebanyak 40kg selepas tamat persekolahan. Semasa saya memiliki masalah berat lemak yang berlebihan, saya pernah cuba kurangkan. Tetapi tidak tahu cara yang betul. Berat badan tidak turun. Malah apabila saya tertekan, saya makan lebih banyak dan berat badan semakin naik. Begitu juga jika tidak cukup rehat, berat badan sukar turun.

"WHY" atau sebab untuk saya berubah hanya ada tiga:

  1. Ibu saya mengidap penyakit diabetes, berkemungkinan besar akan diwarisi jika tidak jaga kesihatan
  2. Badan terasa berat dan sentiasa penat dan malas untuk bergerak
  3. Selalu menjadi bahan ketawa rakan-rakan dan saudara mara.

Pada peringkat awal, saya lebih terdorong untuk berubah kerana rasa takut dan geram. Tetapi setelah saya nampak perkembangan diri saya semakin baik, saya menjadikan model dan juga pelakon yang memiliki bentuk badan yang menarik sebagai motivasi utama untuk berubah. Maka, saya sangat menikmati proses transformasi badan ini. Pada mulanya tertekan, akan tetapi semakin kurang lemak badan saya lihat di cermin maka semakin saya seronok. Tambahan pula, orang sekeliling menjadikan saya sebagai inspirasi mereka. Sebab itu juga saya terus berjuang untuk membantu lebih ramai orang yang ingin berubah.Read more